cikna136.Asia

!..Ciknanye deariest..!

Kadangkala..........kebetulan itu 1 titik kepada permulaan yang indah..;-)

Tabung E-Day

728 x 90 Lazada Malaysia

Giveaway tiket "Suara Kita"



Menangi tiket VIP dan ekslusif untuk menyaksikan persembahan Awie, Erra Fazira & Ziana Zain dalam Konsert Teater Muzikal Suara Kita di Istana Budaya. Bagi sesapa yang berminat@peminat fanatik 3artis sila klik di sini Tiket VIP & Ekslusif "Suara Kita" 




Amaran keras dari JPJ

Pkl11pg td Cikna hntr abah g hosp. Kuala Pilah untuk rwtn susulan..
Tengah best2 drive lelaju tetiba kereta, lori, moto masing2 slow kiteorang yg kat dlm kete ni masing2 dh risau ingt de xciden rupa2nya JPJ agihkan pamplet....
Ni la yg JPJ bagi tu... Pegawai JPJ tu smpt lagi bg amaran kat Mummy "Kak, pakai tali pinggang yo kang duo ratuih melayang"...
Benda ni utk cek tayar tapi xtau nak guna macamna padahal dah bagi dwibahasa.

Masuk hospital Cikna turunkan abah kat dpn pintu besar, Pak guard dah jeling2 ingt Cikna nak parking lama,huhuu...(t'ingat lak kes Mat Yo,hahaa...) Bila g parking semuanya penuh 2 kali tawaf jumpa la 1 tu pun bawah pokok kelapa yang kat pintu keluar, sedih......

Kete cikna parking bawah pokok kelapa, Kete saga hitam tu dh kena lock tayar

P/S : Kalau Kementerian Kesihatan@yg berkenaan baca N3 ni tolong banyakkan parking lagi ye, dpt parking b'bumbung pn lagi ok.....:-)

ABC peneman di kala kepanasan melanda........;-)

Panas betul sekarang ni kan, dalam pukul 2.45 td Cikna minta izin ngan GB nak kua kejap g beli ABC, Cendol kureng minat,huhuu. Kalau nak diikutkan kedai ABC tu depan sekolah ni je jalan kaki pun boleh sampai tapi Cikna sayangkan lemak ni so Cikna gunakanlah khidmat MR.EGO,hehee...
Terpaksa beli 2 utk GB sekali ni amik hati,huhuu.....;-)
RM1.50 perpcs,dah naik harga ni last year RM1.20perpcs

Ni la kedainye, dulu xde kerusi meja ni

Ni la sekolah Cikna dekatkan dgn kedai tu....

Menghalau tetamu secara berhemah

Kejam pulak rasanya tajuk N3 Cikna kali ni. Sebenarnya Cikna bukanlah kejam mana pun ye tapi kalau dah menggangu privacy Cikna wat rumah kita macam rumah sendiri apa kes.

Ni kes member 1 tempat kerja ngan Cikna la, selalunya senja2 baru nak datang rumah, asal sampai je mesti tanya mak Cikna masak pe rini tangan Mummy Cikna tak nak lak dia salam. 

Petang semalam Cikna 1family makan mee sup so malam tu Cikna&Abah request tak nak makan(Mummy senyum je, lehla berehatkan). Dalam pukul 6.55ptg member Cikna sampai rumah, ayat dia macam biasa la "Mak cik masak pe rini" Nak tak nak terpaksa la mummy Cikna masakkan nasi+gorengkan ikan utk dia. "Cikna aku nak tumpang sembahyang,mandi & basuh baju sekali ye"(1beg balik kg dia kuakan). Sepanjang dia duduk kat rumah Mummy&abah Cikna la yg melayan dia, Cikna banyak kerja lagi nak buat. Dalam pukul11malam baru dia balik, Mummy & abah selalunya pukul 10 dah tido sian diaorg terpaksa melayan member Cikna lak......;-)

Nasib baik Cikna ade kerja kalau tak mau kena marah ngan Mummy, letih la ade member macam ni.  

Den Kayo.........!!!

Salam...

Sebelum saya meneruskan email ini saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Nik Noor Asiah Bt Md Noor, berasal dari Malaysia dan bekerja sebagai juru audit di bahagian audit HSBC Bank AS. Dan meminta agar anda menjaga isi kandungan e-mel ini sebagai amat sulit dan menghormati integritinya.

Saya ingin memberitahu anda informasi yang saya yakin akan menarik minat anda dan mendorong anda membantu saya. Saya tahu anda pasti tertanya-tanya kenapa saya menghantar e-mel ini pada anda dan memilih anda. Saya memutuskan untuk menghubungi anda melalui e-mel kerana saya kesuntukan masa dan memerlukan bantuan anda sebagai rakan kongsi dalam menerima wang yang tiada pewaris berjumlah US $1.3 Juta dolar yang masih berada di dalam akaun dan tidak lagi aktif semenjak tahun 2009.

Dana tersebut akan dibahagi dengan nisbah 50/40, 40% untuk anda dan 50% untuk saya dan 10% untuk sebarang kos jika diperlukan dan dikeluarkan untuk melaksanakan urusan ini. Setelah segala urusan selesai ianya terpulang kepada anda untuk menggunakan wang tersebut untuk pelaburan, membeli hartanah atau membayar hutang. Walaupun jumlahnya tidak seberapa, saya harap anda sudi menerimanya. Saya memerlukan bantuan anda disini kerana pemegang akaun ini tidak mempunyai pewaris.

Saya mendapat tahu maklumat mengenai hal ini semasa melakukan audit dalaman. Saya telah cuba untuk mendapatkan maklumat mengenai pewaris namun menemui jalan buntu kerana pemegang akaun ini tidak meninggalkan seorang pewaris pun. Saya tidak dapat membuat tuntutan ini kerana saya bekerja disini dan kerana itulah saya memerlukan bantuan anda. Saya akan membantu anda untuk menjadi pewaris untuk wasiat tersebut dan anda membantu saya untuk menerima wang tersebut. Hal ini sangat penting kerana anda perlu membuat tuntutan tersebut dalam masa tiga minggu atau bank akan memindahkan wang ini sebagai wang tidak dituntut dan menjadi hak milik negara AS.

Saya akan berikan maklumat lanjut tentang apa yang anda perlu lakukan untuk urusan ini jika anda berminat dan saya percaya bahawa urusan ini akan berjalan lancar. Keikhlasan anda untuk melaksanakan urusan ini sangat saya hargai. Pastikan anda membalas e-mel ini melalui e-mel peribadi saya (niknoorasiahmdnoor@yahoo.com) dan bukannya e-mel yang saya send ini kerana e-mel ini tidak terima reply. Saya akan segera membalas email anda.

Yang Ikhlas,

Nik Noor Asiah Bt Md Noor.

P/S : Ada sesape yg terima email mcm Cikna ni x, ape yg korang buat.......???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...