cikna136.Asia

!..Ciknanye deariest..!

Kadangkala..........kebetulan itu 1 titik kepada permulaan yang indah..;-)

Tabung E-Day

728 x 90 Lazada Malaysia

Bercuti Ke Cameron Highland, Pahang


Entri Peram (22.2.2016-isnin)

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Ritu mummy ada bagi hint nak g jalan-jalan ke Cameron, maklumla jiran-jiran kat sini cerita g cameron tu best buah&sayur macam2 ada segar plak tu so meronta2 la mummy nak ke sana. 

Hari ahad kak cik call nak balik tengahari, dia cuti 3hari. So on d spot cikna bagitau pagi esok jom g cameron. Call GB bagitau nak amik cuti & diluluskan,hoooreyyy...;-)

Sesudah subuh & sarapan kami gerak(7.15pagi). 5jam cikna drive sorang non stop lagi, gara2 cikna ni jenis mabuk,asal duk sblh mesti muntah... oh ye lupa plak cikna ade berenti sekali je tu pun sebab nak isi minyak kat lanchang.

P/S : sebelum masuk kawasan penempatan orang asli sila la isi minyak k

Pukul 12tghri kitaorang sampai tu pun atas jasa baik 'WAZE'


Kawasan teh yang glamer, nak turun abah xlarat so kita view dr atas je ye
Dari atas ni boleh tengok sungai tau mmg cantikla...;-)


Sambil tengok view kita makan tengahari ye,wktu makan kot... kitaorang makan tepi jalan je ni,hahaa... sempoi gilerkan family cikna asal kawasan bersih&tak bahaya on je...;-)


Pagi2 lagi mummy dah masak semua ni
Sambal sardin, udang celup tepung, rendang ayam&sambal sotong

Sambil makan sambil tu la baru google tempat2 yang best kat cameron ni,huhuu...

Then kita sambung jalan2 ke brinchang&kea farm... 

Memandangkan kami ke sana bukan hari cuti so memang bestlah xsibuk pun kete pun xbnyk. 

Pukul2.15-4petang
Paling heaven bila sampai ke kea farm, murah2 & segar semuanya... cikna grab 5longgok(50pcs) jagung RM20 je pastu dapat free 3pcs... sayur&ubi 1bungkus RM1 so cikna amik 15bungkus, coklat 5kotak RM10, keychain 3kotak RM23... mummy pun beli sayur 10bungkus&jagung 30pcs RM15 kakcik pulak strawberry je la jadi idaman dia, sebesen RM18.

Hasil tuaian.


Jagung utk jiran, mmbr kat sekolah&MIL

Nak singgah sini, Pasar xbuka lagi so gerak balik je la

Masa balik ni pun kakcik sempat drive 5minit je, pastu cikna lak sambung take over perut dah mula bergelodak.


Tapak projek


Habis ditarah utk tanam sayur

Pukul 4.30 kami keluar dari cameron, pukul 11malam baru sampai sebabnya berenti makan&solat.

Berakhirnya cerita pasal short vacation family cikna, insyaAllah ada masa nak ke sini lagi tapi nak tido la barang semalam 2. Cikna ni nama je duk Pahang tapi dari rumah nak ke Cameron bapaknye jauh,huhuu...;-(

Risikan ketika Merdeka

Salam Sehati Sejiwa.

Entri ke 333, cantik nombornye so kita buat cerita jiwangla sikit ye...

Alhamdulillah, hari ini kita sudah 59tahun Merdeka. 2tahun dahulu, pada tarikh inilah telah berlakunya salah satu sejarah yang cukup bermakna dalam kehidupan cikna.

Kalau nak tau ape yang berlaku, Moh kita baca sampai habis ye....;-)

'Orang lain Merdeka, aku pula ditawan.

31/8/2015, 12.35tghri si dia bgtau akan datang bersama keluarganya, perjumpaan ini hanyalah sekadar sesi perkenalan sahaja. Dalam asyik bercerita, tiba-tiba terpacul sebentuk cincin didepan mata. Sebentuk cincin yang simple tapi cukup menggoda iman ku, juga sepasang Baju kurung tanda aku telah dirisik.

