Jom Gunting Rambut FREE Je

     Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

     Baru je sudah belek-belek info kat group jempol, ingatkan nak cari member yang boleh COD kek alih-alih ini yang cikna jumpa. 

     Program Gunting Rambut "Jom Poie Sekolah"

     Lebih kurang 2minggu lagi sekolah nak buka, elok sangat la pihak Pemuda UMNO Cawangan Jempol&Majlis Belia Daerah Jempol anjurkan program ni. Ritu 'si dia' gunting rambut sahaja kena RM15 Kalau budak sekolah murah sikit kot. Dari kena bayar baik join yang free ni je, budget utk gunting rambut anak dah boleh buat beli lauk.


P/S : Bagi warga jempol apalagi jom la kita terjah. Moh poie doreh bondo free yo...!!!

Seiras Seirama Minggu Pertama

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Setiap hari ahad jam9 malam rancangan seiras seirama akan berlayar di siaran astro ria 104.

Minggu ini pihak astro mengenengahkan 4bakat yang terpilih bagi menandingi idola mereka iaitu Dato' Jamal Abdillah.

Pengacara rancangan ini ialah Dato' Aznil Haji Nawawi dan juri pada minggu ini ialah Dato' Jamal Abdillah sendiri dan turut ditemani Abam Bocey. 

Persembahan selingan cukup mengujakan kerana para penonton dihidangkan dengan suara gemersik dari anak Dato' Jamal Abdilah sendiri iaitu Osama Yamani,14tahun.

Sumber google

Peserta pertama ialah Jay Abdullah seorang peniaga yang berasal dari Rembau.
Peserta kedua, Aizat berusia 26tahun yang bekerja sebagai pelukis pelan membawakan lagu bertajuk "Akulah Seniman"
Peserta ketiga ialah Azri Zainudin berusia 46tahun bekerja sebagai penyanyi sambilan turut mempertaruhkan lagu "Dipenghujung Rindu" 
Pesetta keempat pula ialah Tajul Azhar berusia 29tahun memilih lagu "Kekasih Awal Dan Akhir"

Di pusingan caras mencaras, secara automatik Dato' Jamal Abdillah memilih Jay Abdullah Dan Azri Zainudin dengan lagu evergreen bertajuk "AZURA"

Dengan bakat, pengalaman nyanyian dan pengetahuan yang cukup banyak berkenaan Dato Jamal Abdillah, Azri telah terpilih ke  separuh akhir Dan akan bertandingan dengan peserta lain.


Bila MIL kena bedah

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,

  Pagi td seawal jam 7pagi kami gerak ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah,Negeri sembilan sebab MIL ade temujanji untuk pembedahan ibu jari sebab ada isi lebih MIL siap bgtau dia xsakit cuma kadang-kadang dia gatal. Takut jadi benda lain tu yang MIL g jumpa pakar then sanggup operate. Sebelum pergi besan(mummy Cikna) siap wish lagi tau "insha Allah xde ape semoga berjaya,selawat bnyk2" 

  Kami sampai pkl 8, tunggu nama kena panggil saje dah 3jam. Dalam pukul 11 baru la nama MIL dipanggil. Kemudian setelah 3jam baru la pembedahan selesai. Nasib baik kitaorang tergerak hati nak g meronda kawasan hospital kalau tak maunye MIL sowang melayan pening kat tepi koridor coz pembedahan buat kat tempat lain bukannye kat tempat yang kitaorang tunggu, MIL nak call handbag Cikna yang pegang. Sian MiL,sorry ye malam ti Cikna belanja make,hehee... 

G amik ubat MILcakap xbayar lagi, kami ke Pakar 2 tempat pendaftaran sudahnye kerani tu kata "xpayah bayar la dik" bagus gak hospital kerajaan ni ye.

Tu dia jarinye...

Lagi 3hari(jumaat) dah boleh buka balutan
Lagi 10 hari dah boleh buka jahitan
MIL ckp doktor cuma pesan jangan bagi kena air sudahnya tengahari tu MIL bantai ayam,hehee...Pantang jumpa,huhuu...

Setiap Kali jumpa pakar kos nye adalah RM5. Tengak jam yang kat tepi, sudah jam 11.15pagi nama mil xkena panggil lagi.

6jam yanpa arah tuju, sudahnye paksa 'si dia' tangkap gambo.... Gaya yang sama,tempat yang berbeza...;-)

Ronda2nampak peraturan baru iaitu waktu melawat yang panjang bg ketika cuti.
 
Nak tanya la, nape waktu melawat kat hospital kerajaan ni take selaras eyhh...???

