Risikan ketika Merdeka

Salam Sehati Sejiwa.

Entri ke 333, cantik nombornye so kita buat cerita jiwangla sikit ye...

Alhamdulillah, hari ini kita sudah 59tahun Merdeka. 2tahun dahulu, pada tarikh inilah telah berlakunya salah satu sejarah yang cukup bermakna dalam kehidupan cikna.

Kalau nak tau ape yang berlaku, Moh kita baca sampai habis ye....;-)

'Orang lain Merdeka, aku pula ditawan.

31/8/2015, 12.35tghri si dia bgtau akan datang bersama keluarganya, perjumpaan ini hanyalah sekadar sesi perkenalan sahaja. Dalam asyik bercerita, tiba-tiba terpacul sebentuk cincin didepan mata. Sebentuk cincin yang simple tapi cukup menggoda iman ku, juga sepasang Baju kurung tanda aku telah dirisik.

Baju kami suami isteri ditaja oleh Printcious.



Sambal Ketam Merecik sedap



Salam sejahtera & salam 1 Malaysia.

Holla mommies2&daddies2 sekalian, dah ade menu untuk makan tengahari tak. Ok entri kali ni cikna nak Share resepi yang amat mudah,sedap&murah. Bahan yang berasaskan Ketam, bestkan makan Ketam ni,febret cikna ni. Jom kita explore macamne nak cara-cara nak buatnye...

Resepi Sambal Ketam

Bahan-bahan
2 ekor Ketam
Seulas bawang merah
Seulas bawang putih
Sebiji bawang besar
2sudu minyak masak
2senduk cili kisar
1sudu sos cili/sos cili thai
Sesudu gula
Garam secukup rasa

Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. 
Masukkan cili kisar, sos cili, gula  dan garam.
Masukkan Ketam, dan bawang merah
Sedia dihidang.

P/S : Selamat mencuba dan semoga Berjaya.


Resepi serawa durian yang mudah dan sedap

Salam sejahtera&salam 1 malaysia...

Majoriti kat media sosial semuanya bercerita tentang durian kan. Baru cikna tau Durian ni pun sehingga 200jenis tu pun gara-gara tengok majalah 3 baru ni.

Balik sekolah tengahari tadi Cikna singgah kedai beli roti, ingatnye petang tu nak buat Serawa. Selesai tido, mandi&solat cikna pun ke dapur menyinsing lengan. So menu makan petang untuk hari ni berasaskan Durian "Serawa Durian bersama roti lain".

Jom kita jenguk resepi Serawa Durian yang sangat mudah ni...

Bahan-bahan
5ulas Durian
3cawan santan
1/2cawan air
1/2cawan gula perang
2sudu sagu
1/2sudu garam
Daun pandan

Didihkan air, kemudian masukkan gula sehingga cair kemudian masukkan daun pandan& Durian sehingga hancur.
Masukkn sagu yang ye lah dibasuh, kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit, akhir sekali masukkan garam biarkan sehari dan memekat, tutup api dan sedia dihidang.

Selamat mencuba resepi yang mudah ni, selain dari roti korang boleh hidangkan bersama pulut kukus&biskut kering(biskut mayat)