cikna136.Asia

!..Ciknanye deariest..!

Kadangkala..........kebetulan itu 1 titik kepada permulaan yang indah..;-)

Tabung E-Day

728 x 90 Lazada Malaysia

Cuti panjang la kita

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia,

Cuba korang tengok kalendar bulan 5,ape yang korang nampak.... Hahaaa, Cikna kalau tengok kalendar, perkara pertama yg dicari ialah kira cuti, rasanye pekerja2 yang bekerja disektor awam mesti macam Cikna kn....

Bulan 5 ni, betul2 buat Cikna tersenyum hingga ke telinga, mana taknye start je 1hb cuti hari pekerja, sabtu ahad dah tentu cutikn, isnin pulak dapat cuti wesak, selasa dapat cuti khas sempena mengundi di rompin ( penat je Cikna isi borang cuti sebab nak hntr abah g IJN-kena tarik balik borang cuti ni,huhuu...) Hari khamis sambung cuti lagi, cuti hari hol pulak. Sabtu ahad kita cuti hujung minggu pulak ye.

Disebabkan banyak sangat cuti, Minggu depan Cikna cuma bekerja pada hari rabu&jumaat je,hooorey.....;-)

Bila dah cuti panjang, mula la xduduk senang mana taknye kitaorang sekeluarga ni kaki jalan, mummy pun dah kua bunga2 nak berjalan tu.... Esok pagi g pasar pagi Kat Bandar Seri Jempol@Bandar Baru Setting,N.9 misi utk mencari sayur kampung & daging Segar. Sabtu Cikna akan ke Kuala Bera,Pahang member 1 tempat kerja nak kawin la plak. Ahad&isnin berehat je Kat rumah. Hari selasa Cikna akan ke IJN, abah ade pembedahan kecil(harap2 semuanya berjaya) Hari khamis nak g bahau, shopping&kemaskini buku ASB(Ade lebih kita menabung, kalau tak kita kuakn je ape yg ade,hahaa...) Ni la untungnya kalau duk sempadan, Pahang cuti kita berurusan kat N.9. N.9 cuti kita berurusan kat Pahang. Sabtu kita ke ayer hitam&segamat,Johor pulak ye...mummy ajak window shopping,hahaa....

P/S : Selamat bercuti semuanye......:-)

7 ulasan:

  1. oh duduk dekat sempadan n9 dan pahang yea
    saya pernah lalu bera tu.
    ok juga bandar bera tu.
    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bera dh membangun, Cikna yg duk Pahang pun jarang ke bera. Kalau beli perabot Kat bera kena tambah kos penghantaran, kalau Kat bahau FOC je,huhuu.....;-)

      Padam
  2. Selamat bercuti panjang, Cikna. Moga urusan pembedahan ayah Cikna berjalan lancar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq & amin btw slmt bercuti jga utk sis......;-)

      Padam
  3. Wah seronok betul cuti panjang ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapat cuti mmg seronok la,huhuu.... Btw slmt b'cuti juga sis.....;-)

      Padam

Komen dari yang HENSEM dan COMEL.......;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...