cikna136.Asia

!..Ciknanye deariest..!

Kadangkala..........kebetulan itu 1 titik kepada permulaan yang indah..;-)

Tabung E-Day

728 x 90 Lazada Malaysia

Resepi Bihun Goreng Mudah dan Berkhasiat

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia.

     Alhamdulillah harini kita dapat melihat matahari terbit dengan indah sekali tiada hujan hanya cahaya yang menerangi kediaman Cikna, tempat korang macamne pulak. 

     Malam tadi 'si dia' request nak makan bihun goreng sebagai isteri yang baik hati selepas subuh terus bergegas ke dapur menyiapkan sarapan. Menu sarapan pagi ni Bihun Goreng+Air Kopi 3in1 dari LA Coffee.

Resepi Bihun Goreng

Bahan-bahan
Bihun 200gram
Minyak masak 3sudu
Bawang kecil sebiji
Bawang putih seulas
Kiub ikan bilis 1kiub
Cili kisar 3sudu 
Sos cili 1sudu
Sos tiram 1sudu
Kicap manis 4sudu
Sawi 50gram
Kobis 20gram
Taugeh segenggam
Tauhu sekeping
Garam secukup rasa
Limau kasturi&daun sup sekadar hiasan

Cara-cara 
Rendam bihun semalaman kemudian toskan. 
Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang kecil&bawang putih hingga naik bau kemudian masukkan cili goreng hingga masak.
Masukkan air,sos cili, sos tiram, kicap manis dan kiub ikan bilis yang telah dihancurkan.
Masukkan tauhu yang dipotong dadu.
Perasakan dengan garam.
Masukkan bihun dan gaul hingga rata.
Masukkan sayur sawi, kobis dan taugeh.
Hiaskan dengan daun sup&limau kasturi.
Sedia dihidang.

P/S : Bihun perlu direndam agar bila dimasak bihun tidak lembik.



Cuti Panjang Sempena Tahun Baru Cina

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Hai all, watpe tu... Tengah makan malam ke tu, xbaik tau amalkan makan di waktu malam xpun korang kena makan 4jam sebelum tidur. 

Esok raya cina kan malam ni yang berbangsa cina makan besarkan, jemputlah Cikna sekali ye. Jangan lupa angkat kasi tinggi-tinggi tau, ti mesti banyak "ong". 

Kita cerita pasal cuti pulak, agak-agak korang dapat berapa hari cuti. Yang xdapat cuti jangan berkecil hati insyaAllah tahun depan dapat pulak. Kali ni KPM dah selaraskan cuti selama 9hari bermula 06.02.2015 sehingga 14.02.2015. Untuk cuti Raya ti pun 9hari jugak agar selaras untuk semua kaum.

Cuti-cuti ni kita tido je la ye....;-)

Bila cuti panjang ni, makanya banyaklah program yang dirancang.... Mummy awal-awal lagi ajak g Cameron Highland, "Si Dia" ajak balik kampung. Yang member pun ajak g kenduri kahwin. Stress giler nieyhh....!!!

Tebus hadiah dengan WOOP

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia,

     Sape kat sini suka benda free. 

     Korang nak hadiah cam cikna ni x, mudah je jawab soalan kumpul point pastu tebusla hadiah yang korang nak tu. Mudahkan....;-)

Set Tupperware, bekas air, set Lego


Tips menjimatkan data internet

Salam sejahtera,

Selalunya korang guna data sebulan berapa GB. Cikna guna pakej dari DIGI sebulan RM53 termasuk GST untuk 3GB data, 100minit call dan 300sms. Nape prepaid xkena GST yang postpaid kena GST....???

Masa mula-mula dulu guna HP by DIGI ni cepat sangat data habis, kebetulan terjumpa tips ni kat wall fb member so Cikna try buat, yes menjadi ok.... 

Jom kita kongsi info bersama-sama k

Sumber : FB member

Resepi Taufufa simple

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Hari ni Cikna nak share 1 resepi yang cukup mudah tapi sedap. Kalau masa bulan Ramadhan benda ni la yang Cikna cari, sedap kot...

Tau fu fa bersama karamel cair

Resepi Taufufa 

Bahan-bahan
- Air masak 2 cawan
- Air kotak soya 2 kotak
- Agar-agar kering 10gram
- Gula 1sudu
- Daun pandan 2helai
- Air gula 500ml

Cara penyediaan
- Panaskan air masak sehingga mendidih kemudian daun pandan dan masukkan agar-agar kering sehingga cair 
- Kemudian masukkan air soya, gula sehingga mendidih
- Keluarkan daun pandan
- Tapis dan masukkan dalam bekas mengikut keselesaan anda.
- Biarkan agar-agar sejuk dan lembut
 - kemudian masukkan air gula
- Sedia dihidang


Bulan sabit 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...