cikna136.Asia

!..Ciknanye deariest..!

Kadangkala..........kebetulan itu 1 titik kepada permulaan yang indah..;-)

Tabung E-Day

728 x 90 Lazada Malaysia

Program Pengisisan Minyak Petrol Percuma

Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia.

Hari ni Cikna nak share dengan korang macamna nak dapatkan Minyak Petrol Percuma. Berita baik ni hanya untuk penduduk di kawasan Jempol,N.Sembilan sahaja.

Program ini dianjurkan oleh UMNO bahagian Jempol, Yayasan Pelajaran Dan Kebajikan Jempol, ADUN Kawasan Dun Jeram Padang. Anda dikehendaki membawa salinan IC ianya bertujuan untuk mendapatkan kupon. Had maksima pengisian Minyak Petrol ini ialah RM5.00 dan dihadkan untuk kenderaan motosikal sahaja.

Lokasi :Stesen Minyak Smart, Serting Hilir Kompleks
Tarikh : 01 April 2017
Hari : Sabtu
Masa : 11pagi - 1petang

Lokasi :Stesen Minyak Petronas,Bandar Seri Jempol
Tarikh : 01 April 2017
Hari : Sabtu
Masa : 10.30pagi - 12.30tengahari

Lokasi :Stesen Minyak Petronas,Rompin
Tarikh : 01 April 2017
Hari : Sabtu
Masa : 1.30petang - 3.30petang

Lokasi :Stesen Minyak Petronas, Felda Palong 4,5,6
Tarikh : 01 April 2017
Hari : Sabtu
Masa : 12.30tengahari - 2.30petang

Lokasi :Stesen Minyak Petronas, Felda Palong 16
Tarikh : 01 April 2017
Hari : Sabtu
Masa : 12tengahri - 2

Terima Kasih Kepada Blogger Anies

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Entri kali ni memang ditujukan khas untuk blogger Anies(kira penghargaan dari Cikna)

Jauh dari kota LONDON gitu.....;-)

Kiranya ni hadiah kedua yang cikna terima dari anies, nanti akan cikna lekatkan di sebelah fridge magnet Mesir(piramid) yang anies bagi ritu...


Nasib baik anies tinggalkan note ni, kalau x "dok ontok yo hadiah ni ha... xkoso  posmen nak anta kek tiap kolehh doo"

P/S ; Terima kasih daun keladi(sila sambung sendiri)....:-)

My Best Birthday Wishlist From Shopback

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Alangkah indahnya andai kita diberi pilihan untuk memilih hadiah harijadi untuk diri sendiri. Sempena ulangtahun kedua Shopback, mereka ingin memberikan hadiah kepada anda semua. Sebelum cikna share apakah hadiah yang cikna idamkan. Izinkan cikna berkongsi sedikit info berkenaan Shopback.


Apa itu SHOPBACK....???
Shopback.my ialah satu-satunya rangkaian laman web 'online shopping' yang menawarkan diskaun  dan memberikan kita pulangan wang hasil dari setiap pembelian. 

5 langkah bijak berbelanja bersama Shopback
z. Pilih rangkaian syarikat yang korang suka
3. Beli & bayar (banyak beli banyak dapat cashback)
4. Terima pulangan.
5. Pembayaran terus ke dalam akaun bank

Antara rangkaian syarikat laman web yang turut serta dan menawarkan pulangan yang berbeza.

Selain pulangan wang ada juga syarikat yang menawarkan diskaun potongan serta pulangan wang.

Bukti cashback yang diterima.
Baru ni cikna shopping kat Lazada melalui Shopback, hasilnya cikna dapat 10% pulangan wang dari perbelanjaan. 

Murah dan berbaloikan.

Untuk maklumat lanjut mengenai shopback.my boleh layari:-
Website : www.shopback.my

Jom daftar sekarang!!!

Senarai Birthday Wishlist cikna.

