cikna136.Asia

!..Ciknanye deariest..!

Kadangkala..........kebetulan itu 1 titik kepada permulaan yang indah..;-)

Tabung E-Day

728 x 90 Lazada Malaysia

Aloe AC Clean Bubble Cleanser by Hansaege Nature

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Perkara asas untuk menjaga kulit adalah mencuci dan mencari produk pencuci muka yang sesuai. 
Semenjak bergelar mommy ni, cikna seboleh-bolehnye nak guna/pakai benda yang mudah-mudah je termasuklah dalam penjagaan kulit. Nak tau pencuci muka apa yang cikna maksudkan.... 
"kalau nak tau, sila baca sampai habis ye....;-)

jeng.. jeng.. 
jeng.. jeng..
jeng.. jeng..
inilah dia pencuci muka yang cikna maksudkan...
ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER 

Hari pertama menggunakan AC Aloe Cleanser so foamy right....;-)

sekali tekan keluar buih-buih cinta gituw,  dah tak payah nak susah-susah tonyoh kulit muka sampai melecet...

Texture yang sangat lembut..... geram kot, grrrr.... "kill me softly"

Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini ialah produk paling hot dari Hansaegee Nature. Bukannye mak-mak je yang boleh guna pak-pak, abang-abang, anak dara pendek kata semua golonganlah boleh guna kerana ianya dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi antaranya Aloevera, Tea tree, Lavender, Jasmin, Daun pudina, ekstrak rosemary dan lain-lain.

Selalunya cikna akan cuci muka sehari 3x je, bangun pagi, selepas balik kerja & sebelum tido(kalau rajin la,huhuu...) 

Cara guna
* Basahkan seluruh wajah 
** Picit/pump 1-2x
*** Ratakan & urut ke seluruh wajah
**** Bersih&bilaskan dengan air 

Kebaikan dan kelebihan produk ini
* Mencuci jauh ke dalam liang pori
* Menghalang & membaik pulih masalah jerawat
* Mengawal minyak
*Menanggalkan sel-sel kulit mati
*Melembapkan kulit(tidak mengeringkan kulit lepas penggunaan)
* Sesuai untuk semua jenis kulit
(berminyak, kering, normal&kombinasi)

Hasil selama seminggu penggunaan, MORE FLawLEsS kan...;-)

Muka cikna nampak happykan...!!! 
ofcoz la happy sebabnya cikna sukakan buih-buih yang lembut, halus dan yang paling penting lepas guna dia tidak mengeringkan kulit.

Sepanjang cikna gunakan cleanser ni memang best kot, jimat masa giler weyhh.. sebabnya bila picit je terus keluar buih dah xpayah susah-susah nak tonyoh-tonyoh banyak kali, kulit muka pun xsakit. Untuk muka cikna, picit 2x dah cukup untuk cuci seluruh muka.

Memandangkan kulit cikna ni jenis berminyak, bila lepas cuci tu terasa lembut je, selembut kulit bayi gituw. Bukan tu je tau, habis semua sel-sel kulit mati dapat ditanggalkan hasilnya kulit cikna tidak kusam lagi. 

harga pun murah dan berbaloi kot
RM65 untuk 150ml


Sesiapa yang tengah mencari pencuci muka yang berasaskan dari bahan-bahan semulajadi cikna suggestkan produk ni, berbaloi weii.. yang berminat bolehlah ke laman-laman sosial yang berkenaan :- 

Selamat Hari Lahir Anakku

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Edisi throw back

Selamat lahir anakku yang pertama, 

mommy & Tok decided nak buat 3 majlis sekaligus....

Birthday fayyash(20.12) & Pak ngah(2.1), majlis bacaan Yaasin serta doa selamat.

Birthday boy turn 1st

Mommy xsempat amik gambar sebelum that's why makanan xbanyak kek pun xsempat nak amik, nasib baik pulut kuning tu xberpotong lagi takut-takut yang tu pun xsempat,hahaaa...

Awak baru 1tahun ye, bukannya 4tahun tau...

Fayyash tumbuk kang...

Hey, mom... are u talking to me...

Malam sebelum gerak ke Cameron sempatlah sambut birthday just nyanyi&potong kek tp agak spoil ucu xpandai nk guna lilin api,hahaaa...

Cameron dah xmacam dulu, ayyash rileks je bersinglet,hahaaa...

Gambar kenang kenang

MARDI, berbaloi g sini tiket pun rm5 je...

Lazada 11.11 Blogger Contest : The Biggest One Day Sale!

