Terima Kasih Kepada Blogger Anies
Salah masuk tandas ke ni...?
Tahun Baru Moga Impian Kami Tercapai
Pesanan dari sang suami
Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.
Minggu lepas 'si dia' balik sini so minggu ni giliran cikna pulak balik sana. Kelmarin tengah best layan cerita Sein&Luna 'si dia' hantar pesanan melalui aplikasi whatsapp.opocot...!!!
Hamik ko berjela-jela pesanannya.
Cikna ni dah jemu makan Nasi Ayam tau, mana tak nya setiap bulan mesti 'si dia' minta cikna buatkan tak tau la tang mana sedapnya masakan cikna, dah la cikna ni versi masak cincai-cincai je.
Sebagai sang isteri yang "solehah" ok fine cikna akan masak, khas untuk perut awak ye..
Nasib malang di pagi isnin
Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.
"Bad Day at Monday Blues"
Kantoi dengan mertua
Minggu ni giliran cikna ke rumah 'si dia' tapi mengenangkan petang ahad nak gerak ke KL, cikna minta dia yang balik sini. Kelmarin kami berbuka kat rumah family cikna & bersahur pulak kat rumah mertua(fair&square gitu).
Kalau kat rumah cikna mummy dah tau waktu sahur cikna pukul bape, tepat jam 4.55pagi akan berbunyilah alarm golek-golek dulu betulkan urat pukul 5pagi baru bersahur. Kat rumah mummy yang sediakan cikna cuma duk kat kerusi makan je tapi kalau kat rumah mertua tak kan nak buat macamtu seganla pulakkan. Malam tu sebelum tido cikna siap bagitau 'si dia' esok kita bangun pukul 4.45pagi bolehla cikna tolong cedokkan nasi,biat air ke, 'si dia' pun setuju. Tengah best tido tiba-tiba terdengar ada orang ketuk pintu, bila tengok jam masa tu.... Ya ampun, pukul 5.05pagi rupanya, apalagi kelam kabut la kami bangun,huhuu... kat meja makan semua dah berkumpul, malunya...
Cek telefon rupa-rupanya cikna tak tick hari sabtu,padanla alarm xberbunyi,huhuuu.....
Pengalaman kali pertama berpuasa dan bersahur bersama suami
Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia kami&kuatkan jodoh kami. Ramadan tahun ni merupakan Ramadan yang pertama buat kami setelah bergelar suami isteri.
Untuk tahun ni cikna korbankan cuti sehari demi nak merasai pengalaman ni, nasib baik 'si dia' sokong cikna amik cuti bg dia cuti guna bila perlu je....
Kali ni cikna baru tau macamne perasaan mummy bangun pagi2 sediakan sahur,kejutkan kami adik beradik. Kalau stay kat rumah dgn abah&mummy pukul5 pagi baru cikna bangun tapi untuk kali ni setelah bergelar isteri seawal pukul4 dah kena bangun. Masak nasi + sediakan teh 'o', nasib baik ikan bawal sweet&sour dah masak malam tu kalau x maunye kne bangun pkl3pagi. Gambar pun xsempat nak ambik,huhuu... Di sini seawal jam 5pagi akan ade suara yang mengejutkan sahur anda,sape lagi kalau bukan tok imam dan akan dialunkan nasyid serta ayat-ayat al-quran sehingga azan berkumandang.
Marhaban Ya Ramadhan
'si dia' teringin air tebu,, petang tu dia offer cikna g bazaar cikna pun apelagi punyala happy seawal jam 4.45 dah siap padahal nak g bazaar pukul6,hehee... Dalam kete 'si dia' pesan jgn beli banyak kawal nafsu. Ting' cikna dapat idea, ok kita buat game kat bazaar ti jgn belanja lebih rm10, sape kalah kena belanja kek secret recepi... Bazaar kat Bandar keratong,Pahang ni harga masih didalam kategori mampu milik mana tak nye masih ade yang jual kuih muih 3biji rm1, air buah-buahan rm2 sebungkus, ayam percik rm2, laksa,bihun sup,mee kari rm2 sebungkus.
*Belanja si dia
-Murtabak ayam RM3
-Otak-otak RM3 utk 5pcs
(Xjadi beli air tebu sebab warnanye pudar,takut xsedap)
*Belanja Cikna
-Jelly kelapa RM2 utk 2pcs
-Omelet ayam RM1.50
-kuih muih RM2 utk 6pcs
-Steamboat celup RM3 utk 15cucuk
Xde tang menang xde yang kalah, kami melantak sampai tersandar.... minuman berbuka cikna buatkan air laici ais&air laici kang ais....;-)
Baru batch pertama.
Selepas maghrib&isyak kami makan nasi ayam homemade by cikna, request by 'si dia' bertambah la jugak, cuma cikna xberapa lalu sangat perut meragam dari kelmarin lagi sudahnye selesai je makan secara automatiknye cikna mengeluarkan semula. Peritnye tekak, terus cari sesuatu yang masam.
Batch ke-2, Nasi Ayam in the house
Macam biasa pukul 12 baru masuk tido, pukul 4.30 bangun semula, masam nasi putih+teh'o' panas. Lauk cuma sup ayam+tofu telur masak tiram. Solat, kemas rumah, sidai baju jam 8pagi cikna gerak masuk kerja.
