SEGMEN : 1st Simple Giveaway by CIKNA136

Salam sejahtera, Saya dengan ini merasmikan 1st Simple Giveaway by CIKNA136 (potong reben sambil tiup tudung budget press nk amik pic,huhuu...)


Syarat-syarat :
1. Follow blog + instagram(xde just infom)
2. Buat N3 & backlinkkan 
3. Letak URL kat komen
4. Klik la nuffnang Cikna sekali ye(cover duit pos)

Hadiah : Screen Protector, Naturgo mask, Penanda buku, Keychain, Pin Tudung
Pemilihan : Cabutan bertuah 

1/5/2014 : Pemilihan pemenang
2-9/5/2014 : Pencarian&penghantaran GA

P/S : Bila dh ada keputusan, Cikna yg akan contact korang k, dont worry, PEACE.....;-)

1st Giveaway & Tambah Followers by LISA HLOVATE


Untuk senarai hadiah&syarat2 " KLIK SINI ", oh ye hadiah akan ditambah dari semasa ke semasa(maknanya banyakla hadiahnye tu so peluang utk menang cerahla nampaknye,hehee......;-)







Jodoh Pasti Bertemu......;-)

Jodoh, ajal & maut adalah ketentuan ilahi. Andai ada yg bertanya Cikna bila nak kahwin ni la jwpnnya "JODOH PASTI BERTEMU". 


Bila bertanya soal jodoh tolong la cover sikit bahasa tu, jgn smpi p'tanyaan akan m'jadi 1 penghinaan. 
X : Ko bila lg nak kawin ni, lama sngt dh m'bujang....???
C : ko bila lg nk mati ni, lama sngt dh hidup.....???
X : ko bila lg nak kawin ni, anak acik yg tomboy dulu pun dh ada anak sowang dh haa....???
C : Banyak kali acik tnye bnda yg sama, Xpe la cik dh tu bahagia dia, ape kata acik doakan jodoh utk owg k....
apa pandangan korang dengan ayat ni, nmpk mcm kuang hajo ann......

T'ingat kisah 4tahun lepas, pernah housemate Cikna bgtau dia cukup tension kalau orang bertanya soal jodoh nak2 pulak adik2 dia semua dah kahwin, sampai 1 tahap dia bgtau 
"kan best kalau jodoh tu dijual"

MR & MRS Hafiezy Mini Giveaway

Rebut peluang menang Wang tunai RM50 : Top Refferal, Wang Tunai RM50 : Best Wishes , Monopod x 2 : Random.Org , 100 pcs Namecard Blog Vanilla & Chocolate + Bookmark . Siapa yang berminat sila tekan banner di atas . Terima kasih :)

Wishes: Cikna xpandai nak bermadah pujangga, cuma harapan Cikna MR & MRS Hafiezy kekal bahagia hingga Jannah, Amin.......;-)

AWESOME GIVEAWAY BY KIERA RASHID

***********************************
REVIEW KHAS QUEENARA ACCESORIES
Anda peminat tegar aksesori. Dan sedang mencari aksesori yang sangat gojes tapi murah? Jangan risau, @Queenara Accesories adalah jawapannya. :D Dan yang paling best, ada free gift tu!! Mari cuci mata dan beli ^____^

Monday Blues

Hari ni xtau nape Cikna boleh jadi lemah sangat airmata ni xhenti2 nak keluar dari mata ni. Cikna sendiri xtau ape puncanya yan g Cikna rasa nak menangis je ni skunk ni. Nak g kerja b'genang airmata, naik scoot menitis airmata, masuk ofis melalak nasib baik orang xde.... Cikna sendiri xtau ape puncanya, korang pernah rasa x apa yg Cikna rasa ni.

Malam khamis lepas Abah sekali lagi kne operate, dah merabak kat jari sebelah pulak. Hari2 sblm g kerja Cikna bawa abah g cuci luka kat klinik doktor pun ckp luka abah dh nk sembuh, bab mkn mummy memang kawal.

Pagi sabtu lepas, rumah Cikna meriah sangat mana taknye 5biji kereta dari Perak&Penang sampai. Tok, Abang ngah sekeluarga, Acu sekeluarga, Maklang sekeluarga, Mak teh sekeluarga, Pakcik sekeluarga. 2hari berturut g melawat Abah. Pagi ni dlm pkl10 diorang bertolak time salam2 tu blh plak bergenang airmata dgr plak ucapan dr tok, mak2 sedara apalagi meraung la Cikna. Salam Abang ngah tgk dia pun nangis gak lagila laju airmata ni keluar(first time kot tgk dia nangis). Memandangkan diaorng lalu tol snwng, singgah la kejap kat Hospital Tuanku Ampuan Najihah, K.Pilah Cikna yakin sekali lagi diaorg akan nangis sbb mummy pun jnis cpt m'nangis.

