cikna136.Asia

!..Ciknanye deariest..!

Kadangkala..........kebetulan itu 1 titik kepada permulaan yang indah..;-)

Tabung E-Day

728 x 90 Lazada Malaysia

Saham Bank Rakyat

Alhamdulillah dividen utk tahun 2013 telah dikreditkan sebanyak 15%. Ingatkan xdibayar tau dividen ni sebab Cikna join xsampai setahun kiranya xmatang lagi la kan so pagi ni buka je surat rupanya dividen dh dikreditkan mengikut bulan(lepas la duit minyak nk ke KL). Apalagi cek la guna iRakyat, yess..mmg dh masuk la.......;-)

 Saham ni dibuka secara rahsia tau, untuk pelaburan minimum RM500. Sekiranya ingin menambah pelaburan kena isi borang dulu then hantar ke HQ(cikna syorkan dh buat pelaburan trs minta borang penambahan saham coz waiting list mmg sengit). 

 RM500-15%=RM75, RM10000-15%=RM1500, bagi Cikna memang berbaloi berbanding ASB 5.8% sebab cikna pun ade akaun ASB.......;-)

Start join & balance

Jumlah yg telah dikreditkan 

Bermula 2012, pembayaran dividen akan dikreditkan terus ke akaun simpanan Bank Rakyat. Bagi sesiapa yg tiada akaun bersama Bank Rakyat anda perlu ke berkunjung ke cawangan bank dengan membawa Mykad bersama salinan dan bayaran minimum RM10 sahaja. 

Apa Hal



Di pagi yang hening, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa... Jam menunjukkan pukul 10.30pagi.

Cikna : Ko baru sampai ke ni, 
MR. X : Aah, td aku naik ofis GB dah ade..
Cikna : La, dh time kerja mmg la kne ade kt ofis... Yg ko ni dr mane, asal....
MR. X : Aku dr KL, pagi td baru gerak
Cikna : Aikk, smlm cuti ke... sng2 lak naik KL
MR. X : Saje je jln2, Cikna sok ko msj aku klu GB dtg awal... ko x msj aku, siap....!!!
Cikna : Xkoso den do... Ofis hour 8-5 ok.....;-)


Segmen follow me by Aliatul Aiman Blog

Tujuan :-
berkenalan sesama blogger tak kira blogger senior ataupun junior , menambahkan follower blog , like fanpage facebook, twitter dan instagram .

Kelebihan:- 
admin akan follow semua blog ,  twitter dan instagram setiap peserta. 
Setiap link blog peserta akan dimasukkan dalam my bloglist blog .


INFINITE Last Romeo Giveaway by Fiqa Nsz

Infinite Last Romeo Giveaway by Fiqa Nsz
KLIK BANNER untuk menyertai giveaway ini!

Special Thanks to:
Para sponsor giveaway ini iaitu Mr. Cupid, Anis Nadzirah, NARA Kpop Online Shop, Karimah Zulkafali, Aliatul Aiman dan Keyranazleen. Giveaway ini dianjurkan oleh Fiqa Nsz

Jangan lepaskan peluang untuk merebut hadiah menarik yang ditawarkan!
Top Refferal bakal membawa pulang hadiah album Infinite Last Romeo [official original album],
Cabutan bertuah pula mencari seramai 16 pemenang untuk merebut hadiah seperti MP3 shuffle, Infinite Replica Jersey, Infinite special limited edition badges, Infinite badge, Notebook, Infinite Key Holder dan topup!

Giveaway ini berlansung selama sebulan iaitu dari 15 May sehingga 15 Jun 2014.
Jom sertai sekarang sebelum terlambat!

Jurulatih Pasukan Jepun Orang Malaysia

Setelah pasukan badminton negara matahari terbit berjaya mengalahkan pasukan Malaysia, kini nama Izuan Ibrahim pula meniti dibibir kita. Siapa sangka anak jati kelahiran kelantan berjaya mengukir nama di negara orang. 

Bekas guru ini merupakan jurulatih kepada pemain perseorangan Jepun iaitu Kenta Momota dan berkhidmat di bawah Nihong Badminton Association sebagai jurulatih di R.S. Hamanaka.