Sebenarnya dah lama 'aim' ABS Six Pack ni maklumlah ciknakan tengah diet, cikna suka dengan benda alah  ni sebab dia jimat ruang & praktikal. Ramai member suruh cikna beli treadmill tapi tak nak lah treadmill kena berlainan je tapi kalau ABS Six pack ni macam-macam boleh buat antaranya senaman, sit up, bench, mengayuh dll. 

Family cikna cukup suka BBQ&Steamboat, cuba bayangkan kalau 1 kepala RM30 berapa banyak kitaorang kena spend. Sudahnya baik cikna beli BBQ Grill & Steamboat ni, makanlah korang sampai pengsan. Selalunya kuah steamboat tomyam/sup cikna nak buat kelainan gantikan dengan kuah singgang atau asam pedas, buat bubur pun sedapkan(ok, menu tengahari ni)

Blander Magic Bullet ni pun best terutamanya bila nak buat jus dah tak payah tapis, masuk buah tekan suis masukkan Dalam jug dah siap sebab dia ade penapis sendiri. Hasil kisaran lebih halus dengan menggunakan kuasa12000rpm. Nak buat Sambal Belacan dengan amaun yang sikit hari-hari pun boleh. Bila ada blander macam ni makin rajinlah cikna memasak....;-)

Elok sangatlah cikna request nak Power bank ni kek nye PB cikna dah makin hilang kuasanya. nak tanyalah PB makin lama makin hilang kuasa ye ke PB cikna yang dah rosak,huhuu...

2unit radio. Hajatnya 1 untuk cikna 1 lagi untuk parent cikna, bulan lepas mummy ada cerita pasal jiran sebelah rumah ni beli Radio siap ada surah&ceramah. Ok mummy, nanti cikna belikan ye (kebetulan birthday mummy bulan5). 


Kalau dapat Multifunction Massage Pillow ni terasa nikmatnya dunia. Dalam kereta boleh guna, tengah kerja boleh guna, tengok tv pun boleh guna betul-betul multifunction ni. Semalam g Bahau duk kat kerusi massage yang RM1 untuk 4minit terasa tak puas la pulak. 

Cikna dah bagi wishlist ni so kalau ada sesape yang nak bagi hadiah birthday dipersilakan ye....;-) 
"Kecil tapak tangan nyiru cikna tadahkan"




lazada malaysia blogger contest


Salam sejahtera & salam 1 Malaysia.

Sempena ulangtahun Lazada kali ke-5, Lazada akan mengadakan sale bermula 22/3 - 24/3. Buat kaki shopping online macam cikna, ni la masanya yang kita tunggu-tunggu mana tak nya diskaun sehingga 90% tau. banyak tu...;-)

Bukan itu sahaja, lazada juga turut mengadakan peraduan khas buat para blogger bermula dari 1 Mac sehingga 23 mac. Hadiah memang best kot, makin ramai yang join makin banyak hadiah yang ditawarkan. Eyhh, tunggu apa lagi tu jom lah join, awak tak nak hadiah ke...???



Hadiah-hadiah yang ditawarkan:-
Kurang dari 50 peserta(10 pemenang)
Tempat pertama : RM300 x 1pemenang
Tempat kedua : RM200 x 3pemenang
Tempat ketiga : RM100 x 6pemenang

Kurang dari 100peserta(20pemenang)
Tempat pertama : RM500 x 1pemenang
Tempat kedua : RM250 x 7pemenang
Tempat ketiga : RM125 x 12pemenang

Lebih dari 100peserta(30pemenang)
Tempat pertama : RM800 x 1peserta
Tempat kedua : RM300 x 12peserta
Tempat ketiga : RM150 x 17peserta

