cikna136.Asia

!..Ciknanye deariest..!

Kadangkala..........kebetulan itu 1 titik kepada permulaan yang indah..;-)

Tabung E-Day

728 x 90 Lazada Malaysia

Jangan dibazirkan ubat itu

Salam Sejahtera & Salam 1 malaysia

Haii all's pe kabo sume harap2 baik la hendaknye, 

Semalam tepat jam 6.35petang abah dah boleh kua wad. Banyak kali jugakla doktor tanya "pak cik nak balik ke" abah pun apa lagi laju je mengangguk siap janji lagi kalau sakit pak cik datang hospital. Oksigen ditanggalkan abah kena rehat jap pastu nurse cek tekanan jantung, alhamdulillah abah melepasi tahap yang diperlukan so abah pun tersenyum riang sebab boleh balik,huhuu.....

Memandangkan guna GL xpayahla susah2 Cikna nak kena selesaikan bayaran ke lobi kecemasan just passing GL kat nurse yang bertugas kat wad tu je. Bila pesakit keluar lepas dari waktu ofis hour sebarang bayaran kena buat kat lobi kecemasan. Kan senang kalau boleh guna HRMIS.

Mummy pimpin abah, adik bawa barang, Cikna g amik ubat. Amacam teratur tak pembahagian tugas kitaorang. Masuk Farmasi orang xde tapi Cikna kena tunggu dlm 5minit gak la sebab farmasis tu nak prepare ubat2 abah yang tertera kat slip dalam 12 jenis ubat. Bila farmasis tu bagi ubat, nah xcukup tangan nak pegang seb baik dalam handbag ade plastik, sumbat dalam plastik padat giler ada la 2,3 ni ubat Cikna pegang je. 

Kua farmasi selisih la ngan nurse yang jaga abah, kebetulan dia nak balik. Sembang punya sembang, Cikna tunjukla seplastik ubat abah dia pun senyum je. Cuma satu pesanan dia ubat "iberex folic" makan ikut arahan sebab ubat tu mahal kalau kat farmasi lua 2papan(12biji) RM38.00. 

Kalau g hospital@klinik kerajaan korang perasan tak ade kotak pemulangan ubat, mana2 ubat korang yang tak habis tu jangan dibuang tapi masukkan la kat kotak pemulangan ubat mungkin ubat ni dapat membantu pesakit yang lain tapi jangan pulak korang bagi ubat yg dah xpired.

Selesai solat, kitaorang g bahau makan siap2 shopping barang dapur sikit baru balik, abah pun dh boleh b'jalan dengan baik xde lagi pening2&semput...

P/S : JAGALAH KESIHATAN ANDA.....///


RedBellas - Segmen Keep Calm & Follow Me

Kini Aku Pulang

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia

Pe kabo awok2 sume, udoh makan ke belum... Kepada yang xmakan lagi g la cari makanan cepat sebelum perut2 awok masuk angin ti lain pulok jadinye... Kepada yg tengah makan pop corn caramel macam Cikna skunk ni bagus, makan sampai kenyang yerk...;-)

Setelah 4hari bercuti, masuk je kerja macam biasa la tahap bosannye yang mencapai tahap maksima. "..... Wednesday blues, thursday blues....."

JUMAAT
Petang jumaat lepas, start dari RnR senawang hingga ke Nilai jalan jem giler sampai kena buka 5lorong tu jem gak dah la Cikna guna kereta manual... rupa2nya ada excident alphard putih langgar treler, Pkl9 sampai kg abah, kami tukar rancangan xjadi g SP sebab, "punggung kebas pinggang rapuh". Paru2 abah macam dah berair semula tapi abah still nak balik kg gak& alhamdulillah abah dapat bertahan.

SABTU
Pkl9 pagi kami janji nak gerak ke Sungai Petani(SP), tapi disebabkan janji melayu pkl10 baru la stereng kereta dipusingkan, konvoi 3biji kereta(kereta Cikna, kereta abg long&kereta abg ngah). Pkl11.15 keadaan masih sunyi sepi kami la orang pertama yang merasmikan Kenduri sepupu. Makanan biasa2 je tapi kalau dah orang kedah memang takkan lari dari Gulai daging kawah batang pisang. Kitaorang stay up kat sini smpi majlis selesai maklum la kami sampai lambat sepupu&sedara mara yang lain dah ke sana petang jumaat. Masa kami balik xde salam pun ngan pengantin sebab pengantin awal2 lagi dah lari g bergambar kot. Ade gak la yang berbunyi " TAKKAN BERGAMBAR DARI PUKUL 5PETANG-PUKUL 9MALAM ". Pkl9mlm kami b'gerak ke Sg. bakau kg sebelah mummy, pkl10 sampai mandi, solat & tido disebabkan terlalu letih hujan lebat pun xsedar.

AHAD
Pak su Cikna seorang Nelayan, makanan kat sini mmg sedap kot. hari ni sotong, esok ketam & udang lak. ikan beso2 lak tu. Disebabkan cuaca cerah ikan2 yang kecik ni diaorang jemur buat ikan kering. Mummy&mak su la tukang siang ikan sebab Cikna xreti siang ikan kecuali ikan bilis.