InsyaAllah pagi rabu ni Abang long sekeluarga & Acu sekelurga dari penang lak sampai. Hrp2 masa tu Abah dah boleh keluar wad,Amin...

Lepas diaorg gerak, dalam pkl 10.30 Cikna masuk ofis semula suasana mmg sunyi giler... tak lama pastu datang 2orang budak nak mohon jwtn guru ganti, ble Cikna minta surat rasmi, resume, salinan2 yg disahkan semuanya xde time tu mood sayu trs mengelegak nak minta kerja tapi takde persediaan boleh pulak datang melenggang bawa badan je, siap tanya surat rasmi tu mcmne ye (surat rasmi pn xleh buat mcmne nak mengajar)... Sudahnye Cikna suh balik je.

P/S : N3 ni agak panjang cikit & b'terabur,huhuu..... Mood still sedih.........;-(

Segmen : Jom blogwalking by HJ

Assalamualaikum. Peace Upon You



Klik banner untuk join

Syarat : 
  • Ada blog
  • Like fanpages  
  • Buat entry bertajuk " Segmen : Jom Blogwalking by HJ "
  • Copy paste code di blog HANA
  • Tinggalkan link entry di bahagian komen Hana.
Tamat : 30/03/2014 (last day cuti sekolah)


Syarat : 
  • Ada blog
  • Like fanpages  
  • Buat entry bertajuk " Segmen : Jom Blogwalking by HJ "
  • Copy paste code di blog HANA
  • Tinggalkan link entry di bahagian komen Hana.
Tamat : 30/03/2014 (last day cuti sekolah)

Guru ganti

Hari ni sekolah terima satu lagi khabar gembira, mana tak gembiranya sorang lagi guru perempuan mengandung. Untuk tahun ni hampir separuh guru perempuan yang mengandung. Bermula dari hujung bulan 4 ni sorang demi sorang akan dijangka bersalin dan majoriti akan ambil cuti selama 3bulan makanya guru ganti juga akan diperlukan.

Gaji guru ganti akan dibayar melalui PPD. Gaji guru ganti skunk ni dah mahal tau, SPM je RM54**perhari tak macam masa Cikna jd guru ganti dulu cuma RM38**perhari.

Syarat2 memohon guru ganti:-
- Warganegara Malaysia
- Berkelulusan SPM sekurang-kurangnya 5credit
- Resume
- Salinan sijil2 yg tlh disahkan
* Perlu mengisi borang sekiranya memohon dari PPD


Segmen : 1st GA by MADIHAH

http://madihahdaisy.blogspot.com/2014/03/1st-mini-ga-by-madihah.html
Hadiah :
- Mistine Egg White Peel Off Mask -1

- Mistine White Spa Swiss Gold Serum Lotion-1

- Mistine Richy Orange/ Strawberry Body Scrub-1

- Mistine SS Powder-1



Tamat : 25.03.2014

Hello Giveaway by Mea Lady





Salam..

tekan banner untuk join!

Due Date : 30 April 2014


Hadiah :

Top Referral :
Cash / Topup RM20 x 1

Random :
Topup RM5 x 2

Publish URL entry di ruangan komen SEKALI sahaja.
 Terima Kasih.

Kisah Dongeng Mama Lynn 2nd Giveaway

Untuk hadia kali ni SUPRISE tau so sesape yang nak join masih sempat lagi ni, Pape yang korang xpaham just " KLIK SINI "

JOM BLOGWALKING BERSAMA BLOGGER 2014


Jom join segmen ni hadiah pun boleh tahan, syarat semudah 123 sesape yang berminat just " KLIK SINI ", Oh ya segmen dari 13/3/2014 sehingga 15/4/2014 je tau..........

Segmen : Ayuinsyirah mencari rakan blogger


Cikna berasal dari PERAK.........;-)

Sape2 yang berminat nak join " KLIK SINI " 

Pelajar harapan 5A tahun 2014

Banner ni sebenarnya dah digantung lama cuma pagi tadi baru berkesempatan nak capture. Untuk tahun 2014 ni Cikna rasa unik sikit tau, kenapa Cikna cakap macamtu mana tak unik nya sebab calon target 5A hanya sorang je perempuan tak macam tahun2 sebelum ni selalu dimonopoli kaum perempuan.

