cikna136.Asia

!..Ciknanye deariest..!

Kadangkala..........kebetulan itu 1 titik kepada permulaan yang indah..;-)

Tabung E-Day

728 x 90 Lazada Malaysia

Lazada 11.11 Blogger Contest : The Biggest One Day Sale!

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Pagi tadi baru berkesempatan untuk cek email, alhamdulillah cikna dapat invitation daripada pihak Lazada untuk menyertai 
"LAZADA 11.11 BLOGGER CONTEST : THE BIGGEST ONE DAY SALE!' 

Orang dah jemput kita pun apa lagi join la ye dak kot boleh menang grand prize, sape tau kan(Lazada,dengarlah luahan&rintihan cikna ni ye)

Hadiah untuk pertandingan ni terbahagi kepada 2 kategori ye...
   * KATEGORI PERTAMA,
     1) 100 pemenang bertuah 
    -Hadiah utama  : 1xRM1111 baucer tunai
    -Hadiah kedua  : 11xRM150 baucer tunai
    -Hadiah ketiga : 88xRM75 baucer tunai

  * KATEGORI KEDUA
    2) Hadiah kreativiti
   -Hadiah utama  : 1xRM600 baucer tunai
   -Hadiah kedua  : 1xRM300 baucer tunai
   -Hadiah ketiga : 1xRM100 baucer tunai
"contest ni bermula 1 november 2018 sehingga 11 november 2018'

Kalau perasan bulan lepas pun lazada ada buat sale jugak tapi mesti ada yang terlepaskan, xpe kali ni kita join lagi LAZADA 11.11 FESTIVAL MEMBELI BELAH - JUALAN SEHARI TERBESAR yang akan bermula 11 november 2018. Harga yang ditawarkan serendah RM1, diskaun sehingga 90%, baucer tunai sehingga RM11,000,000 Dan SLASH IT&SHAKE IT. Hebat bukan....;-)
11.11 SHOPPING FESTIVAL - THE BIGGEST ONE DAY SALE is here!


lepas buka email, cikna pun ape lagi buka la apps lazada kita pilih-pilihlah ape yang nak dibeli masa sale nanti tapi rini kita cuci mata dulu masukkan dalam cart ti 11.11 kita terus checkout je, simple bukan....;-)

Ok, jom kita tengok apa yang cikna dah masukkan dalam cart, buat sementara ni Cikna pilih 3 barang je dulu ti free2 cikna tambah lagi, cikna kan pantang dengan benda murah2 ni...

1) Mclaren Kids ride on push car with stroller
Anak adalah keutamaan Cikna so untuk item pertama semestinya Cikna pilih untuk fayyash. Petang-petang kalau bawa Ayyash gi taman naik kids stroller ni mesti dia suka, lagi pun senang Cikna nak kawal memandangkan Ayyash seorang anak yang lasak. Yeayyy, lepas ni xdelah Ayyash nak berebut stereng dengan mummy,ngeh3x......;-)

2) MAGIC BULLET BLENDER MULTI FOOD PROCESSOR

Kebetulan blander kat rumah baru je rosak, magic bullet ni memang amat diperlukanlah, x larat kita nak menumbuk nak oii.... Cikna pilih set ni sebab kat rumah memang guna set magic bullet senang kot nak buat sambal belacan ke nak buat jus ke xpayah dah tapis2. Harga kalau beli 11.11 nanti mungkin akan diturunkan kepada RM55.90. xlama dah 9hari je lagi...;-)


3) RUSSELL TAYLOR 6L PRESSURE COOKER 



Ok, last item ni memang dah lama cikna aim..cuma tak terbeli je lagi... senang nak buat sup tulang ni,tetiba ngidam sup tulang siam...ok petang ni kua kita makan lua ye pekena sup tulang & kerabu mangga....;-) 

kalau Cikna beli hari ni kena bayar RM189.99 tapi kalau Cikna beli masa sale 11.11 nanti harap-harap pihak RUSSELL TAYLOR turunkan harga kepada RM109.00 sahaja ye siap free postage...;-)



Dah baca entri cikna ni, xkan korang tak berminat nak join kan, banyak hadiah yang menarik kot, so ape lagi jom lah join... Oh ye, lupa nak bagitau.. kalau korang join contest ni automatik korang akan dapat baucer RM30.00&100peserta terawal akan dapat extra hadiah.Dah siap buat entri jangan lupa submit ke contest@lazada.com.my



Akhir kalam, Cikna menyeru kepada semua pembaca silalah luangkan masa untuk kita reward diri kita dengan menyertai sale LAZADA 11.11 SHOPPING FESTIVAL-THE BIGGEST ONE DAY SALE. Inilah masanya untuk menjadi seorang pembeli yang bijak sebab korang boleh bershopping dalam masa yang sama korang boleh berjimat.

