Al-Fatihah & Salam Takziah

Salam sejahtera&Salam 1 Malaysia,
Hari ke-2 di kampung, suasana masih segar tiada hujan yg menitis seperti selalu. Tiada aktiviti yg dilakukan hanya berehat mehilangkan penat menempuh perjalanan yg panjang. Makan tengahari memang mewah antara hidangan lauk pauk ialah ketam berlada, tom yam sea foad, butter prawn, ulam-ulaman & sambal belacan, mewahkan sebab pak su ni nelayan so bawa balik ketam, udang& ikan free je.Petangnye pulak pergi melawat kakak ipar sebelum beli la sikit buah2an sebagai buah tangan.

Jam 5ptg kami sampai di Hospital Seberang Jaya,Pulau Pinang. Kami masih menanti khabar berita. Petang semalam kakak ipar dah bukaan 3cm bila malam bukaan tutup kembali. Tghri td bukaan buka kembali dan dlm pkl 5.30ptg baby berjaya dilahirkan tapi nyawa tak panjang baby hanya 6bulan dan berat 300gram. Arwah sempat hidup selama 15minit je, kalau x dapat family kitaorang bertambah lagi seorang hero. 

Setelah selesai mandi&sembahyang arwah selamat dikebumikan pada jam 8.30malam. Al-fatihah

Tabah & sabar menantikan kehadiran orang baru

Arwah selamat diuruskan & bersedia utk dibawa pulang. 

Doktor sahkan kematian adalah disebabkan keguguran tapi yang peliknye arwah lahir normal dan sempat BERNYAWA.........???

Balik Kampung lagi

Salam sejahtera&salam 1Malaysia,

Alhamdulillah, akhirnya Cikna sekeluarga sampai juga ke kampung halaman. Kali ni Cikna terpaksa drive sowang sbb adik xdpt cuti. Mengantuk tahap dewa terpaksa dilawan dh la jalan asik jem, nasib baik mummy&abah xtdo klu x mau ke laut jawabnye.

Raya haji baru ni kami sekeluarga baru balik kampung, tp kali ni dpt call dr kampung nenek sakit dlm masa yg sama kakak ipar tumpah darah, kakak ke-2 keguguran anak ke-2,anak sedara bersunat lagi. 

Letihnye drive seorang diri 10jam jugak la dari rumah pkl9.30pagi sampai kampung pkl8malam , berenti pun cuma 4kali je. Sepanjang perjalanan Cikna hampir excident semuanya gara2 suka mencelah tanpa memberi signal. Agaknya signal diaorang rosak kot. Lg satu had lebuhraya 110kmj kn, Cikna bawa 110 pun ade lg yg laju siap  bg signal lampu tinggi lg. Alhamdulillah tok semakin sihat, kami menantikn khabar gembira dari kakar ipar pulak katanya dh masuk wad bersalin, yeaay nk dpt anak sdra lagi. Kakak ipar no.2 baru keguguran minggu lepas, banyak kali jugakla dia send wechat mengadu nasib yg Cikna lak xreti nk pujuk2 ni sdhnye suh mummy yg call pujuk dia.....;-(

Konsert Gegar Vaganza V/S Mentor Legend

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,
Siapa yg tengok rancangan realiti konsert gegar Vaganza @& mentor legend sila angkat tangan. Bila tiba malam ahad jam 9 mlm, automatik Cikna akan confuse nak memilih rancangan sebab semuanya best2 belaka.
Kat rumah ni de 3biji tv so xyah nk gaduh2 k, mummy & abah tgk mentor kat ruang tgh Cikna pulak tgk gegar vaganza kat ruang tamu tp bila iklan tukar channel gak,huhuu....;-)
Malam ni penyanyi Hasnol menjadi peserta pertama yg terkeluar gara2 xsihat...;-(

Pertandingan memasak ibu & anak

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia.
Pada petang yang mulia ini Cikna dengan sukacitanya menganjurkan Pertandingan Memasak Ibu&Anak. Selaras dengan tajuk semestinya peserta terdiri daripada ibu & anak sahaja.
Pada jam 4.00petang Cikna & Mummy masuk ke dapur kerana hanya kami yang bertanding,huhuu... Hakim&juri semestinya abah&adik yang adil lagi bijak sana.
Akhirnya inilah dia hasil masakan kami, mummy dengan kerepek ngaku nya Cikna dengan mee kungfu nya....^_^
P/S : bukanla p'tandingan ape pun cuma sekadar menjamu minum petang....;-)

Tiada Lagi Subsidi Minyak RON95 & Diesel

Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Berita baik buat rakyat jelata bermula 1 Disember 2014 Ron95 & diesel juga akan diapungkan sama seperti Ron97.  Kini harga bagi seliter Ron95 ialah RM2.30, Ron97 ialah RM2.50 & Diesel pula RM2.20 seliter. Tiada lagi subsidi ok. 
Bila diapungkan maknanya harga minyak juga turut akan terapung, mungkin akan naik & mungkin akan turun.

