Resepi Cornflakes Madu Paling Mudah
Pesanan dari sang suami
Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.
Minggu lepas 'si dia' balik sini so minggu ni giliran cikna pulak balik sana. Kelmarin tengah best layan cerita Sein&Luna 'si dia' hantar pesanan melalui aplikasi whatsapp.opocot...!!!
Hamik ko berjela-jela pesanannya.
Cikna ni dah jemu makan Nasi Ayam tau, mana tak nya setiap bulan mesti 'si dia' minta cikna buatkan tak tau la tang mana sedapnya masakan cikna, dah la cikna ni versi masak cincai-cincai je.
Sebagai sang isteri yang "solehah" ok fine cikna akan masak, khas untuk perut awak ye..
Resepi Nasi Ayam
Resepi Bihun Goreng Mudah dan Berkhasiat
Salam sejahtera & salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah harini kita dapat melihat matahari terbit dengan indah sekali tiada hujan hanya cahaya yang menerangi kediaman Cikna, tempat korang macamne pulak.
Malam tadi 'si dia' request nak makan bihun goreng sebagai isteri yang baik hati selepas subuh terus bergegas ke dapur menyiapkan sarapan. Menu sarapan pagi ni Bihun Goreng+Air Kopi 3in1 dari LA Coffee.
Resepi Taufufa simple
Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.
Hari ni Cikna nak share 1 resepi yang cukup mudah tapi sedap. Kalau masa bulan Ramadhan benda ni la yang Cikna cari, sedap kot...
Nasi Lemak 3 Rasa
Salam sejahtera & salam 1 Malaysia,
Ada yang lapar ke, ok ini ubat untuk anda,huhuu...
Akibat ketiadaan air pagi tadi so sarapan kami hanyalah sebungkus biskut oreo perisa coklat extra 15%+teh o sahaja. Makanya untuk makan tengahari Cikna masakkan sesuatu yang istimewa untuk "si dia". Nasi Lemak 3 Rasa, kau mampu.... Nampaknye masakan Cikna dah ade improvementkan,hahaaa....;-)
Ini Jawapannye
Salam sejahtera,
Entri peram.....
3minggu lepas ade tanya korang agak2 Cikna nak masak apa bila mak mertua ade bekalkan udang & petai.
Malas fikir2 sampai pecah pala sudahnye Cikna buat sesuatu yang paling simple.... Jeng2 apa kah itu
Resepi Donut Mudah dan Sedap
Salam sejahtera & salam 1 Malaysia,
Memandangkan ni minggu2 akhir persekolahan, exam pun dah lepas so hari ni kami buat kelas masakan je. Menu utama donut&air tembikai.
Resepi donut gebu gebaszzz
1cawan Tepung gandum
1sudu besar gula
1sudu besar susu pekat
1/2sudu yis
Secubit garam
5sudu besar air suam
Cara-cara
Cara pertama
Satukan semua bahan&uli hingga tiada tepung yang melekat di jari.
Cara kedua
Satukan air suam&yis hingga yis mengembang kemudian masukkan semua bahan&uli adunan. Diamkan 1/2jam kemudian tumbuk doh kemudian bentukkan. Tggu 10mnt kemudian goreng hingga masak. Toskan & salutkan dengan gula.