Menyesal ke Old Town White Coffee

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

  Semalam kua dgn 'si dia' celebrate anniversary kononnye, g panggung wayang xde cerita yang best sudahnya kami window shopping&makan2x je.....

  Kaki letih perut lapar ape lagi cari makanan la hendaknya. Misi kami ke Restoren KFC dan2x terbayang tortufo yang sedap dan dilimpahi coklat tapi sayayg hajat xkesampaian sebab dah dipenuhi dengan polis pelatih dari PULAPOL. Teringat Old Town White Coffee Bahau dah dibuka hujung bulan7 ritu so Cikna ajak 'si dia' ke sana je.

   Kat depan pintu masuk je dah tertera 16% caj akan dikenakan, iaitu 10% caj perkhidmatan + 6% caj GST. So kalau berani boleh masuk kalau tak sila angkat kaki. 

Sebenarnya ni kali pertama Cikna makan kat Old Town White Coffee walaupun  cawangan dia ade di merata-rata tempat,huhuuu... 

Berkat keyakinan & muka tak tau malu Cikna nekad juga tarik tangan "si dia" masuk ke dalam. Buka pintu siap ade greeting suam-suam kuku kot, susun atur pun kira ok la... Tempat duduk pun main peranan tau Cikna pilih kerusi sofa xmau la duduk kat kerusi kayu kita kan bayar caj kat diaorang. Buka buku menu macam-macam pilihan tapi harga pun boleh tahan la. Belek punya belek, xde pulak pelayan nak amik order walhal diaorang lalu lalang je depan kami, pastu terpandang "BUTTON CALL" try tekan nasib baik pelayan tu datang tapi datang dengan kertas&pensil 
ORDER KORANG KENA TULIS SENDIRI OKEY. 
lagi sekali buat-buat pandai masukkan kod yang ade dalam buku menu ke dalam order form dah siap tekan button call lagi sekali then submit order. Finally ini yang kami dapat dan bangga giler kot apa yang Cikna dapat sama dengan apa yang Cikna order,hahaaa......;-) 

...see keyakinan itu penting walaupun kita tak tahu....
Set Hidangan Combo untuk santapan kami berdua, nasib baik terima hidangan sama dengan apa yang ditempah
P/S : Garlic bread yang berharga RM6.60 tu kalau kita buat sendiri pun lagi sedap, meh Cikna bagi resepi kat korang percuma je tapi korang kena rajin la ye......;-)

Resepi Garlic Bread
Roti Gardenia
Marjerin
Bawang putih
- Sapukan marjerin ke atas roti&taburkan bawang putih yang dicincang halus/dipotong dadu.
- Boleh terus dimakan/ bakar dalam oven pada tahap kepanasan 80' selama 5minit.

Tak dapat ayam KFC ayam ni pun ok la tp tak sedap pun pilih crunchie tapi keras kot pastu masin isi ayam pun hitam macam ayam lama, menyesal order.... 

Bihun tomyam yang mengecewakan terlalu masam kot, hiasan bertaraf warung ok la kot....
Dekat warung/gerai harga lebih kurang RM2-3 je kat sini RM4.90(ikut buku menu)

Button yang menjadi penghubung antara kami.

Terus terang, Cikna memang menyesal ke sini lebih baik makan kat gerai je. Layanan dari pekerja tak mesra langsung dari pelayan&cashier sama je diaorang ni memang diajar xpayah senyum kot masing-masing muka masam mencuka je. Caj perkhidmatan 10% tu xpatut dikenakan ade ke patut pelayan tu g hantar air beserta sudu yang patah bila minta tukar tiada kata-kata maaf pun, lalat yang banyak betul-betul menganggu tak faham tempat macam tu pun lalat boleh masuk. Cikna rasa pekerja-pekerja kat situ semuanya ade masalah pekak&bisu la. 

---Totally lost---


Lepas ni tak hingin aku jejakkan kaki ke sana lagi. Pihak pengurusan sila pantau ye. 

27 ulasan:

  1. Kn report cikna kalu x customer lain pn teraniaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. atas dasar nasihat anies Cikna dh wat report, hrp3x lps ni xjadi dh....

      Padam
  2. Tengok bihun dia macam lagi sedap yang kat warung tu. Hahaa.

    BalasPadam
  3. nama jer glamour...tp rasa makanan ke laut

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la pasal tp mungkin old town area tmpt awak ok kot.....;-)

      Padam
  4. dh tau gitu lain kali xyah gi cikna ngabih boreh ja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg tak g sini dah cuma kalau g pun craving coffee dia je,huhuu......;-)

      Padam
  5. AR pernah kena kat KL..hangin 1 badan je

    BalasPadam
  6. Byr mahal kalo service baik x pe la juga kan ini sebaliknya mmg bertambah geram.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau xpe baik beli kat paso malam/gerai je lagi berbaloi kot.....

      Padam
  7. Salam singgah petang cikna....diana tak pernah lagi masuk makan kat old town white coffee....tapi tengok ayam dan bihun dia macam lain jer...hiasan pun nmpak biasa2 jer...huhu

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. salam cik na,
    old town memane pun service memang out lah.. bangi ni pun same.

    BalasPadam
  10. Hai yatie, bagusla makcik tu blh terima... Kalau Cikna wat laporan agak2 diaorang boleh terima x mesti diaorang biakan je....

    BalasPadam
  11. Selalu juga macam tu. Presentation anmpak gempak, sekali yang sampai hampeh. Tang rasa dia pun aduhai. Menyesal tak sudah. Sha dah lama jugak tak singgah Old Town. Malas dah.

    BalasPadam
  12. dah lama dh x pi sini
    bila tgk uols punya entry ni
    terus malaih dah nk pi
    lgpun buang duit je kan mkn mahal2 tp xsedap mengecewakan
    warung tepi jalan lagi sedap hehe
    alaaaaaaaaa kita punya anniverssary pun x lama lg
    nak pikiaq nak pi makan manaaaaaaaaaa huhu

    BalasPadam
  13. salam cikna...ni baru sempat buat kunjungan balas..hehehe...kalau farah pun tak minat sangat makan kat old town nih..ada ke cendol guna susu fresh milk??huhuhu

    BalasPadam
  14. nasib baik Mieza tak pernah lagi pergi tempat - tempat macam ni. Huhuu. Tak sangka pulak macam ni jadinya

    BalasPadam
  15. mahal n sedap boleh terim lagi kalau rasa mcm ni mmg patut kena complain

    BalasPadam
  16. x pnh masuk lg old town white coffee

    BalasPadam
  17. Frust kan kita mood nak enjoy makan tapi dapat servis begini...

    BalasPadam

Komen dari yang HENSEM dan COMEL.......;-)