Pesanan dari sang suami

     Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

     Minggu lepas 'si dia' balik sini so minggu ni giliran cikna pulak balik sana. Kelmarin tengah best layan cerita Sein&Luna 'si dia' hantar pesanan melalui aplikasi whatsapp.opocot...!!!

     Hamik ko berjela-jela pesanannya. 

     Cikna ni dah jemu makan Nasi Ayam tau, mana tak nya setiap bulan mesti 'si dia' minta cikna buatkan tak tau la tang mana sedapnya masakan cikna, dah la cikna ni versi masak cincai-cincai je. 

     Sebagai sang isteri yang "solehah" ok fine cikna akan masak, khas untuk perut awak ye..

Bila sang suami dah pandai mengorder so silalah berjaga2 ye cikna....

Alahai suami, xpelah janji awak happy

P/S : Next entri cikna akan share resepi yang cikna masak utk minggu ni, jangan risau masakan cikna semuanya super duper simple je...;-)

Nuffnang oh Nuffnang

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Rata-rata bloggerian pasang iklan nuffnangkan, agak-agak korang puas hati tak nuffnang ni....

Masa awal kemunculan blog ni, cikna rajin  la godek-godek akaun kat nuffnang tapi sejak 2 tahun lepas cikna dah jadi malas tu pun sebab 'Earnings' yang RM57.25(2thn kumpul) tiba-tiba jadi 0.00 bukan tu je CPUV pun dah lama tak munculkan diri.

Gagahkan diri cek akaun yang ada dlm tiada

Pagi ni cek akaun nuffnang, takde apa yang menarik pun.

2tahun earning cikna cuma RM13.67, CPUV mane maunye nak menjengah ke blog cikna dah skunk ni....;-(

Now terasa nak beralih angin la plak,hehee...

 Pinggan tak retak, nasi x dingin...;-)


Jualan Makanan Sejuk Beku CP yang cukup Murah

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Kelmarin dapat info dari group FB 'Seremban Macam-macam ada' ada jualan murah kat PK Agro,Senawang. Kenapa xbuka gerai kat depan kilang CP Fresh Mart tidak diketahui.

Kebetulan 'si dia' merengek nak ke MAHA, Maeps so kita sebagai isteri yang solehah turutkan je la. Tapi dengan syarat singgah ke kiosk CP ni dulu.

Jom kita layan cerita beserta gambar

Alhamdulillah, kami sampai dalam pukul12.30. Masih banyak stok-stok makanan segera kat sini. Perut cikna conform la dah tersenyum riang, makanan banyak,huhuu....;-)

Memandangkan perjalanan kami masih jauh 'si dia' cuma bagi masa 15minit je shopping kat sini, kira ok la dari takde kan lagipun kiosk dia xbesar mana pun orang pun maybe tak tahu sebab dia buat area kilang.

Model CP Fresh Mart

Iklan yang meruntun jiwa

Telur gred A sepapan 30biji hanya RM8.00, tapi kami xbeli pun sebab kami tak makan telur,huhuu... 

Cikna listkan produk yang ada di situ.
Telur Gred A 30biji : RM8
Ayam : RM8 seekor
Ayam Tua : RM5 seekor
Sosej Black Pepper : RM2 sebungkus
Fried chicken 500g : RM5 sebungkus
Fried chicken 750g : RM8 sebungkus
Fried chicken 1kg : RM10 sebungkus
Mexican chicken 1kg : RM10 sebungkus
Ayam Rendang Instant : RM10 sebungkus
RTE 2kotak : RM5
RTE 3kotak : RM10
Telur goreng 2biji : RM1
Sos black pepper : RM1 sebungkus
Ayam black pepper mini : RM1 sebungkus

Hasil tuaian utk kami, mummy&MIL

Murah hampir separuh Harga.

Nantikan cerita cikna&si dia ke MAHA pulak. 

