Resepi Cornflakes Madu Paling Mudah

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia.

Hari ni sesi pembelajaran hanya di isi dengan pembikinan Cornflakes Madu. Dan ini lah bukti betapa mudahnya pembuatan cornflakes tersebut sebabnya anak-anak murid yang buat kami hanya memantau je.

Jom kita tengok macamna nak buat, buat jangan tak buat ye anak murid cikna pun boleh buat ni weyhh....


Resepi Corn flakes Madu

Bahan-bahan
-Corn flakes 1Kotak
-Madu 3cawan
-Gula 1cawan
-Mentega 1cawan

Cara-cara
- Panaskan periuk masukkan mentega sehingga cair 
- kemudian masukkan gula dan madu sehingga sebati 
- kemudian masukkan cornflakes gaul hingga sekata
- Masukkan ke dalam cup
-Bakar selama10m 
-Hias mengikut kreativi anda

SELAMAT MENCUBA, INSYAALLAH BERJAYA.....;-)