GA dah tak valid lagi

Salam sejahtera& salam 1 Malaysia...

Minggu ni cikna perasan ade blogger yang join GA anjuran cikna tapi yang peliknya nape korang join GA yang cikna pernah anjurkan masa tahun 2014, skunk ni kan dah tahun 2016 ... GA 2tahun lepas, ke cikna yang salah tengok tarikh... Yang cikna perasan bukan sorang dua tapi ramai kot...

Memandangkan GA ni dah xvalid, so hadiahnye xde la ye.... Cikna sendiri xtau macam GA ni di up kan semula. Sebarang kesilapan harap dimaafi.

 
Cuba korang tengok tarikh tu bila....


Antara yang join

Antara yang join 

Ramaikan yang join..


Magic Jelly dari LOVERA

Dalam sejahtera&salam 1 Malaysia,

Panasnye la petang ni kan, tempat korang macamne hujan ke panas. Bila panas-panas ni cikna suka gunakan Gel Kecantikan Serbaguna Magic jelly. Korang pernah dengar tak pasal produk ni. Magic jelly ini dikeluarkan/diedarkan dari syarikat LOVERA dan mendapat kelulusan Dari GMP Certificate Malaysia.


KKM : NOT151203980K

Magic jelly ialah gel kecantikan serbaguna yang diperbuat daripada gabungan 4bahan semulajadi iaitu Aloe Vera, Timun, Sengkuang Dan Bunga Chamomile yang berkesan dalam menyelesaikan masalah kecantikan Dan kesihatan.

Teksturnya yang ringan, cepat meresap dan tidak melekit menjadikan ianya produk pilihan ramai.

Magic jelly tidak mengandungi bahan merbahaya seperti mercury, Hydroquione, Steroid, dan pewarna tiruan. Ianya bahan yang selamat digunakan tanpa mengira usia mahupun jantina.

Cikna kongsikan antara 27 kegunaannya ;-
1) Membunuh jerawat
2) Memudarkan parut
3) Menyerikan kulit kusam
4) Mengurangkan kulit berminyak
5) Melegakan eczema
6) Mengecilkan liang-liang pori
7) Menguatkan akar rambut
8) Melambatkan penuaan kulit
9) Melembabkan bibir kering
10) Melembutkan rambut yang kasar
11) Merawat luka dengan lebih cepat
12) Menanggalkan daki
13) Membuang sel-sel kulit mati
14) Melembutkan kulit kasar
15) Mencerahkan kulit
16) Melambatkan kulit
17) Menjadikan solekan bertambah glowing
18) Melegakan sunburn
19) Merawat& Melegakan kulit melecur
20) Melembutkan kulit muka dan badan
21) Mengurangkan kelemumur
22) Merawat rambut
23) Merawat bibir merekah
24) Melembutkan bulu mata dan kening
25) Melegakan buasir
26) Melegakan ruam lampin
27) Merawat kulit kepala
Dan lain-lain lagi.

Harga yang ditawarkan ialah RM70 bagi 60ml.

Instagram :
@LoveraMalaysia
@Lovera.Testimonials
@Lovera.Info

Lebih info :
www.Facebook.com/LoveraMalaysia
Hello.Lovera@gmail.com
www.Lovera.com.my

Hubungi :
011-32348255(hotline)
016-6600600(WhatsApp)

P/S : sekiranya berminat untuk menjadi agen/stokis sila hubungi nombor yang tertera.

Awak2, Kita sakit...


Selamat pagi semua,

Dari sabtu lepas Cikna dah rasa lain macam, selalunya kalau tekak ni cam berpasir je esoknye mesti demam, tapi xdemam2 pun. Tang makan&minum bertambah2 mana taknye sentiasa makan sambil menghadap orang tersayang,huhuu....

Malam tadi sebelum tido, cikna bgtau 'si dia' esok klu rasa tak larat ingat nak singgah klinik amik ubat&time sleep je. Maklumla 2 hari kat rumah 'si dia' cikna boleh memasak, buat kerja rumah, basuh,sidai& lipat baju lagi.

Atas dasar istilah 'Monday Blues' lepas syuruk barulah cikna gerak, selalunya lepas subuh kami keluar sama2. Sebelum gerak 'si dia' siap pesan "jangan buat2 lupa singgah klinik amik ubat". Al-maklumla, Bini dia ni susah sikit nak makan ubat,.


Complete set....
Ubat batuk, ubat selsema, ubat demam/sakit kepala&MC

Sampai Palong cikna singgah isi minyak jap, hujan renyai-renyai la pulak. Dalam pukul 8.15pagi Cikna sampai klinik, orang ramai la pulak majoriti makcik,pakcik&polis pelatih pulapol.


Bayar singgit dapat nombor, agak2 yg no.1 datang pukul berapa ye...

Setelah 55minit menunggu, nombor cikna pun dipanggil tapi Mula2 tu kena  jumpa nurse buat ujian saringan dulu. Nurse tanya sakit ape, Cikna jawab sy selsema,sakit tekak,sakit kepala&batuk kalau demam sy xpasti. Sudahnye Nurse bagi thermometer yang kne buh bawah lidah, dan seperti dijangka Cikna xdemam pun sebab 37.3° je klu demam kena 37.8° ke atas. Nurse suh tggu jumpa doktor dulu. OK, cikna tunggu. 30minit tggu baru la nombor kena panggil semula,doktor cek tekanan darah lagi sekali... OMG cikna suspek darah tinggi, tekanan darah xsesuai dengan umur 140/85... Doktor suggest seminggu dua ni kalau dah sihat wat pemeriksaan tekanan darah semula dan jawapannye memang x la Cikna g,huhuu...
Doktor Tanya "hari ni masuk kerja" cikna bgtau belum lagi. Then the best part bila doktor tanpa berlengah terus keluarkan MC baru doktor tulis deskripsi ubat. Nampak je MC cikna pun terus je sihat,hehee...

2minit tunggu untuk amik ubat. Nampak ubat terasa pulak kelatnye kat tekak ni. Dah selesai semuanye, drive balik rumah, tuka baju terus berehat sambil menonton Ceria Popstar. InsyaAllah, nak blogwalking kat blog korang, tunggu ye...;-)

Giveaway Blogger Utara bernilai RM500


Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 | Blogger Utara adalah satu komuniti yang mengumpulkan blogger yang berada di utara semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Ahli Blogger Utara terkini adalah seramai 20 blogger dan sebahagian daripada blogger ini merupakan penaja kepada Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 ini . Blogger tersebut adalah 


Bersempena pencapaian 1000 liker di Page Blogger Utara di facebook, beberapa blogger dibawah komuniti ini bersetuju menjadi sponsar sebagai penghargaan kepada sesiapa yang bertuah dengan menyertai Giveaway ini. Hadiah adalah berbentuk wang tunai untuk 20 pemenang bertuah. 

Hadiah Utama : RM100 x 1 Pemenang (Top Referral)
Hadiah Kedua : RM 50 x 4 Pemenang (Random)
Hadiah Ketiga : RM 20 x 5 Pemenang (Random)
Hadiah Saguhati : RM 10 x 10 Pemenang (Random)

Marilah memeriahkan giveaway kami yang bermula 
1 April sehingga 14 April 2016 
dengan klik link di bawah ini