P/S : Petang tadi Abah cikna kena tahan wad sebab paru-paru berair datang balik, doakan ayah cikna cepat sembuh ye, TERIMA KASIH korang....;-)


Syioknye ke Tesco

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,

Kalau membeli barang keperluan rumah, korang suka membeli kat mana.? 

Cikna semestinye suka beli kat tesco, tempat selesa, luas cuma barang basah tak berapa banyak. Nak barang basah yang Segar kami akan ke pasar borong cuma barang kering di tesco.

Kebetulan masa cikna shopping kat sini, tesco buat promosi pembelian RM100 akan dapat baucer RM10 tapi dengan syarat masa nak tebus baucer nanti kena buat pembelian RM80 ke atas manakala pembelian RM50 pula akan dapat baucer RM3 dan pembelian untuk tebus baucer haruslah RM30 ke atas.

Yang atas shopping ngan mummy&abah, yang bawah ni shopping ngan 'si dia'.

'Bijak membeli senang memakai'

Teh Uncang Lipton Edisi Terhad

Salam sejahtera&Salam 1 Malaysia.

Berita baik buat peminat Teh uncang jenama LIPTON

LIPTON telah mengeluarkan Kotak Tin Edisi Terhad yang menampilkan rekaan bermotifkan corak awan larat. Hanya ada warna PINK atau BIRU sahaja.

Semestinya Cikna pilih warna PINK warna gegurl gituw

Masa shopping kat Pasaraya TF, Triang tu Cikna memang dah amik pek BOH 100pcs, jalan punya jalan ternampak Tin Edisi Terhad Lipton ni tengok harga pun sama je kebetulan nampak pulak iklan pembelian barangan Lipton RM10 ke atas akan dapat Bekas Rempah secara percuma. Ciknakan tak boleh tengok perkataan PERCUMA, apalagi terusla letak semula teh BOH tu,huhuu.....;-) 'Si dia' hanya mampu menggelengkan kepala, hallo saya dah tolong jimatkan duit awak tau'

Sehingga ke hari ni cikna xbuka pun lagi bekas-bekas percuma ni sayang ooo... kita habiskan stok-stok lama dulu then baru guna bekas ni.

'BIJAK MEMBELI MENANG MEMAKAI'

Revolusi online : dapat apa

     Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

     Setiap tahun pada 11.11 adalah masa yang ditunggu oleh pembekal dan pembeli online. Mana taknya harga yang ditawarkan cukup murah dan berbaloi serta kos penghantaran percuma.

     Apa yang cikna perasan revolusi online tahun ni makin ramai pembekal yang join antaranya Lazada, Zalora, 11 street, Nile, Senheng, Acson&Pearl Harbour DLL. 

     Hajat nak shopping kat Pearl Horbour ni memang dah lama cuma banyak pulak halangannya terutamanya kos poslaju yang agak mahal. Bila buka email dapat info PH pun join siap bagi 50% diskaun, 100point percuma serta percuma kos penghantaran.

Nasib baik selalu cek email.

'Pucuk dicita ulam mendatang' sepantas kilat jugakla cikna terjah. 

Resit tempahan, cikna minta diaorg send semua. 

Akhirnya cikna grab 4item, puas hati gitu. Memandangkan order cikna akan di poskan hari isnin so next entri cikna nak share ngan korang macamne nak shopping kat 'Pearl Horbour' ni ye.... Kita tunggu barang sampai dulu ye.

Jom Beli Tali Skipping Murah

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Hari ni rakyat Malaysia&pembaca blog Cikna dah bersenam ke belum. Xmo tipu-tipu xmo malas-malas ye. Bersenamkan boleh sihat kan tubuh badan, obesiti pun boleh dielakkan.

2hari lepas 'si dia' balik sini so Cikna ajak la 'si dia' g Bahau keknye cikna nak selesaikan urusan pembayaran duit PCG beli barang budak. Masa nak balik tu cikna ajak singgah 'ECO SHOP' kat sini barang memang cukup murah. Setiap barang RM2.12 termasuk GST.