Masa Cikna UPSR dulu xde pun banner camni, cemburu tau,huhuu.......;-)
Semoga kamu2 semua membawa sinar kegemilangan sekolah ke mata Dunia

Selfie sebelum bekerja

Pagi ni tetiba lak dtg mood nak pakai halfmoon padahal sebelum ni cuma pakai bawal je...... Memandangkan halfmoon ni jarang sikit so kena la pakai inner(5minit mencari dlm almari).  Sebelum wat kerja apa kata kita layan selfie jap, ambik mood la katakan........;-)
Selfie with effact cahaya.....;-)

i-Akaun KWSP

i-Akaun merupakan akaun KWSP ahli atau majikan secara online. Dengan memiliki akaun ini ahli atau majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang ditawarkan KWSP dan tidak lagi perlu beratur untuk ambil nombor. " Biar jari yang bekerja "

Antara kemudahan Perkhidmatan, Syarat Pendaftaran, Syarat Kelayakan & Pengaktifan TAC " KLIK SINI "

P/S : Setiap bulan boleh la kemaskini,huhuu.........;-)

SEGMEN-Blogwalking hujung minggu bersama AYUINSYIRAH


Semalam Cikna dapat komen dari tuan tanah ajak join SEGMEN so pagi ni Cikna try la buat syarat dia mudah je.... Sesapa yg nak join "KLIK KAT SINI"........;-)

Misi hari Jumaat terlaksana

Kerja Cikna untuk harini dah siap, sebenarnya ni semua kerja2 yang tertangguh. Apasal lak tertangguh Cikna malas buat kerja ye.... Jangan salah faham Cikna bukan malas wat kerja cuma Cikna kena dahulukan dokumen2 untuk Audit 2013 yang tak lama lagi dah ni....

Pengagihan Bantuan Bayaran Persekolahan dah terima pertengahan bulan 2, so xde la lewat sangat Cikna wat kerja kan,hehee... Bila KPM dah turunkan duit Cikna kena agihkan dalam Buku Tunai&Buku Akaun Subsidiari dulu baru la bayaran kepada pembekal boleh dilaksanakan.
 
Kerja dah selesai, leh la rehat jap......
Kepada pembekal2 yang Cikna dah call leh datang segera untuk amik payment ye...;-)

Giveaway tiket "Suara Kita"



Menangi tiket VIP dan ekslusif untuk menyaksikan persembahan Awie, Erra Fazira & Ziana Zain dalam Konsert Teater Muzikal Suara Kita di Istana Budaya. Bagi sesapa yang berminat@peminat fanatik 3artis sila klik di sini Tiket VIP & Ekslusif "Suara Kita" 




Amaran keras dari JPJ

Pkl11pg td Cikna hntr abah g hosp. Kuala Pilah untuk rwtn susulan..
Tengah best2 drive lelaju tetiba kereta, lori, moto masing2 slow kiteorang yg kat dlm kete ni masing2 dh risau ingt de xciden rupa2nya JPJ agihkan pamplet....
Ni la yg JPJ bagi tu... Pegawai JPJ tu smpt lagi bg amaran kat Mummy "Kak, pakai tali pinggang yo kang duo ratuih melayang"...
Benda ni utk cek tayar tapi xtau nak guna macamna padahal dah bagi dwibahasa.

Masuk hospital Cikna turunkan abah kat dpn pintu besar, Pak guard dah jeling2 ingt Cikna nak parking lama,huhuu...(t'ingat lak kes Mat Yo,hahaa...) Bila g parking semuanya penuh 2 kali tawaf jumpa la 1 tu pun bawah pokok kelapa yang kat pintu keluar, sedih......

Kete cikna parking bawah pokok kelapa, Kete saga hitam tu dh kena lock tayar

P/S : Kalau Kementerian Kesihatan@yg berkenaan baca N3 ni tolong banyakkan parking lagi ye, dpt parking b'bumbung pn lagi ok.....:-)

ABC peneman di kala kepanasan melanda........;-)

Panas betul sekarang ni kan, dalam pukul 2.45 td Cikna minta izin ngan GB nak kua kejap g beli ABC, Cendol kureng minat,huhuu. Kalau nak diikutkan kedai ABC tu depan sekolah ni je jalan kaki pun boleh sampai tapi Cikna sayangkan lemak ni so Cikna gunakanlah khidmat MR.EGO,hehee...
Terpaksa beli 2 utk GB sekali ni amik hati,huhuu.....;-)
RM1.50 perpcs,dah naik harga ni last year RM1.20perpcs

Ni la kedainye, dulu xde kerusi meja ni

Ni la sekolah Cikna dekatkan dgn kedai tu....