Ramai jugak cikgu-cikgu kat sekolah Cikna yang kenal Abe Awe ni sebab dia ni pernah belajar kat Maktab Perguruan Ilmu Khas. Pagi tadi time g kantin masing2 nak cerita pasal dia ni, pujaan kot....;-)



 
BIODATA :-
Nama : Izuan Ibrahim
T/Lahir : 27/10/1984
Status : Berkahwin
Asal : Kelantan

Segmen Simple by Irsalina Lovely


" KLIK SINI "

Tag :-
http://pinkiesmemo.blogspot.com/
http://mellyareenza.blogspot.com/
http://adnan-daughter.blogspot.com/

P/S : jom join segmen yg simple giler ni, pada yg ditag tolong Cikna klik2 kat segmen ni ye, TQ u all.....;-)

Kejohanan Piala Thomas

Semalam seharian Abah Cikna xkemana2 hanya menghadap TV semuanya gara Kejohanan Badminton Piala Thomas, Abah memang semangat sikit kalau bab2 sukan ni. Kalau xsilap start dr pukul 5 sehingga pukul 12 tghmlm di TV1.

   Walaupun Malaysia kalah disaat2 akhir tapi semangat juang yang ditunjukkan memang terbaik. Malaysia telah menjuarai Kejohanan ini sebanyak 5kali dan kali terakhir kita menang iaitu pada tahun 1992(Cikna masih disekolah rendah).

   Sebelum ini Malaysia telah mengalahkan pasukan dari Indonesia 3-0 untuk mara ke perlawanan akhir, namun kali ini tuah berpihak kepada negara matahari terbit, walaupun mereka baru pertama kali sampai ke perlawanan akhir.

   Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi memang memberikan 1001 kepuasan kepada para penonton. Kedua-dua pasukan memberikan persembahanan yang cemerlang sehingga membawa ke perlawanan penentuan diantara Liew Daren(kedudukan dunia ke-66) dan Takuma Ueda(kedudukan dunia ke-25)

  Perlawanan pertama dimulai oleh pemain perseorangan negara iaitu Dato' lee Chong Wei yang berjaya mengalahkan Kenichi Tago secara straigh set selama 1jam berjuang.

Keputusan Penuh :-
Lee Chong Wei V/S Kenichi Tago 
= 21-12, 21-16
Hoon Thien How&Tan Boon Heong V/S Kenichi Hayakawa&Hiriyuki Endo
= 21-12, 17-21, 19-21
Chong Wei Feng V/S KentoMomota
= 15-21, 17-21
Goh V Shem&Tan Wee Kiong V/S Takeishi Kamura&Keigo Sonoda
= 19-21, 21-17, 21-12
Daren Liew V/s Takuma Ueda
12-21, 21-18, 21-17

Piala Thomas


Banner

Siaran langsung di TV1-25/05/2014

Selamat pengantin baru

Ok,sebenarnya ucapan tu bkn utk Cikna tapi utk jiran Cikna. Memandang majlis akad nikah pkl10pgi,kteorg gerak petang jumaat. Gerak pkl6ptg sampai pkl10.30mlm,ikut jalan keratong muadzam dh la lori bnyk.
Sampai je homestay,kemas2 ape yg patut mandi solat trs tidur, barang hantaran xcara dh sbb semuanya dh siap.
Selesai srpn tepat pkl10pgi kteorg pn bergerak ke surau yg b'hadapan rumah pengantin perempuan. 



Penat ooo kena bawa hantaran ni so amik kesempatan utk Berjimba sikit kot2 ade aura....;-)

Time akad nikah ni paling best, akad nikah dijalankan tanpa kehadiran pengantin perempuan, gara2 nk cepat sebab masih ade 2pasangan yg dia nk nikahkan. Kemudian kami dijamu dgn makan pagi best sebab ade bihun singapore dll. Sementara menunggu acara bersanding kami balik ke homestay semula.
Pkl12 jiran2 yg lain pun sampai dgn menaiki sebuah bas yg telah disewa oleh keluarga pengantin lelaki.
Selepas zuhur, tepat pkl1.30tghri dengan berbekalkan 7dulang hantaran pengantin diarak menaiki kereta antik diiringi paluan kompang. Sesampai di hadapan rumah, tol dikenakan...
Majlis turut diserikan dgn acara silat, karaoke, potong kek,bergambar&pemberian cenderamata.
Jamuan makan memang best&sedap. Semua orang makan dgn seleranya tapi Cikna menghadap sebalang jeruk mempelam buatan ibu pengantin perempuan,alhamdulillah perut xmeragam.
Pkl4ptg kami ke pasaraya borong Comboy dibandar Kuantan mencari barang2 utk majlis bertandang, barang2 kat sini mmg murah ade 5tingkat dan setiap tingkat dengan barangan yg berbeza. 2jam kami di sini, barang2 jgn ckpla penuh 2troli...;-)
Masa balik kami terlajak ke segamat leka bersembang,xhabis disitu kami sesat ke Melati,nasib baik ade signboard. Alhamdulillah, pkl9.30mlm kami selamat sampai.