Entah kenapa Cikna tergerak hati nak ke tempat mainan then nampak benda alah ni rasa macam berguna terus grab.

"Jump Rope With Counter"

Yang bagusnye tali skipping ni kita boleh reset ke angka 000 je. Tolak angka je tambah angka xboleh so memang berbaloi la kn, xpayah dah susah-susah nk kira pastu terlupa kena plak kira balik semua.

Banyak jugak angka tu kn....;-)

Harapnye Cikna bukan
 "Hangat-hangat taik ayam"

Fiesta Bera 2016

28 oktober 2016-Jumaat

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia.

Minggu ni turn cikna balik Bera so rutin bila balik bera kena lah keluar bandar beli barang dapur. Tau je lah laki bujang bukannya rajin masak makan mana yg ada je. 

"Si dia request nak makan mee bandung, cucur udang, nasi putih&sup daging.

Sampai je Bandar Kerayong nampak orang ramai kat Dataran, Cikna mana boleh tengok orang ramai-ramai ni, sepantas kilat ajak 'si dia' singgah. Rupa-rupanya acara tahunan untuk orang Bera "Fiesta Bera" yang peliknya sepanjang perjalanan tadi take nampak pun iklan@banner. 

Aturcara majlis
Dafi artis 'wajib'
sebab bapaknye kan ahli parlimen Bera

Banyak jugak kiosk yang dibuka. U know what 'Sapura' tegur Cikna luluh rasanya, Cuba korang bayangkan bila artis Malaysia tegur tanya khabar korang. Azza elite dengan kiosk cuci kuku, roslan shah macam biasa sebagai pengacara majlis.

Sempat grab keknis&bawal amaris conditions memang tip top, dah lah baru&harga murah 
2helai RM15je....
Skirt dari RM19.90
Blouse,kemeja dari RM25-49

Sempat simpan sebiji untuk tatapan korang & Sila abaikan jari cikna yang montok tu k..!

Kiosk Fama Cikna sempat grab buah Manggis sekilo RM4. Sekali hadap terus habis menyesal pulak beli sikit,huhuu..;-)

'Si dia' sempat singgah gunting rambut kat kiosk DJari harga pun murah gak RM7 je.

Sempat ronda-ronda sekali je sebab hujan lebat sangat kot. Hujan reda terus gerak g Pasaraya TF beli barang dapur.

Shopping itu ini 'si dia' g bank rakyat, kebetulan lalu Dataran kerayong Cikna ajak 'si dia' g dengar ceramah, boleh plak dia kata tak nak

'Ajak g buat pahala dengar ceramah pun xnak'

'Bukannye nak dengar ceramah sang at pun awak nak g shopping kat situ kan'

Alamak, kantoi la plak,huhuu...

OK, Jom kita balik


DIY Casing HP Idaman Murah

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Untuk entries kali ni cikna nak share ngan korang macamana nak buat Casing HP mengikut citarasa korang so memang Special la kan sebabnya casing HP korang xkan sama dgn orang lain.

P/S : Nak diskaun super duper murah, Sila baca entri ni sampai habis ye..!!!

Cikna buatkan Casing HP yang super Special Edition, hadiah anniversary member katanya....
 bukan main seronok lagi dia, g mana-mana tak berenggang la dengan hp dia tu....;-)

Antara contoh-contoh Casing HP versi Special Edition yang telah ditempah

CODE : FEH1001

Harga asal : RM39
Harga Promosi : RM20
Postage : Free kecuali Sabah sarawak
GST : Free 0%

Tempahan melalui WhatsApp pun boleh jugak tapi still kena nyatakan CODE : FEH1001 
di talian : 019-9858151


Nasib malang di pagi isnin

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

"Bad Day at Monday Blues"

Sila abaikan habuk2 halus tu ye...

Hari ni betul-betul Monday blues yang menyakitkan hati, selama 20tahun lebih cikna menggunakan jalan yang sama, pagi ni boleh pulak cikna excident dengan anak lembu warna putih. 