Balik rumah, lepas asar barula masuk dapur masak-masak dengan mummy, sahur plak pukul 5pg baru bangun..... btw selamat menjalani ibadah puasa
Posted via Blogaway
Bila MIL kena bedah
Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,
Pagi td seawal jam 7pagi kami gerak ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah,Negeri sembilan sebab MIL ade temujanji untuk pembedahan ibu jari sebab ada isi lebih MIL siap bgtau dia xsakit cuma kadang-kadang dia gatal. Takut jadi benda lain tu yang MIL g jumpa pakar then sanggup operate. Sebelum pergi besan(mummy Cikna) siap wish lagi tau "insha Allah xde ape semoga berjaya,selawat bnyk2"
Kami sampai pkl 8, tunggu nama kena panggil saje dah 3jam. Dalam pukul 11 baru la nama MIL dipanggil. Kemudian setelah 3jam baru la pembedahan selesai. Nasib baik kitaorang tergerak hati nak g meronda kawasan hospital kalau tak maunye MIL sowang melayan pening kat tepi koridor coz pembedahan buat kat tempat lain bukannye kat tempat yang kitaorang tunggu, MIL nak call handbag Cikna yang pegang. Sian MiL,sorry ye malam ti Cikna belanja make,hehee...
G amik ubat MILcakap xbayar lagi, kami ke Pakar 2 tempat pendaftaran sudahnye kerani tu kata "xpayah bayar la dik" bagus gak hospital kerajaan ni ye.
Menyesal ke Old Town White Coffee
Happy Anniversary
Salam sejahtera&salam 1 Malaysia
Alhamdulillah semalam kami menyambut 1st anniversary. Wahh,anniversary gitu....tgk orang lain duk sibuk wat n3 sambut anniversary siap g candle light dinner bagai Cikna pun teringin jugak nak macam tu tp sayang ni baru 1 month anniversary,huhuu....
"Ade ke org sambut anniversary for 1month."
Tp sayang xdapat sambut pun sebab kami PJJ, bila salah sorang cuti je baru kami b'temu. So whatsappla yang menjadi penghubung silaturahim antara kami,cuma ucapan yang dapat diberikan.
Mummy banje bday itew
Salam sejahtera&Salam 1 Malaysia.
Yeahhh, happy bday to me, oh no umo makin b'tambah.... Ce teka umo Cikna bape.....;-)
Petang smlm kua g bahau niat dihati nak renew insurans & roadtax, expired date 18/6 saje buat awal malas plak rasanya nk b'urusan masa bulan pose ti... Melayangla RM872.00 untuk bagi MR.FLX Cikna tu b'gerak tanpa dikenakan saman.
Lepas dh selesai merenew mummy ajak g nursery nk cari "bunga janda kaya" tapi xde rezeki nursery tutup plak. Sudahnye g kiara je. Window shopping sikit pastu landing kat MB(Marrybrown).
Tema kat MB skunk ni "Jurassic Park" peminat2 JP sila la ke sana bnyk item JP utk korang pilih. Pilih punya pilih apa yg nk dimakan dalam diam mummy hulur note RM50(banje bday Katanya,huhuu...syg mummy)
Bubur ni menu wajib... Abah dh makin sihat,buktinya semangkok bubur tu abah xshare ngan cikna pun,huhuu.. Dah siap mkn masing2 t'sandar kekenyangan... Alhamdulillah...;-)
Tambang Pengakutan awan naik 20%-67%
Kalau macamni la gayanya, mungkin ramai pengguna yang akan menggunakan kereta &motosikal untuk kemana-mana. Minyak pun skunk ni selitar baru rm1.95, kalau scooter ego Cikna isi rm6 dah penuh tangki tu pun leh tahan dlm 60km kot, see jimatkan. Bila ramai yg naik moto@kete dalam masa yang sama jalanraya makin bertambah sesakla jawabnya. Makin ramai pulak yang akan dikenakan saman, kemalangan pun akan meningkat. Oh ye, saman akan dikenakan GST x.......???
Milo percuma untuk semua
Tahun2 sudah setiap murid hanya mendapat secawan air milo tapi untuk tahun ni setiap murid dapat 2cawan air milo & sebuah buku nota.
Selamat Hari lahir "Cikna136"
Hari Hol Negeri Pahang
Memandangkan hari ni cuti so ape lg Cikna pun ambil la kesempatan mempergunakan masa yg ada.
Tempat yg Cikna akan pergi ialah Pekan Bahau,negeri Sembilan.. Ni lah untungnya kalau duduk sempadan....;-)
Dari rumah ke Bahau lbih krng 30mnt, untuk apa jua urusan Cikna lebih suka ke Negeri sembilan berbanding Pahang sebab jauh....
1) g maybank sbb mummy kne bka acc tp xdpt buat sbb sistem down,minggu lps pn sistem down jgk...;-(
2) g pjbt pos, poskan hadiah2 GA..;-)
3) g pasar borong, kat sini mmg best brng murah&segar...
4) sesi kenyangkan perut, abah mkn xbnyk mklmla tgh b'pantang so cikna&mummy le b'ia2 m'hbiskan mkn"an....
;-)
5) farmasi yg best... beli jarum insulin&test strips
6) sesi utk membeli brng kraftangan
Hadiah untuk pengomen tegar
Hurmmm,xlama lg nak sambut hari guru....;-) sempena hari guru nanti Cikna nak bagi penghargaan kepada yang rajin mengomen...
Hadiah utk pengomen tegar ni Cikna nak rahsiakan dulu, so ape lagi jom la mengomen di blog Cikna ni.....:-)