cikna136.Asia

!..Ciknanye deariest..!

Kadangkala..........kebetulan itu 1 titik kepada permulaan yang indah..;-)

Tabung E-Day

728 x 90 Lazada Malaysia

Dia yg meletop,tahniah

Seperti yg telah Cikna janjikan sebelum ni, inilah pemenang utk pengomen tegar sepanjang blog ini diwujudkan.....

Memandangkan hadiah ni sempena hari guru so hadiah dia mestilah berkisar pendidikan.....
tahniah Pha Is ti send detail kat 'cikna136@gmail.com'

InsyaAllah ade rezeki lebih Cikna buat lagi, so korang kena cantas Pha Is.....;-)

pic kabur faktor hp xb'kualiti....


Hari Guru 2014 Giveaway RM100



Hari pertama masuk sekolah
Tak pandai membaca, mengira
Tetapi
Cikgu begitu tabah, mengajar kami bersungguh-sungguh

Bermula A,B,C sampai Z
Hitung 1 sampai 10
Baru belajar menega dan kira-kira
Kami belajar dengan lancar
Berkat kesabaran Guru Bijaksana
memberi pelbagai petunjuk

Hari demi hari
kami mula mengerti
pelajaran tinggi nilainya
Kami ingat setiap masa
Jasamu guru mendidik bangsa
Sambutlah ini ucapan kami
TERIMA KASIH, CIKGU

" GURU : PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI "





Segmen Blogging + Menang Hadiah!


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam

Selamat Hari Guru

Sekali lagi sambutan Hari Guru disambut, slogan untuk tahun 2014 ialah GURU : PENCETUS KREATIVITI,PENJANA INOVASI.

Majlis dimulakan agak lewat, selesai perhimpunan pagi kami terus ke padang untuk acara sukaneka, 4acara sukaneka disediakan semangat kitaorang bermain tapi semuanya menipu, hamik xdpt buat pape sebab takut jadi anak murid derhaka,hahaa.......;-)

Setelah selesai rehat tahap1&tahap2, acara persembahan guru&murid pula dijalankan. Memandangkan waktu suntuk cuma ade 2 persembahan dari murid& 1 persembahan dari guru baru. 
Acara penyampaian hadiah, time ni memang gamat sebab cikgu2 membantah keputusan acara sukaneka tapi xberjaya pun, 
Tempat pertama : Kumpulan Guru Besar
Tempat ke-2 : Kumpulan GPK KOKO
Tempat ke-3 : Kumpulan GPK 1(kumpulan Cikna ni)
Tempat ke-4 : Kumpulan GPK HEM

Kemudian acara tukar2 hadiah, syaratnya nilai mestilah RM30 keatas. Cikna dapat nama guru lelaki mula2 xtau nak bg pe pastu teringat isteri dia pregnant so Cikna bg set baju baby(ok kot). Sama seperti tahun lepas Cikna dapat TOTO lagi, best wlupun hadiah sama tapi warna lain.

Tepat jam 12.15, acara pun selesai murid2 dibenarkan balik, Cikgu2&staf xbalik lagi sebab de jamuan makan tengahari, lauk simple tp sedap tau (nasi putih + ikan goreng + sayur lemak pisang muda + kerabu mangga + ulam + sambal belacan + air sirap limau). Ade kek 2biji Cikna baham tu dlu tapi amik cream dia je(tu la rahsia Cikna gemuk)......;-)

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA YANG BERGELAR WARGA PENDIDIK

Segmen Blog Review by FaizudinFuad.com



Jom join, utuk syarat2  "KLIK SINI" ..................;-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...