Cikna memang dah perasan kat tepi jalan tu ade lembu elok je cikna lalu boleh pulak dia melompat melintas jalan tau la kete cikna warna merah. Rasanya terkena pipi lembu kot xde yang kemek cuma cover cermin je patah. 

Sape yang pernah jadi macamni agak-agak mahal x nak tukar cover tu..

P/S : Kalau anak lembu tu sakit/mati tuan lembu sila menghadap cikna ye, ko bayar balik atas semua kerosakan kete cikna ni. 
 

DIY dan Abadikan Kenangan Bersama Liberty

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Setiap kita mesti ada gambar kenangankan so macamna cara korang abadikannya. Kalau dah bergelar blogger, ibu, bapa, remaja, pelajar mesti korang suka tangkap gambarkan terutamanya yang gemar berselfie mesti dalam HP tu bnyk gambarkan. Lepas tangkap gambar tu apa yang korang buat tak kan nak buangkan.

Ok entri kali ni cikna nak share ngan korang macamane nak DIY kan gambar tu. atleast bolehla korang selamatkan gambar-gambar tu sebelum HP korang dimasuki virus ZIKA

Contoh gambar dan keychain dari Liberty

Liberty ialah sebuah syarikat yang telah memperkenal weprint iaitu sebuah mesin pencetak gambar segera yang berkualiti tinggi pertama di malaysia. 

Dengan hanya menggunakan Telefon Pintar korang dapat mencetak gambar menerusi aplikasi WeChat. Ianya dicetak menggunakan material magnateic paper, photo paper, button badge serta cover HP

1. Buka&pasang applikasi weChat,kemudian scan kod QR
2. Pilih state&acara
3. Pilih gambar yang nak dicetak kemudian klik 'print photo'
4. Masukkan kod ID yang tertera
5. Tunggu sehingga gambar siap dicetak. Siap

Sekiranya berminat dan terdapat sebarang masalah sila berhubung di:

Liberty Printing Sdn. Bhd (1080784-T)
5,6A&6B, Jln Harmonic 1A/KU3
Kristal Klang Commercial Centre
42100 Klang, Selangor

Tel : 0199858151 (Elaine)




Waktu urusan : Isnin -  Sabtu(9am-6pm)



Sumber Ayu Rahsia Penjagaan Intim Kaum Wanita

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia

Penjagaan peribadi bahagian intim kaum wanita bukanlah sesuatu yang perlu diambil mudah. Tapi bagi yang ingin memudahkan penjagaan tersebut korang bolehlah mencuba produk ini. 

Jawapannya adalah Produk Penjagaan Peribadi Sumber Ayu.produk yang berasaskan bahan semulajadi iaitu daun sireh.

     
Bauan Gambir menjadi pilihan cikna, u know what 'si dia' pun ckp bau ni wangi,hehee....;-)


                                                   
Antara Produk semulajadi penjagaan bahagian intim wanita yang menjadi pilihan iaitu Gambir, Rose & Floral. Produk ini boleh didapati semua dirangkaian farmasi, pasaraya dll pada harga yang mampu dimiliki iaitu RM3.60 bagi 90ml & RM5.80 bagi 200ml. 

"Suami suka yang wangi je tau"

Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman!

Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia.

Dah lama Cikna xjoin segmen kat tu semua gara-gara xpernah menang pun so kali ni cikna nak cuba nasib semula. yang cikna excited sangat nak join sebabnya hadiah dia memang menarik, korang tau apa hadiahnye "SEKOTAK BARANGAN PENJAGAAN PERIBADI". dah tu apa lagi jom la join...

Jom la join "KLIK SINI" kalau nak menang....;-)

Cikna bukanlah kaki mekap untuk muka hanya guna SET SAFI, bedak & lipstick dari MAYBELLINE so kalau menang SET BOX tu bolehlah cikna melaram nak-nak family day nanti ada tema pulak baju dah dapat alat mekap je dalam proses lagi, so sally nampak x bertapa berharap&perlunya Cikna dengan hadiah ni....;-)

Nasib Baik Ada Makanan

Salam sejahtera&Salam 1 Malaysia.