Pagi Ahad g pasar kat Titi serong, letih kaki melangkah pasar dia besa tapi puas hati macam2 ada kat sini. Motif gi pasar cuma 1 je mummy nak beli belacan jiran2 kirim, belacan kat sini sedap tau warna pun cantik je. Masuk pasar melenggang je, bila kua dr pasar masing2 meleret sbb tgn penuh ngan plastik,huhuu.....;-)
Tengahari abang long buat kenduri arwah anak dia yang meninggal baru ni. Petang lak g shopping pasar kemboja yang lebih teratur dan selesa, nasib baik abang ngah & kakak ipar sanggup melayan adik dia yang kaki jalan&kaki shopping barang2 murah. Kat sini Cikna beli tudung instand tebal RM15, kemeja RM20, t'shirt RM20 & dress RM28, murah x.....???

ISNIN
Mak Su&Pak Su kerja, sepupu sekolah so terpaksa lah Cikna & mummy memasak dr pagi sampai tengahari pastu kemas baju nak balik KL, adik lak jaga abah&tok. Pkl4 kitaorang gerak sampai KL pukul9.30mlm, lama gilerkan mana taknye jalan bnyk tutup pastu hujan sepanjang jalan dari pekan Parit Buntar sampai ke KL. KItaorang cuma berhenti kat RnR tapah isi minyak&tukar pemandu. Makan malam tu kitaorang bungkus&kongsi je. 2bungkus nasi, tom yam campur, sotong celup tepung, telur dadar, kopi panas & teh ais. 4orang dewasa dengan 2bungkus nasi tu pun xhabis...;-(

SELASA
Hari Selasa, selesai sarapan dlm pkl9.45 kitaorang gerak ke IJN sebab abah ade temu janji pkl10.30 pagi tapi Cikna xdapat ikut sebab Cikna nak kena ambil sample kain kat Zoho Zetapark Festival City. Parking kat IJN sekali masuk RM15.00 kena bayar, kalau korang bnyk duit blhla masuk 2,3 kali ye. Korang bayangkan betapa lamanya Cikna seorang diri kat Festival City dari 1 cafe ke 1 cafe Cikna duduk, mall tu siap boleh tawaf lagi. Pukul 3.30 baru adik amik Cikna terus kitaorang gerak balik rumah. Sampai rumah mandi, solat, makan & tido xsedarkan diri. Cuma abah dah start semput balik esok kena abah g HJ ni.

RABU
Pukul11.30pagi  bawa abah g Hospital Jempol, pkl 1.00 abah admit wad. Barang kelengkapan untuk abah&mummy memamg dah standby awal sebab memang tau abah akan admit wad.

P/S : Petang ni xde blogwalking, nak g melawat abah jap. Ade masa Cikna blogwalking k...;-)

Cikna nak jalan-jalan.....;-)

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia

Image result for blogwalking widget
Sumber dr MR. GOOGLE

N3 Cikna kali ni berkisar pada gambar iaitu blogwalking, blogwalking & blogwalking. Bermula dari hari ni sehingga hari jumaat Cikna akan blogwalking kat blog korang sampai lebam, siapa yang akan lebam korang ke Cikna,huhuu. Lepas je dari hari tu Cikna dah agak bz sikit dengan hal-hal duniawi ni. 

Bermula tengahari jumaat Cikna akan drive pulang ke Kedah sebab menghadiri perkahwinan sepupu, majlis sebelah perempuan pun kitaorang dah pergi sabtu minggu lepas. Petang sabtu pula Cikna akan ke kampung halaman sebelah abah & ahad pula Cikna sekeluarga akan ke kampung halaman sebelah mummy. Petang isnin Cikna akan ke rumah adik di Setapak, hari selasa hantar abah g check up buat kali ke-2 kat IJN. Hari rabu still mood cuti lagi

P/S : Kalau Cikna tak terjah kat blog korang harap bersabar ye. InsyaAllah Cikna akan ke sana gak nanti, PEACE.......;-)

Resepi Cheese Cake Simple

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia

Hai all pe kabo kome2 petang ni, panas betul cuaca skunk ni kan. Jom pekena ABC......;-)

Sebelum pekena ABC jom kita layan CHEESE CAKE STRAWBERRY dulu ye. Korang ingat lagi x, kes Cikna KEMPUNAN CHEESE CAKE. Nasib baik ade member yang baik hati bagi resepi yang suder duper simple, disebabkan resepi ni simple sesangat, 3 kali dah Cikna buat tau. 

RESEPI CHEESE CAKE
Sebiji telur Gred A
2sudu tepung gandum
100gram plain yogurt
150gram cream cheese
1sudu oren sunquick/lemon

CARA PENYEDIAAN
Satukan semua bahan ke dalam blander@mixer selama 10minit.
Lanserkan planta ke dulang pembakar dan bakar pada kadar 150 selama 40minit.
Masuk dlm freezer, klu xsabo blh je mkn time tu
Dah siap, hiasla mengikut kreativi anda. 

TOPPING
Memandangkan cheese&yogurt ade lebih so tambah lagi 2sudu kordial strawberry, cikna mixedkan selama 5minit, curahla atas cheese cake tadi then siapla CHEESE CAKE STRAWBERRY

5 bahan utama

Dah siap blander, lanserkan planta ke dulang pembakar

Masak dah ni, kita potong2 dulu ye...

Sedia untuk di ngap......;-)

P/S : SEMOGA BERJAYA, klu rasa adunan ni sikit korang bolehla doublekan bahan2 yang dah Cikna nyatakan di atas, SELAMAT MENCUBA.......;-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...