Menghalau tetamu secara berhemah

Kejam pulak rasanya tajuk N3 Cikna kali ni. Sebenarnya Cikna bukanlah kejam mana pun ye tapi kalau dah menggangu privacy Cikna wat rumah kita macam rumah sendiri apa kes.

Ni kes member 1 tempat kerja ngan Cikna la, selalunya senja2 baru nak datang rumah, asal sampai je mesti tanya mak Cikna masak pe rini tangan Mummy Cikna tak nak lak dia salam. 

Petang semalam Cikna 1family makan mee sup so malam tu Cikna&Abah request tak nak makan(Mummy senyum je, lehla berehatkan). Dalam pukul 6.55ptg member Cikna sampai rumah, ayat dia macam biasa la "Mak cik masak pe rini" Nak tak nak terpaksa la mummy Cikna masakkan nasi+gorengkan ikan utk dia. "Cikna aku nak tumpang sembahyang,mandi & basuh baju sekali ye"(1beg balik kg dia kuakan). Sepanjang dia duduk kat rumah Mummy&abah Cikna la yg melayan dia, Cikna banyak kerja lagi nak buat. Dalam pukul11malam baru dia balik, Mummy & abah selalunya pukul 10 dah tido sian diaorg terpaksa melayan member Cikna lak......;-)

Nasib baik Cikna ade kerja kalau tak mau kena marah ngan Mummy, letih la ade member macam ni.  

Den Kayo.........!!!

Salam...

Sebelum saya meneruskan email ini saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Nik Noor Asiah Bt Md Noor, berasal dari Malaysia dan bekerja sebagai juru audit di bahagian audit HSBC Bank AS. Dan meminta agar anda menjaga isi kandungan e-mel ini sebagai amat sulit dan menghormati integritinya.

Saya ingin memberitahu anda informasi yang saya yakin akan menarik minat anda dan mendorong anda membantu saya. Saya tahu anda pasti tertanya-tanya kenapa saya menghantar e-mel ini pada anda dan memilih anda. Saya memutuskan untuk menghubungi anda melalui e-mel kerana saya kesuntukan masa dan memerlukan bantuan anda sebagai rakan kongsi dalam menerima wang yang tiada pewaris berjumlah US $1.3 Juta dolar yang masih berada di dalam akaun dan tidak lagi aktif semenjak tahun 2009.

Dana tersebut akan dibahagi dengan nisbah 50/40, 40% untuk anda dan 50% untuk saya dan 10% untuk sebarang kos jika diperlukan dan dikeluarkan untuk melaksanakan urusan ini. Setelah segala urusan selesai ianya terpulang kepada anda untuk menggunakan wang tersebut untuk pelaburan, membeli hartanah atau membayar hutang. Walaupun jumlahnya tidak seberapa, saya harap anda sudi menerimanya. Saya memerlukan bantuan anda disini kerana pemegang akaun ini tidak mempunyai pewaris.

Saya mendapat tahu maklumat mengenai hal ini semasa melakukan audit dalaman. Saya telah cuba untuk mendapatkan maklumat mengenai pewaris namun menemui jalan buntu kerana pemegang akaun ini tidak meninggalkan seorang pewaris pun. Saya tidak dapat membuat tuntutan ini kerana saya bekerja disini dan kerana itulah saya memerlukan bantuan anda. Saya akan membantu anda untuk menjadi pewaris untuk wasiat tersebut dan anda membantu saya untuk menerima wang tersebut. Hal ini sangat penting kerana anda perlu membuat tuntutan tersebut dalam masa tiga minggu atau bank akan memindahkan wang ini sebagai wang tidak dituntut dan menjadi hak milik negara AS.

Saya akan berikan maklumat lanjut tentang apa yang anda perlu lakukan untuk urusan ini jika anda berminat dan saya percaya bahawa urusan ini akan berjalan lancar. Keikhlasan anda untuk melaksanakan urusan ini sangat saya hargai. Pastikan anda membalas e-mel ini melalui e-mel peribadi saya (niknoorasiahmdnoor@yahoo.com) dan bukannya e-mel yang saya send ini kerana e-mel ini tidak terima reply. Saya akan segera membalas email anda.

Yang Ikhlas,

Nik Noor Asiah Bt Md Noor.

P/S : Ada sesape yg terima email mcm Cikna ni x, ape yg korang buat.......???