Lazada Shopathon Blogger Contest

Assalammualaikum & salam sejahtera,


Lazada buat sale lagi.... ok, sebenarnya sale ni dah bermula dari 21 september 2018 tau dan kemuncak salenya pada 27 september 2018. mana tak nya diskaun sehingga 90% kot dari pelbagai jenama pulak tu. 

3 jenama dari syarikat yang menjadi pilihan Cikna.

1) LENOVO
Benda pertama yang cikna perlukan ialah Tab, kalau laptop renyah la plan beso plak tu... Senang nak update blog, maklumlah blog ciknakan dah hampir bersarang gara-gara sibuk (membesarkan anak)sebelum ni....;-)

2) XIAOMI
Dah ada tab kena lah ada pasangannya, powerbank 20000mAh dari syarikat XIAOMI. Cikna memang perlukan Powerbank(penyelamat bumi la kata kan) kebetulan powerbank yang khas untuk kipas stroller fayyash dah rosak,ti kita kongsi ye nak,huhuu....;-)

3) PAMPERS
Bila dah pegang tittle mak-mak, benda ni memang wajib ada dalam list. Cikna suka brand PAMPERS ni sebab ianya serasi dengan Fayyash, sebelum Fayyash guna tape je tapi kali Cikna kena tuka pants sebabnya Fayyash ni lasak nak-nak dah pandai bangun ni, kalau bagi baring nak letak minyak pun xsempat inikan nak pakaikan pampers. Mommy Cikna pun dah bising,huhuu....;-)

Tawaran yang amat diperlukan. 

Amacam, menarik bukan so ape lagi jom le kita download apps LAZADA masukkan apa yang kita nak ke dalam chart kemudian bayar la ye, jimat minyak, jimat masa, jimat tenaga....;-)

Shapee : penyelamat bagi ibu menyusu

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia.

Hari ni cikna nak share satu barang yang sangat berguna untuk ibu menyusu, bukan saja berguna bahkan merupakan penyelamat bagi ibu-ibu yang menyusu juga terutamanya ibu-ibu yang bekerja. Bakal-bakal ibu jangan lupa untuk listkan pelekat ini juga ya...

DISPOSIBLE NURSING PAD / PELEKAT MENYUSU PAKAI BUANG
Kotak&pelekat

Eeee,baju basah...

Bohonglah kalau ibu-ibu yang menyusu tak pernah mengalami keadaan macam ni. Cikna sendiri pernah mengalaminya, uisyhhh malu kot... dan jalan penyelesaian setiap kali menyusu cikna akan guna milk collector(buat stok) xpun cikna lipat tisu kemudian selitkan dipayudara,hahaa... tapi kini tidak lagi, cikna lebih selesa menggunakan DISPOSIBLE NURSING PADS.

Banyak keistimewaannya ni. Kecil-kecil cili api..

Antara keistimewaanya ;-
1) Ultra thin Design : Rekabentuk yang lebih nipis iaitu setebal 1mm yang memberikan lebih keselesaan.
z) Dry-Comfy Technology : Lapisan istimewa dapat menyerap & mampu tahan lebih lama.
3) 3D Shape Design : Rekabentuk yang selesa & mampu mengawal kedudukannya walaupun dalam keadaan basah.
4) Leak Proof Coverage : Membantu menyerap susu ibu & tidak mudah bocor 
5) Ultra Water Absorbent : Mampu menyerap sehingga 55ML susu ibu.
6) Soft&Breathable Material : Bahan yang digunakan lembut&sedap digunakan.
7) Double Anti-Slip adhesive Strips : Pelekat yang tidak mudah bergerak


cara nak guna, senang je kot.... 
1) Buka plastik 
2) Buangkan pelekat 
3) Tampalkan di tengah-tengah baju dalam(bra) (cara cikna)
(pastikan tengah-tengah pelekat ini sama dengan puting payudara anda)

Disposible nursing Pad ini adalah hasil teknologi dari Korea. Harga yang dipasarkan ialah RM18.90 namun untuk promosi pengenalan pihak syarikat Shapee telah memberikan diskaun sehingga RM5.00 dan anda hanya perlu membayar RM13.90 sahaja untuk Disposible Nursing Pads 30pcs(1kotak)

Banyak lagi barang-barang untuk keperluan ibu-ibu ada di sini. klik jangan xklik
Website : https://www.theshapee.com/
Facebook : https://www.facebook.com/shapeeMY/
Instagram : https://www.instagram.com/shapeeMY

Selamat Tahun Baru 2018

Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah,kita masih dipanjangkan usia untuk merasai tahun baru. Cikna harap tahun ni akan lagi baik untuk korang ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...