Syarat-syarat penyertaan:-
1. Anda mestilah seorang blogger
2. Boleh menggunakan sebarang bahasa
3. Buat entri yang merangkumi
- Apa yang korang suka dengan Lazada
- Senaraikan 3barang beserta screenshot dari laman web Lazada
- Cara untuk meningkatkan mutu prestasi Lazada
- Ucapan sempena ulangtahun Lazada
4. Submit entri penyertaan (link blog post) ke 'contest@lazada.com.my' dengan tajuk 'Lazada Birthday Blogger Contest's sebelum 23 Mac 2017(khamis)
5. Pemenang dipilih berdasarkan 'Random'

➽ Apa yang korang suka dengan Lazada.
- Diam tak diam dah 5tahun lazada ni ye, banyak jugak lah barang yang cikna beli kat lazada ni. Antaranya Set Jam Tangan, Set Tupperware, Konjac bubble, Set Pregnancy Test&Tali Skip Exersice, penimbang digital mass index dll. Cikna suka shopping kat sini sebab :-
 - Produk antara yang termurah diantara laman web shopping online yang lain
 - Pelbagai diskaun ditawarkan.
 - Kos penghantaran yang murah dan ada juga yang "Free Postage" walaupun barangan dari luar negara.
 - Kaedah pembayaran yang pelbagai.
 - Penghantaran yang cepat, "hari ni order esok dah sampai"
 - Sekiranya barang rosak@masalah inform kat Lazada korang return nanti diaorang akan tukarkan yang           baru tanpa sebarang pembayaran.
 - Sebarang aduan@masalah, cikna just PM@email je insyaAllah cepat "feedback"nya.
 - Layanan staf pun baik je.

➽ Tiga pilihan produk dari Lazada.
1. ABS Six Pack

Dah lama cikna idamkan ABS Six Pack, tiap-tiap hari Cikna intai kat laman web Lazada kot makin turun harganya. macam-macam exercise cikna boleh buat dengan benda alah ni. Abah & Mummy pun boleh tumpang sekali. Berdiet sambil membina otot, cikna kan tengah diet ni so bila kurus nanti tak nak la badan tu menggelebeh je, Kita kasi tegang apa yang patut....;-)

2. Pressure cooker

En.suami suka makan sup tulang, so memang lah cikna perlukan benda alah ni. Cikna lak suka buat bubur/nasi air(minggu ni saje dah 4kali makan nasi air tu pun order je, bahana COD..) Semalam member share resepi stew daging/ayam, sedap kot kalau ada Pressure Cooker on d spot cikna try, nafsu makan meluap-luap ni....:-)

3. Hand Mixer

Warna febret cikna. Misi untuk buat kek&cookies. Raya ni bolehlah cikna amik tempahan ye dok...;-)

Langkah-langkah meningkatkan mutu perkhidmatan Lazada
- Cikna syorkan Lazada ceriakan lagi laman web,
- wujudkan sesi 'live support massage' sesi soal jawab yang mudah & cepat dengan pelanggan.
- Sediakan reward buat pembeli terbanyak setiap tahun.
- Pemberian point(point ditukarkan kepada kupon diskaun@hadiah)

Ucapan Ulang tahun untuk Lazada



Semoga Lazada semakin berkembang maju & dapat meningkatkan mutu produktivi seiring dengan zaman yang membangun ini.





Peraturan Sekiranya Mahu Menonton Di Pawagam @ Auditorium

Salam sejahtera&Salam 1 Malaysia.

   Entri kali ni cikna nak kongsikan peraturan/larangan ketika berada di Panggung Wayang. Harap-harap entri ni berguna la untuk korang ye.

'Si dia' ajak g  Star Mall, Mentakab nak tengok "J Revolusi" kononnye tapi orang lemah lembut cam cikna mana sesuai sudahnya kami lalu je lagipun cikna tak minat Masuk panggung ni.

 Nak pujuk rawan 'si dia' "lain kali awak g la tengok dengan member"
 
Selama hidup ni pernah masuk sekali je tu pun masa zaman gila-gila remaja ritu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...