Pon...Pon...Pon..., ade sapape nk tumpang....;-)

P/S : Syok sngt mkn t'lupa pic pengantin,nantikan post majlis bertandang ye........;-)

Kerna Terpaksa Aku Relakan





Ape drama terbaru yang korang tengok skunk ni......

Sesudah drama Aku Isterinya kini drama Kerna Terpaksa, Aku relakan pula mengambil tempat slot akasia di TV3 bermula jam 7pm hingga 8pm. Sekali lagi drama adaptasi dari novel yang ditulis oleh Umie Nadziemah, bagi sesapa yang dh xsabar nak tau ape penghujungnya korang boleh beli novel ni dengan harga RM27.00 sahaja.

        Kerana Terpaksa Aku Relakan – drama slot Akasia TV3, Pelakon Kerana Terpaksa Aku Relakan, Pelakon utama Kerana Terpaksa Aku Relakan, Pelakon pembantu Kerana Terpaksa Aku Relakan, gambar Kerana Terpaksa Aku Relakan, Amar Baharin - Tajul Razin Syafiq Kyle - Tajul Fahin Izreen Azminda - Indah Halina Nadia Aqilah Bajuri – Zawati           

Jom kita riview sikit novel ni..........;-)

   Angkara fitnah dan rancangan jahat emak & kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba Indah menjadi gadis yang paling malang dan sebatang kara yang tidak mempunyai apa-apa....
   Dalam kemelut kesusahan, masih ada yang ingin membantu. Indah halina mendapat tempat dihati Dato' Safiya lalu diberikan kasih sayang & kemewahan.
   Perhubungan yang pada awalnya dingin kini membibitkan rasa cinta namun Tajul Fahin adik kepada Tajul juga turut merasakan perkara yang sama. Di saat Indah membuka hatinya untuk menerima Tajul Razin, Zen pergi membawa diri kerana berkorban cinta untuk adiknya  Tajul Fahin.
   Sikap ayah dan pihak musuh menyukarkan Indah Halina ditambah dengan kemunculan semula bekas tunang & si gadis yang serba sempurna.

P/S : Cukup setakat tu je, agak2 korang Indah akan menjadi milik siapa.......???

Segmen : Cari Follower Mei




Jom join, tanda sokongan kepada blogger " KLIK : CARI FOLLOWER MEI ". Syarat cukup senang cuma follow blog, add circle, buat N3, komen URL & siap.......;-)




Segmen bloglist bubblynotes.com 48 jam #1

http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html

Dia yg meletop,tahniah

Seperti yg telah Cikna janjikan sebelum ni, inilah pemenang utk pengomen tegar sepanjang blog ini diwujudkan.....

Memandangkan hadiah ni sempena hari guru so hadiah dia mestilah berkisar pendidikan.....
tahniah Pha Is ti send detail kat 'cikna136@gmail.com'

InsyaAllah ade rezeki lebih Cikna buat lagi, so korang kena cantas Pha Is.....;-)

pic kabur faktor hp xb'kualiti....


Hari Guru 2014 Giveaway RM100



Hari pertama masuk sekolah
Tak pandai membaca, mengira
Tetapi
Cikgu begitu tabah, mengajar kami bersungguh-sungguh

Bermula A,B,C sampai Z
Hitung 1 sampai 10
Baru belajar menega dan kira-kira
Kami belajar dengan lancar
Berkat kesabaran Guru Bijaksana
memberi pelbagai petunjuk

Hari demi hari
kami mula mengerti
pelajaran tinggi nilainya
Kami ingat setiap masa
Jasamu guru mendidik bangsa
Sambutlah ini ucapan kami
TERIMA KASIH, CIKGU

" GURU : PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI "





Segmen Blogging + Menang Hadiah!


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam

Selamat Hari Guru

Sekali lagi sambutan Hari Guru disambut, slogan untuk tahun 2014 ialah GURU : PENCETUS KREATIVITI,PENJANA INOVASI.

Majlis dimulakan agak lewat, selesai perhimpunan pagi kami terus ke padang untuk acara sukaneka, 4acara sukaneka disediakan semangat kitaorang bermain tapi semuanya menipu, hamik xdpt buat pape sebab takut jadi anak murid derhaka,hahaa.......;-)

Setelah selesai rehat tahap1&tahap2, acara persembahan guru&murid pula dijalankan. Memandangkan waktu suntuk cuma ade 2 persembahan dari murid& 1 persembahan dari guru baru. 
Acara penyampaian hadiah, time ni memang gamat sebab cikgu2 membantah keputusan acara sukaneka tapi xberjaya pun, 
Tempat pertama : Kumpulan Guru Besar
Tempat ke-2 : Kumpulan GPK KOKO
Tempat ke-3 : Kumpulan GPK 1(kumpulan Cikna ni)
Tempat ke-4 : Kumpulan GPK HEM

Kemudian acara tukar2 hadiah, syaratnya nilai mestilah RM30 keatas. Cikna dapat nama guru lelaki mula2 xtau nak bg pe pastu teringat isteri dia pregnant so Cikna bg set baju baby(ok kot). Sama seperti tahun lepas Cikna dapat TOTO lagi, best wlupun hadiah sama tapi warna lain.

