cikna136.Asia

!..Ciknanye deariest..!

Kadangkala..........kebetulan itu 1 titik kepada permulaan yang indah..;-)

Tabung E-Day

728 x 90 Lazada Malaysia
Memaparkan catatan dengan label Limited Edition. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Limited Edition. Papar semua catatan

Teknologi Magical Gel bersama Goo.N

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia

Entri untuk kali ini cikna ingin mengajak korang merasai teknologi magical gel bersama Goo.N. Barangan bayi yang berkualiti dari negara Jepun.

1x pack Goo.N Friend Pants sz S,M,L&XL bernilai RM36.00
1x Baby Wipes bernilai RM8.00
1x Goo.N Limited Edition Penguin Baby Wipes Box bernilai RM50.00

untuk mengetahui lebih lanjut sila klik disini, pelbagai promosi turut disediakan.
Tengoklah muka baby ariff excited beno nampaknye, terus ajak cikna mandi nak cuba pampers baru la tu...;-)

Alhamdulillah penggunaan pampers dari Goo.N ni sesuai dengan Ariff kerana ianya mudah kering dan mudah meregang dan memeri yang mana memberikan keselesaan untuk ariff bergerak dan melasak(baby boy la katakan).

Pengaliran ruang udara yang menggunakan Teknologi Magical Gel yang bagus dapat menyerap dengan lebih cepat serta mengawal kulit agar sentiasa kering dan selesa dalam jangka masa yang panjang seterusnya dapat mengawal masalah ruam. 

Bahan unik yang digunakan ini terdapat dilapisan atas, tengah dan bawah pampers. Antaranya terdapat Vit E yang baik untuk kulit.

Pampers ini mudah digunakan dan didatangkan dalam bentuk seluar dan pelekat.

Nak dapatkan info & sample percuma KLIK DI SINI, macam-macam ada tau....

GOO.N Baby Wipes
Apalah ertinya gunakan pampers tanpa menggunakan Baby Wipes. Sebelum Ariff mandi cikna akan bersihkan dengan baby wipes terlebih dahulu. Bukan itu sahaja kalau pergi travel baby wipes ini amatlah diperlukan.

Baby wipes dari Goo.N ini bebas Paraben dan Alcohol. Mudah menyerap bekas ini juga dapat mengekalkan kelembapan tissue dalam jangka masa yang panjang.

bukan itu sahaja baby wipes ni seisi boleh guna tau, kalau travel cikna guna jugak untuk mengelap tangan dan membersihkan alat makeup.


Teh Uncang Lipton Edisi Terhad

Salam sejahtera&Salam 1 Malaysia.

Berita baik buat peminat Teh uncang jenama LIPTON

LIPTON telah mengeluarkan Kotak Tin Edisi Terhad yang menampilkan rekaan bermotifkan corak awan larat. Hanya ada warna PINK atau BIRU sahaja.

Semestinya Cikna pilih warna PINK warna gegurl gituw

Masa shopping kat Pasaraya TF, Triang tu Cikna memang dah amik pek BOH 100pcs, jalan punya jalan ternampak Tin Edisi Terhad Lipton ni tengok harga pun sama je kebetulan nampak pulak iklan pembelian barangan Lipton RM10 ke atas akan dapat Bekas Rempah secara percuma. Ciknakan tak boleh tengok perkataan PERCUMA, apalagi terusla letak semula teh BOH tu,huhuu.....;-) 'Si dia' hanya mampu menggelengkan kepala, hallo saya dah tolong jimatkan duit awak tau'

Sehingga ke hari ni cikna xbuka pun lagi bekas-bekas percuma ni sayang ooo... kita habiskan stok-stok lama dulu then baru guna bekas ni.

'BIJAK MEMBELI MENANG MEMAKAI'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...