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Pagi tadi baru berkesempatan untuk cek email, alhamdulillah cikna dapat invitation daripada pihak Lazada untuk menyertai 
"LAZADA 11.11 BLOGGER CONTEST : THE BIGGEST ONE DAY SALE!' 

Orang dah jemput kita pun apa lagi join la ye dak kot boleh menang grand prize, sape tau kan(Lazada,dengarlah luahan&rintihan cikna ni ye)

Hadiah untuk pertandingan ni terbahagi kepada 2 kategori ye...
   * KATEGORI PERTAMA,
     1) 100 pemenang bertuah 
    -Hadiah utama  : 1xRM1111 baucer tunai
    -Hadiah kedua  : 11xRM150 baucer tunai
    -Hadiah ketiga : 88xRM75 baucer tunai

  * KATEGORI KEDUA
    2) Hadiah kreativiti
   -Hadiah utama  : 1xRM600 baucer tunai
   -Hadiah kedua  : 1xRM300 baucer tunai
   -Hadiah ketiga : 1xRM100 baucer tunai
"contest ni bermula 1 november 2018 sehingga 11 november 2018'

Kalau perasan bulan lepas pun lazada ada buat sale jugak tapi mesti ada yang terlepaskan, xpe kali ni kita join lagi LAZADA 11.11 FESTIVAL MEMBELI BELAH - JUALAN SEHARI TERBESAR yang akan bermula 11 november 2018. Harga yang ditawarkan serendah RM1, diskaun sehingga 90%, baucer tunai sehingga RM11,000,000 Dan SLASH IT&SHAKE IT. Hebat bukan....;-)
11.11 SHOPPING FESTIVAL - THE BIGGEST ONE DAY SALE is here!


lepas buka email, cikna pun ape lagi buka la apps lazada kita pilih-pilihlah ape yang nak dibeli masa sale nanti tapi rini kita cuci mata dulu masukkan dalam cart ti 11.11 kita terus checkout je, simple bukan....;-)

Ok, jom kita tengok apa yang cikna dah masukkan dalam cart, buat sementara ni Cikna pilih 3 barang je dulu ti free2 cikna tambah lagi, cikna kan pantang dengan benda murah2 ni...

1) Mclaren Kids ride on push car with stroller
Anak adalah keutamaan Cikna so untuk item pertama semestinya Cikna pilih untuk fayyash. Petang-petang kalau bawa Ayyash gi taman naik kids stroller ni mesti dia suka, lagi pun senang Cikna nak kawal memandangkan Ayyash seorang anak yang lasak. Yeayyy, lepas ni xdelah Ayyash nak berebut stereng dengan mummy,ngeh3x......;-)

2) MAGIC BULLET BLENDER MULTI FOOD PROCESSOR

Kebetulan blander kat rumah baru je rosak, magic bullet ni memang amat diperlukanlah, x larat kita nak menumbuk nak oii.... Cikna pilih set ni sebab kat rumah memang guna set magic bullet senang kot nak buat sambal belacan ke nak buat jus ke xpayah dah tapis2. Harga kalau beli 11.11 nanti mungkin akan diturunkan kepada RM55.90. xlama dah 9hari je lagi...;-)


3) RUSSELL TAYLOR 6L PRESSURE COOKER 



Ok, last item ni memang dah lama cikna aim..cuma tak terbeli je lagi... senang nak buat sup tulang ni,tetiba ngidam sup tulang siam...ok petang ni kua kita makan lua ye pekena sup tulang & kerabu mangga....;-) 

kalau Cikna beli hari ni kena bayar RM189.99 tapi kalau Cikna beli masa sale 11.11 nanti harap-harap pihak RUSSELL TAYLOR turunkan harga kepada RM109.00 sahaja ye siap free postage...;-)



Dah baca entri cikna ni, xkan korang tak berminat nak join kan, banyak hadiah yang menarik kot, so ape lagi jom lah join... Oh ye, lupa nak bagitau.. kalau korang join contest ni automatik korang akan dapat baucer RM30.00&100peserta terawal akan dapat extra hadiah.Dah siap buat entri jangan lupa submit ke contest@lazada.com.my



Akhir kalam, Cikna menyeru kepada semua pembaca silalah luangkan masa untuk kita reward diri kita dengan menyertai sale LAZADA 11.11 SHOPPING FESTIVAL-THE BIGGEST ONE DAY SALE. Inilah masanya untuk menjadi seorang pembeli yang bijak sebab korang boleh bershopping dalam masa yang sama korang boleh berjimat.

