Ke Jakel Senawang Kita

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, ptg khamis abah dah boleh kua wad... Seminggu jugakla abah kena tahan wad.
Atas arahan mummy, cikna inform dalam group wasap mummy suh anak2 dia balik tengok abah. Petang rabu tu kakcik(adik) dr KL sampai dulu. Abang2, kakak ipar&anak sedara sampai 12.30tgh malam dr Penang. Diaorg naik sebijik kete je(innova) jimat sikit maklumlah minyak tengah mahal...;-)

Malam khamis tu tengah siap-siap nak makan malam tiba-tiba abang long jerit suh tengok berita jam 8, rupa-rupanya pembukaan Jakel&Ariani kat senawang. Ok weekend ni kita g...;-)

Seawal jam 9.30 kami bertolak, Pahang - N.Sembilan lebih kurang 1jam 45minit je. Family kitaorang memang suka berjalan, kiranya family trip la ni
Puas pusing cari parking, dengan parking kena curi sudahnya kami park kat dalam kawasan MYDIN je, lain kali kalau orang dah bagi signal tu tolongla jgn butakan mata k...!!!

Masuk je JAKEL, nauzubillah dengan orang ramai cam semut dapat gula. 

Setiap tingkat kita orang g (naik lif OK). Sudahnya tak beli ape pun. Dengan staf yang suka mengekor&memaksa.Dan paling sakit hati boleh plak dia mengutuk cikna depan-depan... cikna pun ape lagi naik angin gak la  "ni la susahnye b'cakap dengan orang xpaham bahasa melayu, dah jom balik....!!! Happy hour jakel offer Pucci RM60 sepasang, OK harga sama cam KL je kebetulan cikna Ade beli gak pucci ni kat online RM52 je siap include postage lagi.

Masuk Ariani pun camtu gak sudahnya kua dengan tangan kosong. Cuma cikna perasan kat Ariani Ade sale 3helai instant RM50 je.

Sebelum balik kami singgah makan kat Texas chicken,Senawang Gateway(gara-gara Ayam besar&free refill air) Cikna, kakcik&anak sedara menggila refill air dekat 5kali jugakla kami ulang. Ais pun free tau...;-)

Sampai je kat Bukit Putus kami singgah g amik air bukit, air dia memang jernih& sejuk cam dalam peti ais.
Papan tanda yang menginsafkan
"Tolong jangan buang sampai di sini,terima masih"
"Air nak bersih, tempat mesti nak bersih juga"

Abang long punya la xcited cam dpt ketul emas....;-)
Abang long punya excited mmg lain macam kot, macam dapat ketul emas'

Tahun Baru Moga Impian Kami Tercapai

Salam sejahtera&Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, diam tak diam dah 11 hari kita di tahun baru. 
Macamana dengan azam tahun baru korang, azam yang lama tu dah tercapai ke...?
Ucapan Tahun Baru dari Facebook

Sepanjang hidup ni rasanya cikna tak pernah pasang apa-apa azam. 

Cuma untuk tahun ni cikna dan 'si dia' berharap sangat agar kami dikurniakan zuriat yang soleh&solehah agar ianya dapat memberikan kebahagian serta keserian dalam hidup kami.

Sedih pulak rasanya bila bercerita pasal zuriat ni, maklumla member yang kahwin sama tarikh ngan cikna pun anaknye dah pandai meniarap yang kahwin lepas dari cikna pun tengah bahagia dengan anak masing2.

 Tipulah kalau cikna xjeleszzz tapi selagi kita ni masih berpegang dengan ajaran Islam redha dan terima seadanya tapi dalam masa yang sama kita kena la jugak berusaha. InsyaAllah, Allah tengah mempersiapkan hanya yang terbaik untuk umatnya.



"Ya Allah, izinkan aku merasai nikmat mengandung&menjadi seorang ibu"

P/S : Doakan Cikna&suami ye....;-)