Tepat jam 12.15, acara pun selesai murid2 dibenarkan balik, Cikgu2&staf xbalik lagi sebab de jamuan makan tengahari, lauk simple tp sedap tau (nasi putih + ikan goreng + sayur lemak pisang muda + kerabu mangga + ulam + sambal belacan + air sirap limau). Ade kek 2biji Cikna baham tu dlu tapi amik cream dia je(tu la rahsia Cikna gemuk)......;-)

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA YANG BERGELAR WARGA PENDIDIK

The Liebster Award

                                
Hai & morning all, Haritu PHA IS ZARA & ANISZZ ade tag Cikna berkenaan "THE LIEBSTER AWARD". So ini lah jawapan dari Cikna,huhuu..... Memandangkan korang dah tag so Cikna cuba la buat sebaik mungkin, Cikna terus buat 1 entri je ti kalau buat 3 entri kne tag 33orang pulak(terasa seksa di situ). English Cikna xde la excellent sangat sebab tu Cikna prefer guna bahasa melayu & english broken.........;-)

Soalan dari PHA IS
1. komen berkenaan blog Hikayat Budak pening ni?
    - best, banyak n3 yg berguna.....
2. hobi korang waktu lapang?
    - tengok tv 24jam, baca novel yg jiwang2
3. ciri2 pasangan ideal?
    - JUJUR, BIJAK, BERIMAN
4. tetiba korang dapat duit sebanyak RM5juta. apa yg korang akan buat dengan duit tu?
    - shopping, shopping, shopping ( kena habiskan cepat2 ti LHDN cari,huhuu...)
5. siapa yang selalu jadi ikutan/rujukan korang dalam dunia blog?
    - blogger2 yg berjaya....
6. warna kegemaran dan kenapa?
    - Pink in my heart (Cikna kan gugurlz....)
7. describe diri anda?
    - Simple person, xsuka senyum tapi suka gelak
8. berapakah berat badan korang sekarang? (tak de paksaan untuk jawab, just nk tahu korang berani jawab dengan jujur or tak dgn soalan ni)
    - 50kg je......;-) 
9. bnda yg paling tak suka bila blogwalking?
    - keluar iklan H12.....;-(
10. perkara yg paling nakal yg korang pernah buat?
    - Banyak sngt kot, form4 Cikna pernah dptkan markah addmath '0' sebab nak tukar sekolah dan akhirnya berjaya....;-)
11. perkara yg boleh membuatkan korang menangis?
     - Tgk crte sedih@baca novel yg sedih, confirm bercucuran air mata

Soalan dari ZARA NURHAIDAH

1.       described yourselves
- Simple person, susah senyum tapi suka gelak, xsuka benda yg remeh temeh, sporting rasenye..., :-)
2.       your favourite subject in high schools ?
- English sebab cikgu tu suka bg hadiah.......;-)
3.       what is your first job ?
- Kerja kilang sebab lepasan SPM senang dpt 
4.       do you ever learned tae kwon do, silat, karate ?
- Silat sebab kena paksa tapi sempat belajar bunga je la, Cikna pindah sekolah
5.       what is your first type of handphone ?
- Nokia 3315 gna duit biasiswa STPM, sowi KPM......;-)
6.       are you a driver ? just got license or just register a classes ?
- Yup, i'm good driver...... :-)
7.       if you got sponsore for holiday trip, where would you wish to go ?
- 1 world la, alang2 dah ade nak sponsore kan.... :)
8.       what is the most thing you always do before going to sleep ?
- Tutup mata....... :)
9.       what is the type hijab you mostly wear ?
- Xkisah pakai semuanya tapi bukan jenis yang meriah macam mak datin,huhuu
10.   what kind of sport you like ?
- Xsuka kot sebab nanti letih........;-)
      11.   Your favourite tv show ? 
     - Running Man,  
Soalan dari ANISZZ  ANNISA :-
1. Why did you start blogging ?
    - Januari 2014
2. What your favourite colour ?
    - Confrim la PINK baru nampak gugurlzz
3. Do you like reading? list fiction book you like..
   - Reading ni mmg febret nak2 novel cintan cintun & newspaper.
4. What thing annoyed you much?
   -
5. You cry when......
   - bila sedih
6. What do you dislike about blogging?
   - keluar iklan H12, betul2 m'ganggu.
7. How many your current follower now?
  - 2++
8. What your favourite food?
   - Of coz laksa penang
9. Which state are you from?
    - Pahang
10. What the best place in your state?
     - Gambang waterpark
11. When is your birthday?
     - 13.6 (present jgn lupa ye....)