Bila tgk pada harga minyak skunk ni Cikna akan pilih RON97. Orang kata minyaknya lebih bagus utk kenderaan,betul ke...???

P/S : Maaf andai salah, xmo komen bnyk2, kesimpulannya standby je la duit korang, xpun jom kita start naik basikal macam ngra maju yg lain....^_^

Permainan Dalaman

Salam sejahtera&Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah, akhirnya bdk2 ni b'jaya jgk m'jawab peperiksaan akhir tahun. Exam diaorg terpaksa ditunda gara2 Karnival Kesenian&Kebudayaan PPKI peringkat negeri yg diadakan di Muzium Sultan Abu Bakar,Pekan ritu.

Exam dh habis, cikgu2 pun bz menanda kertas so bdk2 ni pun apa lagi minta main saidina, batu seremban, dam ular, dam kereta,bowling dll... Mmg nampak mcm main je tp dlm masa yg sama tu adalah salah satu pembelajaran.

Macam jumaat minggu lepas, lepas je sesi bacaan yaasin terus je main saidina g rehat kejap terus sambung main sampai balik...^_^

Waktu Melawat Hospital Jempol

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,

Hari ni Cikna nak kongsikan masa melawat di Hospital Jempol, Negeri Sembilan. Rasanya waktu melawat kat hospital kerajaan di Malaysia ni berbeza, klu salah maafkan saya yg xb'kerja di bidang kesihatan ni...;-) 

Memandangkan kat rumah pun xde sesape, asal habis je waktu kerja kat sini la tempat Cikna melepak selama 3-4hari ni.Hospital ni best tau selesa je cam duk hospital swasta siap de ruang tgk tv lg. Rasa cam duk hotel pun ade....;-)

Alhamdulillah, hari ni adalah hari terakhir leh lepak2 kat sini sebab Abah Cikna dh boleh keluar, surat keluar hospital xsiap lg tp kitaorg dah siap berkemas. Tak nak lak abah tangguh ye cam waktu masuk ritu Abah minta tangguh masuk wad .....;-)


P/S : Nak singgah Pizza Hut,Bahau ni...;-)

Masuk wad lagi

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,

Setelah sekian lama tertangguh DUE CHECK UP, pagi smlm mnta kua awal nk bawa abah g jumpa doktor pakar kat Hospital Jempol. Berbekal pemanduan yg berhemah akhirnya dalam pkl 11.30pg sampai, orang macam biasa la ramai tp rasanya ramai yg menunggu berbanding pesakit. Siap jumpa pakar pkl 1.45ptg tu belum cuci luka lagi sebab nurse g rehat(pkl1-2ptg). Nurse kat kaunter pendaftaran suggestkn kitaorang g mkn dulu smtra tggu habis waktu rehat, ok gak tu family kitaorang biasa makan awal klu pkl 1.45ptg tu dh kira lewat sngt.  Dah siap mkn&solat baru bawa abah g cuci luka.

Pkl2.45 abah kena g kecemasan amik darah&xray, abah suspek jantung bengkak. Padan la abah semput,kaki pun sllu bengkak. U know what, bila dktr suh abah admit wad, abah siap mnta tunda. Abah mmg xsuka msk wad lgpun dulukn abah pernah bermastautin selama sebulan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Semoga abah cepat sembuh, xsanggup tgk wayar berselirat kat badan abah....;-(

Karnival Kesenian & Kebudayaan PPKI

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah majlis dpt diselesaikan walaupun t'dgr2 rasa ketidakpuasan, sakit hati, ralat&kecewa dr bnyk pihak. Macam biasa la "Rumah Siap Pahat Berbunyi"

Kontigen bera hanya mendapat saguhati utk acara tarian. Dan seperti yg dijangka kontigen kuantan menyapu bersih bg setiap acara.  Acara yang dipertanding ialah Tarian, Nyanyian solo & duet, Kraftangan & mewarna batik. Tahniah diucapkn semoga m'bawa kemenangan di peringkat Negeri pula pd bln dpn.... 

