!..Ciknanye deariest..!

Kadangkala..........kebetulan itu 1 titik kepada permulaan yang indah..;-)

Tabung E-Day

728 x 90 Lazada Malaysia Ad

Salah masuk tandas ke ni...?

   Salaam sejahtera & salam 1 Malaysia.

   Kelmarin cikna&family berkesempatan membeli belah di tesco,bahau. Lepas shopping barang dapur haruslah kita isi perut pulak kan so kami ke food court je makanan&minuman kat sini ok-ok je tapi kami cari peniaga melayu je ye. Tak fahamla macamna pendatang boleh sediakan makanan&minuman kat sini.

    Lepas makan tiba-tiba cikna rasa nak memerut la pulak, abah&mummy terus ke kereta cikna lak terus ke toilet la,huhuu...

Apa yang korang fikir

 Elok je masuk cikna rasa lain macam je, kenapa mesti ade toilet lelaki elok je melekat kat sini, cikna keluar semula tengok lambang kat pintu, lambang 'girl' tapi kenapa ade benda alah ni... Sebelum ni tak pernah perasan pun kewujudan dia. 

Bila rasa was-was menguasai diri terus tak jadi memerut.

Tak pernah lagi tengok orang perempuan buang air kecil berdiri, adakah ianya khas untuk manusia dua alam so macamana dengan keselamatan kaum-kaum wanita. 

Kenapa mesti begini...?


Ke Jakel Senawang Kita

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, ptg khamis abah dah boleh kua wad... Seminggu jugakla abah kena tahan wad.
Atas arahan mummy, cikna inform dalam group wasap mummy suh anak2 dia balik tengok abah. Petang rabu tu kakcik(adik) dr KL sampai dulu. Abang2, kakak ipar&anak sedara sampai 12.30tgh malam dr Penang. Diaorg naik sebijik kete je(innova) jimat sikit maklumlah minyak tengah mahal...;-)

Malam khamis tu tengah siap-siap nak makan malam tiba-tiba abang long jerit suh tengok berita jam 8, rupa-rupanya pembukaan Jakel&Ariani kat senawang. Ok weekend ni kita g...;-)

Seawal jam 9.30 kami bertolak, Pahang - N.Sembilan lebih kurang 1jam 45minit je. Family kitaorang memang suka berjalan, kiranya family trip la ni
Puas pusing cari parking, dengan parking kena curi sudahnya kami park kat dalam kawasan MYDIN je, lain kali kalau orang dah bagi signal tu tolongla jgn butakan mata k...!!!

Masuk je JAKEL, nauzubillah dengan orang ramai cam semut dapat gula. 

Setiap tingkat kita orang g (naik lif OK). Sudahnya tak beli ape pun. Dengan staf yang suka mengekor&memaksa.Dan paling sakit hati boleh plak dia mengutuk cikna depan-depan... cikna pun ape lagi naik angin gak la  "ni la susahnye b'cakap dengan orang xpaham bahasa melayu, dah jom balik....!!! Happy hour jakel offer Pucci RM60 sepasang, OK harga sama cam KL je kebetulan cikna Ade beli gak pucci ni kat online RM52 je siap include postage lagi.

Masuk Ariani pun camtu gak sudahnya kua dengan tangan kosong. Cuma cikna perasan kat Ariani Ade sale 3helai instant RM50 je.

Sebelum balik kami singgah makan kat Texas chicken,Senawang Gateway(gara-gara Ayam besar&free refill air) Cikna, kakcik&anak sedara menggila refill air dekat 5kali jugakla kami ulang. Ais pun free tau...;-)

Sampai je kat Bukit Putus kami singgah g amik air bukit, air dia memang jernih& sejuk cam dalam peti ais.
Papan tanda yang menginsafkan
"Tolong jangan buang sampai di sini,terima masih"
"Air nak bersih, tempat mesti nak bersih juga"

Abang long punya la xcited cam dpt ketul emas....;-)
Abang long punya excited mmg lain macam kot, macam dapat ketul emas'

Tahun Baru Moga Impian Kami Tercapai

Salam sejahtera&Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, diam tak diam dah 11 hari kita di tahun baru. 
Macamana dengan azam tahun baru korang, azam yang lama tu dah tercapai ke...?
Ucapan Tahun Baru dari Facebook

Sepanjang hidup ni rasanya cikna tak pernah pasang apa-apa azam. 

Cuma untuk tahun ni cikna dan 'si dia' berharap sangat agar kami dikurniakan zuriat yang soleh&solehah agar ianya dapat memberikan kebahagian serta keserian dalam hidup kami.

Sedih pulak rasanya bila bercerita pasal zuriat ni, maklumla member yang kahwin sama tarikh ngan cikna pun anaknye dah pandai meniarap yang kahwin lepas dari cikna pun tengah bahagia dengan anak masing2.

 Tipulah kalau cikna xjeleszzz tapi selagi kita ni masih berpegang dengan ajaran Islam redha dan terima seadanya tapi dalam masa yang sama kita kena la jugak berusaha. InsyaAllah, Allah tengah mempersiapkan hanya yang terbaik untuk umatnya.



"Ya Allah, izinkan aku merasai nikmat mengandung&menjadi seorang ibu"

P/S : Doakan Cikna&suami ye....;-)



Pesanan dari sang suami

     Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

     Minggu lepas 'si dia' balik sini so minggu ni giliran cikna pulak balik sana. Kelmarin tengah best layan cerita Sein&Luna 'si dia' hantar pesanan melalui aplikasi whatsapp.opocot...!!!

     Hamik ko berjela-jela pesanannya. 

     Cikna ni dah jemu makan Nasi Ayam tau, mana tak nya setiap bulan mesti 'si dia' minta cikna buatkan tak tau la tang mana sedapnya masakan cikna, dah la cikna ni versi masak cincai-cincai je. 

     Sebagai sang isteri yang "solehah" ok fine cikna akan masak, khas untuk perut awak ye..

Bila sang suami dah pandai mengorder so silalah berjaga2 ye cikna....

Alahai suami, xpelah janji awak happy

P/S : Next entri cikna akan share resepi yang cikna masak utk minggu ni, jangan risau masakan cikna semuanya super duper simple je...;-)

Nuffnang oh Nuffnang

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Rata-rata bloggerian pasang iklan nuffnangkan, agak-agak korang puas hati tak nuffnang ni....

Masa awal kemunculan blog ni, cikna rajin  la godek-godek akaun kat nuffnang tapi sejak 2 tahun lepas cikna dah jadi malas tu pun sebab 'Earnings' yang RM57.25(2thn kumpul) tiba-tiba jadi 0.00 bukan tu je CPUV pun dah lama tak munculkan diri.

Gagahkan diri cek akaun yang ada dlm tiada

Pagi ni cek akaun nuffnang, takde apa yang menarik pun.

2tahun earning cikna cuma RM13.67, CPUV mane maunye nak menjengah ke blog cikna dah skunk ni....;-(

Now terasa nak beralih angin la plak,hehee...

 Pinggan tak retak, nasi x dingin...;-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...