Dapat cuti raya sehari je, sudahnya hari ni marilah kita bekerja ye....;-)

tapi

bekerja disaat ramai lagi yang masih bercuti tiada nikmatnya,huhuu... sudahnya kita makan-makan je la hari ni, padahal sebelum g kerja tadi dah bantai semangkuk laksa sampai tempat kerja melantak ape yang ada....



Baki makanan dari hamper kitaorang menang "Kelas Patriotik" baru ni, susu coklat subsidi pun balance budak yang xdtg last day ritu, air kosong xjadi masalah janji kena jalan & tadah je sebab ritu dapat sponsor dari coway. jimat air&letrik umah den....;-)

P/S : jom balik makan tengahri pulak,laksa ada lagi tu, huhuu....;-0

Giveaway RM400 by AsyaAmin

Giveaway RM400 by AsyaAmin.



Syarat penyertaan :

1. Blogger Malaysia
2. Follow blog ini. Wajib
3. Follow :

https://www.instagram.com/syaaddaa/   https://twitter.com/syaaddahttps://www.facebook.com/nsyaaa 


4. Bahagian sponsor :

Follow SEMUA. Highlited. (exceptional to those yang tiada Instagram dan twitter. But please do mention if you don't have Instagram and Twitter account)

https://www.instagram.com/_mrdiana/ (Follow)


https://www.instagram.com/shahhaizal/ (Follow)


https://www.facebook.com/kelakardotmy/  Like page Facebook (Wajib)

https://plus.google.com/+TheNewMindedakaUltraStation/posts (Optional)


nurnabla.blogspot.my (Wajib)

https://www.instagram.com/nur__nabila/ (Follow)

http://julinaalias24.blogspot.my/ (Wajib)

https://www.facebook.com/julina.alias (Follow)

https://www.instagram.com/cucigambar_murah/ (Follow)


5. Buat entry bertajuk "Giveaway RM400 by AsyaAmin!"
6. Letakkan banner pada entry (boleh copy paste html code dalam box di atas)
7. Banner hendaklah dibacklink ke sini
8. Link penyertaan/url blog hendaklah ditinggalkan di kotak komen ini sahaja.



Senarai Hadiah :

Top Referral :
1. Wang tunai RM 150 x 1 pemenang
2. Wang tunai RM 60 x 1 pemenang
3. Wang tunai RM 40 x 1 pemenang



Random:
1. Photobook 6X6 INCI/40 Page/100 keeping gambar x 1 pemenang
2.  -Blog review x 4 pemenang
-Bloglist selama 30 hari x 9 pemenang
3. -Topap RM 5 x 2 pemenang
-Blog Review x 3 pemenang
4. Topap RM 10x 9 pemenang


Penyertaan terbuka kepada semua blogger Malaysia.
Selamat Berjaya :)




Mula :
16 Ogos 2016
Tamat:
1 Oktober 2016









p/s: I state RM400 based on total overall.






















Borong novel murah

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Cikna borong novel lagi, kali ni ade promosi yang rm13 & rm18...

Cikna terus grab 4buah sebabnya boleh dapat free postage, bijak x....;-)

Kalau ambik sebuah buku kena tambah RM5 untuk postage flexi, 2-3buah buku kena tambah RM8, kalau 4 ke atas FREE POSTAGE. Kalau nak guna poslaju harga dari RM7-RM12, poslaju mahal tapi bila time perayaan/cuti akan jadi super duper slow pastu xupdate....;-(

InsyaAllah seminggu boleh habis ni, ti boleh kita buat review,huhuu....;-)

P/S : Cikna adalah agen berdaftar, kalau korang nak novel murah calling2la ngan cikna k : 0136107411(whatsapp)

Bercuti Ke Cameron Highland, Pahang


Entri Peram (22.2.2016-isnin)

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Ritu mummy ada bagi hint nak g jalan-jalan ke Cameron, maklumla jiran-jiran kat sini cerita g cameron tu best buah&sayur macam2 ada segar plak tu so meronta2 la mummy nak ke sana. 