Baju kami suami isteri ditaja oleh Printcious.



Sambal Ketam Merecik sedap



Salam sejahtera & salam 1 Malaysia.

Holla mommies2&daddies2 sekalian, dah ade menu untuk makan tengahari tak. Ok entri kali ni cikna nak Share resepi yang amat mudah,sedap&murah. Bahan yang berasaskan Ketam, bestkan makan Ketam ni,febret cikna ni. Jom kita explore macamne nak cara-cara nak buatnye...

Resepi Sambal Ketam

Bahan-bahan
2 ekor Ketam
Seulas bawang merah
Seulas bawang putih
Sebiji bawang besar
2sudu minyak masak
2senduk cili kisar
1sudu sos cili/sos cili thai
Sesudu gula
Garam secukup rasa

Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. 
Masukkan cili kisar, sos cili, gula  dan garam.
Masukkan Ketam, dan bawang merah
Sedia dihidang.

P/S : Selamat mencuba dan semoga Berjaya.


Resepi serawa durian yang mudah dan sedap

Salam sejahtera&salam 1 malaysia...

Majoriti kat media sosial semuanya bercerita tentang durian kan. Baru cikna tau Durian ni pun sehingga 200jenis tu pun gara-gara tengok majalah 3 baru ni.

Balik sekolah tengahari tadi Cikna singgah kedai beli roti, ingatnye petang tu nak buat Serawa. Selesai tido, mandi&solat cikna pun ke dapur menyinsing lengan. So menu makan petang untuk hari ni berasaskan Durian "Serawa Durian bersama roti lain".

Jom kita jenguk resepi Serawa Durian yang sangat mudah ni...

Bahan-bahan
5ulas Durian
3cawan santan
1/2cawan air
1/2cawan gula perang
2sudu sagu
1/2sudu garam
Daun pandan

Didihkan air, kemudian masukkan gula sehingga cair kemudian masukkan daun pandan& Durian sehingga hancur.
Masukkn sagu yang ye lah dibasuh, kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit, akhir sekali masukkan garam biarkan sehari dan memekat, tutup api dan sedia dihidang.

Selamat mencuba resepi yang mudah ni, selain dari roti korang boleh hidangkan bersama pulut kukus&biskut kering(biskut mayat)


Menu iftar ke-28

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Minggu ni patutnye 'si dia' yang balik sini tapi boleh pulak dia kata malas lgpun minggu lepas kan dia dah balik sana lama. Si dia boleh cakap apa kata awal ramadhan & hujung ramadhan cikna yang kena datang sini, masukkan sahur & b'buka. Dalam masa yang sama 'si dia' bagitau anak jiran sebelah dah rindukan Cikna, cikna pun rindukan dia jugak....;--)

Iftar ke-27 menu hanyalah nasi ayam tu pun hasil dari permintaan 'si dia'. Xde resepi&gamba sebabnya cikna pun dh jemu, mungkin n.ayam cikna sedap kot sebab tu  'si dia' masih meminta,huhuu....;-)

Iftar ke-28, ni pun dari permintaan suami. Memandangkan cikna xmakan asam pedas ikan pari tu cikna buat bakar je so asam pedas tu mmg habuan 'si dia' sorang je. Makan la kau sampai pengsan,ngeh4x...


Ikan pari bakar+air asam
Asam pedas ikan pari
Sambal kicap
Rebung masak lemak + udang
Sayur sawi+taugeh goreng
Kuih ketayap(kuih org alim)

Xsabar nak tunggu esok, semua anak2 Hamzah akan berkumpul insyaAllah abang long&abang ngah dari penang akan sampai jam 8pagi, cikna pulak akan sampai dlm pkl10 dr rumah sini nak balik rumah tu dalam 45minit je, petangnya pulak 'si dia' & adik (kak Cik) dari KL akan sampai.

Ok la, cikna nk tidur dulu ti pukul 5 nk bangun sahur....;-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...