Cuti panjang la kita

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia,

Cuba korang tengok kalendar bulan 5,ape yang korang nampak.... Hahaaa, Cikna kalau tengok kalendar, perkara pertama yg dicari ialah kira cuti, rasanye pekerja2 yang bekerja disektor awam mesti macam Cikna kn....

Bulan 5 ni, betul2 buat Cikna tersenyum hingga ke telinga, mana taknye start je 1hb cuti hari pekerja, sabtu ahad dah tentu cutikn, isnin pulak dapat cuti wesak, selasa dapat cuti khas sempena mengundi di rompin ( penat je Cikna isi borang cuti sebab nak hntr abah g IJN-kena tarik balik borang cuti ni,huhuu...) Hari khamis sambung cuti lagi, cuti hari hol pulak. Sabtu ahad kita cuti hujung minggu pulak ye.

Disebabkan banyak sangat cuti, Minggu depan Cikna cuma bekerja pada hari rabu&jumaat je,hooorey.....;-)

Bila dah cuti panjang, mula la xduduk senang mana taknye kitaorang sekeluarga ni kaki jalan, mummy pun dah kua bunga2 nak berjalan tu.... Esok pagi g pasar pagi Kat Bandar Seri Jempol@Bandar Baru Setting,N.9 misi utk mencari sayur kampung & daging Segar. Sabtu Cikna akan ke Kuala Bera,Pahang member 1 tempat kerja nak kawin la plak. Ahad&isnin berehat je Kat rumah. Hari selasa Cikna akan ke IJN, abah ade pembedahan kecil(harap2 semuanya berjaya) Hari khamis nak g bahau, shopping&kemaskini buku ASB(Ade lebih kita menabung, kalau tak kita kuakn je ape yg ade,hahaa...) Ni la untungnya kalau duk sempadan, Pahang cuti kita berurusan kat N.9. N.9 cuti kita berurusan kat Pahang. Sabtu kita ke ayer hitam&segamat,Johor pulak ye...mummy ajak window shopping,hahaa....

P/S : Selamat bercuti semuanye......:-)

Pelamin fantasia minggu ke-3

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia,

Semalam sepasang lagi pasangan telah tersingkir. Setelah melalui pelbagai ujian pasangan Hilas(25thn)&Asmidar(28thn) telah tersingkir mengikut pasangan Affa&Dayah yang telah tersingkir di minggu ke-2.

Walau bagaimana pun, pasangan INI ibarat diberikan imuniti apabila dipanggil masuk kembali oleh juri Rosyam Noor. Semoga pasangan ini berjaya, Cikna cukup suka ngan diaorang ni..

Mudahnya buat duit

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia....

Sedikit perkongsian utk para pembeli&peniaga online. Yang ni Cikna amik screen shoot dr 1 group dropship. Terus terang Cikna xsetuju dengan kenyataan dia ni.... NAK b'niaga biarlah jujur, komisen amik sikit2 sudahla.... Dahla Kat setiap barang yang dijual tu Ade keuntungan Kat kadar pos pun korang nak amik untung gak ke....

Untuk pengetahuan korang Kadar poslaju di semenanjung yang dibawah 500g ialah rm6 Dan kadar GST pula rm0.35 jumlah yang perlu dibayar ialah rm6.35 tapi Ade pulak peniaga yang tetapkan rm7 utk kos Penghantaran. Beza dalam rm0.65, banyak tu lepaslah 2btg lollipop Murah....

P/S : !!!....NAK berniaga biarlah jujur....!!!

Mahal pun aku beli

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,

Selamat berehat&selamat bekerja buat yg tgh bekerja. Cikna, semestinye tgh berehat ni..... Bkn je tgh berehat,siap tgh b'baring lagi mklmla guna tab je pun klu guna PC jgn buat camni ye, mau patah tgn korang.... Oh ye, Best gak menaip sambil berbaring ni ye....😊

Macamne keadaan korang dalam menghadapi suasana GST,  diam x diam dh masuk 10hari kot. Golongan yang berada mungkin xberasa, golongan sederhana & bawahan macam Cikna cukup terbeban tapi demi meneruskan kelangsungan hidup, nak tak nak layankn la jugak.... 😭

Kelmarin keluar ngan mummy,nak g amik ubat abah pastu shopping brng dapur ngan mummy, abah xikut sebab xlarat adik yg temankan abah Kat rumah kebetulan dia cuti. Sampai hospital jempol pukul 5.30, waktu amik ubat sehingga pukul7 setiap hari ye. Lps amik ubat mummy ckp dia lapar kitaorang singgah Kat kiosk makanan. Mummy amik roti bun & air kotak total rm2.45, cashier tu siap minta maaf lagi sebab dia rasa mahal kot, yg mummy rileks je "mak cik ni xkira, klu dh lapa rm10 pun mak bayar" Cikna pe lagi sengih je la.

Sampai bahau g pasaraya econsave g beli barang kering, pastu g pasar borong beli barang basah, sebabnye mummy malas nak g kedai,huhuu....😇

Kat pasaraya econsave ni barang2 dia xtaula kena GST ke x, bila tgk resit biasa je tapi id GST Ade so ade la GST nye tu..... Kat pasar borong ni kena GST sebab Ade tulis kat resit. Meh cikna ajar korang macamne nk tau barang tu ade gst ke x, korang tgk resit pembelian Ade x yg b'tulis SR" ni la barang yg kena gst kalau yg b'tulis "ZR"tu mksdnye xkena GST. Senang cerita barang yang melalui proses pembuatan&Perkhidmatan akan dikenakan GST.

Akhir kalam, selamat melalui proses gst.