Hari ahad kak cik call nak balik tengahari, dia cuti 3hari. So on d spot cikna bagitau pagi esok jom g cameron. Call GB bagitau nak amik cuti & diluluskan,hoooreyyy...;-)

Sesudah subuh & sarapan kami gerak(7.15pagi). 5jam cikna drive sorang non stop lagi, gara2 cikna ni jenis mabuk,asal duk sblh mesti muntah... oh ye lupa plak cikna ade berenti sekali je tu pun sebab nak isi minyak kat lanchang.

P/S : sebelum masuk kawasan penempatan orang asli sila la isi minyak k

Pukul 12tghri kitaorang sampai tu pun atas jasa baik 'WAZE'


Kawasan teh yang glamer, nak turun abah xlarat so kita view dr atas je ye
Dari atas ni boleh tengok sungai tau mmg cantikla...;-)


Sambil tengok view kita makan tengahari ye,wktu makan kot... kitaorang makan tepi jalan je ni,hahaa... sempoi gilerkan family cikna asal kawasan bersih&tak bahaya on je...;-)


Pagi2 lagi mummy dah masak semua ni
Sambal sardin, udang celup tepung, rendang ayam&sambal sotong

Sambil makan sambil tu la baru google tempat2 yang best kat cameron ni,huhuu...

Then kita sambung jalan2 ke brinchang&kea farm... 

Memandangkan kami ke sana bukan hari cuti so memang bestlah xsibuk pun kete pun xbnyk. 

Pukul2.15-4petang
Paling heaven bila sampai ke kea farm, murah2 & segar semuanya... cikna grab 5longgok(50pcs) jagung RM20 je pastu dapat free 3pcs... sayur&ubi 1bungkus RM1 so cikna amik 15bungkus, coklat 5kotak RM10, keychain 3kotak RM23... mummy pun beli sayur 10bungkus&jagung 30pcs RM15 kakcik pulak strawberry je la jadi idaman dia, sebesen RM18.

Hasil tuaian.


Jagung utk jiran, mmbr kat sekolah&MIL

Nak singgah sini, Pasar xbuka lagi so gerak balik je la

Masa balik ni pun kakcik sempat drive 5minit je, pastu cikna lak sambung take over perut dah mula bergelodak.


Tapak projek


Habis ditarah utk tanam sayur

Pukul 4.30 kami keluar dari cameron, pukul 11malam baru sampai sebabnya berenti makan&solat.

Berakhirnya cerita pasal short vacation family cikna, insyaAllah ada masa nak ke sini lagi tapi nak tido la barang semalam 2. Cikna ni nama je duk Pahang tapi dari rumah nak ke Cameron bapaknye jauh,huhuu...;-(

Risikan ketika Merdeka

Salam Sehati Sejiwa.

Entri ke 333, cantik nombornye so kita buat cerita jiwangla sikit ye...

Alhamdulillah, hari ini kita sudah 59tahun Merdeka. 2tahun dahulu, pada tarikh inilah telah berlakunya salah satu sejarah yang cukup bermakna dalam kehidupan cikna.

Kalau nak tau ape yang berlaku, Moh kita baca sampai habis ye....;-)

'Orang lain Merdeka, aku pula ditawan.

31/8/2015, 12.35tghri si dia bgtau akan datang bersama keluarganya, perjumpaan ini hanyalah sekadar sesi perkenalan sahaja. Dalam asyik bercerita, tiba-tiba terpacul sebentuk cincin didepan mata. Sebentuk cincin yang simple tapi cukup menggoda iman ku, juga sepasang Baju kurung tanda aku telah dirisik.

Baju kami suami isteri ditaja oleh Printcious.