Lazada Shopathon Blogger Contest

Assalammualaikum & salam sejahtera,


Lazada buat sale lagi.... ok, sebenarnya sale ni dah bermula dari 21 september 2018 tau dan kemuncak salenya pada 27 september 2018. mana tak nya diskaun sehingga 90% kot dari pelbagai jenama pulak tu. 

3 jenama dari syarikat yang menjadi pilihan Cikna.

1) LENOVO
Benda pertama yang cikna perlukan ialah Tab, kalau laptop renyah la plan beso plak tu... Senang nak update blog, maklumlah blog ciknakan dah hampir bersarang gara-gara sibuk (membesarkan anak)sebelum ni....;-)

2) XIAOMI
Dah ada tab kena lah ada pasangannya, powerbank 20000mAh dari syarikat XIAOMI. Cikna memang perlukan Powerbank(penyelamat bumi la kata kan) kebetulan powerbank yang khas untuk kipas stroller fayyash dah rosak,ti kita kongsi ye nak,huhuu....;-)

3) PAMPERS
Bila dah pegang tittle mak-mak, benda ni memang wajib ada dalam list. Cikna suka brand PAMPERS ni sebab ianya serasi dengan Fayyash, sebelum Fayyash guna tape je tapi kali Cikna kena tuka pants sebabnya Fayyash ni lasak nak-nak dah pandai bangun ni, kalau bagi baring nak letak minyak pun xsempat inikan nak pakaikan pampers. Mommy Cikna pun dah bising,huhuu....;-)

Tawaran yang amat diperlukan. 

Amacam, menarik bukan so ape lagi jom le kita download apps LAZADA masukkan apa yang kita nak ke dalam chart kemudian bayar la ye, jimat minyak, jimat masa, jimat tenaga....;-)

Shapee : penyelamat bagi ibu menyusu

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia.

Hari ni cikna nak share satu barang yang sangat berguna untuk ibu menyusu, bukan saja berguna bahkan merupakan penyelamat bagi ibu-ibu yang menyusu juga terutamanya ibu-ibu yang bekerja. Bakal-bakal ibu jangan lupa untuk listkan pelekat ini juga ya...

DISPOSIBLE NURSING PAD / PELEKAT MENYUSU PAKAI BUANG
Kotak&pelekat

Eeee,baju basah...

Bohonglah kalau ibu-ibu yang menyusu tak pernah mengalami keadaan macam ni. Cikna sendiri pernah mengalaminya, uisyhhh malu kot... dan jalan penyelesaian setiap kali menyusu cikna akan guna milk collector(buat stok) xpun cikna lipat tisu kemudian selitkan dipayudara,hahaa... tapi kini tidak lagi, cikna lebih selesa menggunakan DISPOSIBLE NURSING PADS.

Banyak keistimewaannya ni. Kecil-kecil cili api..

Antara keistimewaanya ;-
1) Ultra thin Design : Rekabentuk yang lebih nipis iaitu setebal 1mm yang memberikan lebih keselesaan.
z) Dry-Comfy Technology : Lapisan istimewa dapat menyerap & mampu tahan lebih lama.
3) 3D Shape Design : Rekabentuk yang selesa & mampu mengawal kedudukannya walaupun dalam keadaan basah.
4) Leak Proof Coverage : Membantu menyerap susu ibu & tidak mudah bocor 
5) Ultra Water Absorbent : Mampu menyerap sehingga 55ML susu ibu.
6) Soft&Breathable Material : Bahan yang digunakan lembut&sedap digunakan.
7) Double Anti-Slip adhesive Strips : Pelekat yang tidak mudah bergerak


cara nak guna, senang je kot.... 
1) Buka plastik 
2) Buangkan pelekat 
3) Tampalkan di tengah-tengah baju dalam(bra) (cara cikna)
(pastikan tengah-tengah pelekat ini sama dengan puting payudara anda)

Disposible nursing Pad ini adalah hasil teknologi dari Korea. Harga yang dipasarkan ialah RM18.90 namun untuk promosi pengenalan pihak syarikat Shapee telah memberikan diskaun sehingga RM5.00 dan anda hanya perlu membayar RM13.90 sahaja untuk Disposible Nursing Pads 30pcs(1kotak)

Banyak lagi barang-barang untuk keperluan ibu-ibu ada di sini. klik jangan xklik
Website : https://www.theshapee.com/
Facebook : https://www.facebook.com/shapeeMY/
Instagram : https://www.instagram.com/shapeeMY
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...