Di akhir majlis, Trisha Idola Kecil diundang menyanyi 2buah lagu diiringi sebuah band, Suara xyah cakap mmg best tp kn baru tau Trisha ni orang Pahang, sekolah kat SK Terentang, Pekan, Pahang^_^

Datang utk rehearsal tp layan b'gambar dulu......;-)
Sebelum menari b'gambar dulu, apasal cikgu yg sowang ni sekerat je(nasib kau lah,xdapek nk tolong)

Antara hasil kraftangan

P/S : Jangan lupa saksikan pertandingan peringkat Negeri di Legoland, Johor.....;-)

Latihan tarian peringkat Negeri

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah sekali lagi sklh kami diberi kepercayaan utk menyertai Karnival kesenian & kebudayaan di Muzium Sultan Abu Bakar,Pekan pada 7-8/11/2014.

Memandang surat lambat diterima, kami terpaksa mengerah tenaga murid2. Latihan dilakukan pada waktu PnP & setiap petang. Guru2 pula menyediakan prop seperti wau, veil, bunga tangan, hiasan songkok, brooch dll. Tukang sapu dikerah juga, sudahnye baju, seluar, kain & samping dpt disiapkan dalam tempoh 7hari.

P/S : Doakan kejayaan kami, klu menang blh ke legoland...;-)

Beli tanah murah

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia,

Memandangkan semalam Pahang dapat cuti peristiwa sempena kemenangan bola sepak ke atas pasukan Johor so cikna mempergunakan cuti yg diberi dgn sebaik mungkin.

Seawal jam 9pagi mummy dah buat temujanji,dahsyat x. Mummy ajak g bahau teman cari tanah & bunga. Sebagai anak yg menurut kata jam 3ptg kami bergerak ke bahau.

Destinasi kami ke Baku Nursery berhadapan dengan SMK Datuk Mansor. Kat sini macam2 ade tau start dr pokok, pasu, baja, tanah, brng2 landskap dll. Rambang mata sekejap tp akhirnya Mummy tersedar dr impian sudahnya cuma beli pokok janda kaya yg berharga RM7 & tanah 4 pek hanya RM5 klu kt tempat lain 3 peket RM5.

Destinasi seterusnya ke Pasaraya Econsave nak cari barang dapur&domino yg baru buka kat bahau, domino kat bahau ni macam tersorok sikit klu nak senang cari masjid india@pun sebelah kedai ceria 99. Memandangkan purse pun makin menipis ape lagi balik la jwbnye...;-)

P/S : Next year menang lagi ye, 3thn b'turut pun ok kot imbuhan mesti lg best ye dak....;-)

Pahang menang Piala FA dapat cuti

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,

Semalam pasukan Pahang telah mengalah pasukan Johor dengan mata 5-3, tok gajah menang bergaya la nampaknye. Sebelum ni pasukan pahang telah mengalahkan pasukan kedah.

Berkat di atas kemenangan tersebut MB Pahang telah mengisytiharkan Isnin ni cuti peristiwa bagi negeri pahang kecuali bagi pegawai, guru & pelajar2 yang menduduki SPM 2014.

P/S : ritu teman si dia tgk bola blh plak terlelap next time jgn seksa org lg ye....^_^

Bilik anak dara diceroboh

Salam sejahtera& salam 1 malaysia..

Gerun tak baca tajuk n3 Cikna. Perkara ni baru je berlaku dalam 2hari lepas.

Sebenarnye mummy ade panggil tukang kayu utk betulkan syiling yg pecah gara2 seekor kucing. Nasib baik kucing tu xjatuh atas muka Cikna sebab Cikna tgh baring2 sambil baca novel kat sofa bed.

Alang2 panggil tukang utk betulkn syiling yg sekeping tu Cikna pun suggest dekat mummy&abah nk bilik air kat dalam bilik tidur(privacy giler kot)

Mummy&abah bagi kebenaran tapi dengan syarat semua barang dengan upah Cikna yg kena tanggung sendiri,huwaaa...habieh gaji den 2bln dh la brng binaan mahal skunk ni,tp demi bilik air tu Cikna rela berkorban,huhuu...;-)

Segala macam baju, seluar dll terpaksa la kena angkut kat bilik sebelah, so selagi xsiap kat situ la tempat Cikna beradu...>_<

P/S : Jom kita b'blogwalking bg m'eratkan tali silaturrahim...;-)