Soalan dari Cikna yang perlu dijawab dengan sejujurnya.....;-)
1. Nama sebenar(per i/c)
2. Pekerjaan sekarang & cita2 korang masa dolu2
3. Ape perasaan korang masa tengah menjawab ni
4. Ade pape fobia x, kenapa
5. Warna yang paling xsuka, kenapa
6. Macamna korang release tension
7. Perkara paling hebat yang pernah korang buat
8. Tempat yang korang nak sangat pergi, kenapa
9. Blogger yang korang nak jumpa
10. Describekan blog korang sendiri
11. Pendapat korang mengenai blog Cikna

Senarai nama yg ditag :-

P/S : Kpd yg ditag lps jawab tolong tinggalkan link korang kat ruang komen ye, kalau xkena tag pun blh jawab kira kita dalam sesi perkenalan, sila2kanlah menjawab ye,TQ........;-

APA ITU "THE LIEBSTER AWARD"

Banner THE LIEBSTER AWARD

Baru2 ni Cikna perasan ade beberapa orang blogger yang tag Cikna pasal banner kat atas tu la. Satu lagi perkara baru yang Cikna belajar dalam tempoh berblog ni. First time Cikna kena tag, macamna nak buat ni... Terus terang Cikna xpernah tau & xtau nak wat camne..... Boleh ke Cikna jawab semua soalan diaorang dalam 1 entri(poning la), pastu kita kne tag orang ramai le Cikna kne tag ni,hehee

Kepada sesiapa yang tag Cikna tu nanti Cikna jawab k, skunk ni little bit bz sikit dengan line yg xbrpa nak ok ni ha. Cikna nak study sikit pasal award ni,huhuu.... Jom kita fahami apa itu "THE LIEBSTER AWARD"

P/S :  PHA IS, ZARA NURHAIDAH, ANISZZ ADNAN tq ye tag Cikna.......;-)


Hari Hol Negeri Pahang

Memandangkan hari ni cuti so ape lg Cikna pun ambil la kesempatan mempergunakan masa yg ada.
Tempat yg Cikna akan pergi ialah Pekan Bahau,negeri Sembilan.. Ni lah untungnya kalau duduk sempadan....;-)
Dari rumah ke Bahau lbih krng 30mnt, untuk apa jua urusan Cikna lebih suka ke Negeri sembilan berbanding Pahang sebab jauh....
1) g maybank sbb mummy kne bka acc tp xdpt buat sbb sistem down,minggu lps pn sistem down jgk...;-(
2) g pjbt pos, poskan hadiah2 GA..;-)
3) g pasar borong, kat sini mmg best brng murah&segar...
4) sesi kenyangkan perut, abah mkn xbnyk mklmla tgh b'pantang so cikna&mummy le b'ia2 m'hbiskan mkn"an....
;-)
5) farmasi yg best... beli jarum insulin&test strips
6) sesi utk membeli brng kraftangan

Hadiah untuk pengomen tegar

Hurmmm,xlama lg nak sambut hari guru....;-) sempena hari guru nanti Cikna nak bagi penghargaan kepada yang rajin mengomen...

Hadiah utk pengomen tegar ni Cikna nak rahsiakan dulu, so ape lagi jom la mengomen di blog Cikna ni.....:-)

Senarai nama peserta & pemenang 1st simple giveaway by cikna136

Senarai 41orang peserta yang jujur, terima kasih semuanya......;-)

Senarai nama pemenang. 
Ni lah 5orang yang bertuah,bg yg xterpilih jgn b'kecil hati. InsyaAllah andai ade kelapangan & rezeki Cikna akan anjurkan Giveaway mcm ni lagi. 

Untuk nama Nazirah, abah Cikna yg cabut, Amirah lak mummy Cikna yg cabut selebihnye Cikna yg cabut, hehee.... 

Cikna dh contact pemenang, klu ade yg terlepas pandang sila berikan nama&alamat korang kat email Cikna ye...(cikna136@gmail.com)

TERIMA KASIH SEMUANYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...