Bosan yang melampau... Kita snap sikit kasut yang beli lat zalora baru3 ni,cantikkan simple je...;-) 


Novel RM10 dan percuma kos penghataran

Berita baik buat penggemar dan pencinta novel seperti Cikna, pihak love novel dengan berbesar hati telah mengadakan promosi YES selama 4hari yang bermula pada 07(isnin)-10/12/2015(khamis)

Rata-rata novel yang ditawarkan mempunyai plot-plot jalan cerita yang menarik. Bukan itu sahaja pihak lovenovel menawarkan harga yang cukup murah iaitu serendah RM10 dan lagi berbaloi sekiranya anda membuat pembelian minimum sebanyak 3buah buku kerana anda akan mendapat percuma untuk kos penghantaran melalui poslaju.

P/S : Hari ni hari terakhir ye.... So dapatkan segera sebelum terlambat, Cikna dah grab 6 buah semalam, anda bila lagi... 6buah novel cikna hanya perlu bayar RM65 termasuk pos murahkan sebabnye sebuah novel ni harga dalam lingkungan RM25-35 tu tak masuk lagi postage, postage poslaju utk 5kg rasanya dekat rm20 lebih... Xsabar pulak nak tunggu kehadiran baby2 cikba ni, Berbaloi-baloi...;-)

Nasi Lemak 3 Rasa

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia,

Ada yang lapar ke, ok ini ubat untuk anda,huhuu... 

  Akibat ketiadaan air pagi tadi so sarapan kami hanyalah sebungkus biskut oreo perisa coklat extra 15%+teh o sahaja. Makanya untuk makan tengahari Cikna masakkan sesuatu yang istimewa untuk "si dia". Nasi Lemak 3 Rasa, kau mampu.... Nampaknye masakan Cikna dah ade improvementkan,hahaaa....;-)

Nasi Lemak 3jenis Lauk sebenarnya

Resepi Nasi Lemak
- Beras 
-santan
-daun pandan
-halia
- garam

Resepi Sambal Ikan Bilis
-Ikan bilis
-Bawang putih
-Bawang Merah
- Bawang Besar
-Cili Blander
- Cili Api
- Air Asam Jawa
- Garam
- Gula
- Minyak

Resepi Sambal Udang Petai
- Minyak
 - Bawang putih
- Bawang Merah
- Bawang Besar
- Cili Blander
- Air Asam Jawa
- Udang 
- Petai
- Garam
Resepi Rendang Ayam Simple
- Minyak
- Bawang putih
- Bawang merah
- Halia
- Serai
- Cili kering
- Air asam jawa
- Ayam
- Garam&gula

P/S : Resepi ni Cikna xpandai nak bagi sukatan sebab Cikna masak campak- campak, harap2 korang adjustla mana yang terlebih dan terkurang ye....;-)

Rezeki jangan ditolak

   Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,

   Minggu ni turn cikna ke rumah 'si dia', memandangkan 'si dia' cuti ade plak member yang ajak 'si dia' ke seremban uruskan hal pembelian kereta dia... Makanya lepas asar baru cikna gerak ke sana dari rumah mak me rumah 'si dia' lebih kurang 45minit je(jauhkan)

   Sebelum gerak kena g rumah MIL dulu ade benda yang dikirim katanya, makanan lettew. Ikan patin masak tempoyak, masa MIL masukkan ke dalam tupperware cikna siap pesan 'Kuah lebih ye mak' maklumla menantu dia xmakan ikan patin,huhuu....;-)

Rezeki kami
Mummy : sambal sotong+solak lada+ gulai ikan terubuk
Mak : Ikan Patin Masak Tempoyak bersama timun tua

Ade isi ok bahagian sebelah kepala&sepotong badan

Sempat capai beberapa tangkai rambutan yang baru nak masak (semenjak rambutan dah hampir masak ni tiap-tiap petang Cikna duk bawah pokok rambutan sambil makan rambutan, nikmatnya rambutan fresh...)

Rembat sikit mana yang boleh mendatangkan hasil.... Hurmmm,agak2 cikna nak masak ape ye dgn bahan ni (Kucai+bunga kantan+mangga muda)

MIL siap bekalkan Untuk besan dia sekali, abah xmakan tempoyak sudahnya mummy la melantak sowang xtau la habis ke tak tu....*_^

Finally kami sepakat xmasak nasi cuma habiskan lauk pauk je malas nak simpan takut basi lak, rugi je kn. Cikna cuma watkan air sirap limau ais je....;-)