cikna136.Asia

!..Ciknanye deariest..!

Kadangkala..........kebetulan itu 1 titik kepada permulaan yang indah..;-)

Tabung E-Day

728 x 90 Lazada Malaysia
Memaparkan catatan dengan label jualan murah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jualan murah. Papar semua catatan

Teknologi Magical Gel bersama Goo.N

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia

Entri untuk kali ini cikna ingin mengajak korang merasai teknologi magical gel bersama Goo.N. Barangan bayi yang berkualiti dari negara Jepun.

1x pack Goo.N Friend Pants sz S,M,L&XL bernilai RM36.00
1x Baby Wipes bernilai RM8.00
1x Goo.N Limited Edition Penguin Baby Wipes Box bernilai RM50.00

untuk mengetahui lebih lanjut sila klik disini, pelbagai promosi turut disediakan.
Tengoklah muka baby ariff excited beno nampaknye, terus ajak cikna mandi nak cuba pampers baru la tu...;-)

Alhamdulillah penggunaan pampers dari Goo.N ni sesuai dengan Ariff kerana ianya mudah kering dan mudah meregang dan memeri yang mana memberikan keselesaan untuk ariff bergerak dan melasak(baby boy la katakan).

Pengaliran ruang udara yang menggunakan Teknologi Magical Gel yang bagus dapat menyerap dengan lebih cepat serta mengawal kulit agar sentiasa kering dan selesa dalam jangka masa yang panjang seterusnya dapat mengawal masalah ruam. 

Bahan unik yang digunakan ini terdapat dilapisan atas, tengah dan bawah pampers. Antaranya terdapat Vit E yang baik untuk kulit.

Pampers ini mudah digunakan dan didatangkan dalam bentuk seluar dan pelekat.

Nak dapatkan info & sample percuma KLIK DI SINI, macam-macam ada tau....

GOO.N Baby Wipes
Apalah ertinya gunakan pampers tanpa menggunakan Baby Wipes. Sebelum Ariff mandi cikna akan bersihkan dengan baby wipes terlebih dahulu. Bukan itu sahaja kalau pergi travel baby wipes ini amatlah diperlukan.

Baby wipes dari Goo.N ini bebas Paraben dan Alcohol. Mudah menyerap bekas ini juga dapat mengekalkan kelembapan tissue dalam jangka masa yang panjang.

bukan itu sahaja baby wipes ni seisi boleh guna tau, kalau travel cikna guna jugak untuk mengelap tangan dan membersihkan alat makeup.


Ke Jakel Senawang Kita

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, ptg khamis abah dah boleh kua wad... Seminggu jugakla abah kena tahan wad.
Atas arahan mummy, cikna inform dalam group wasap mummy suh anak2 dia balik tengok abah. Petang rabu tu kakcik(adik) dr KL sampai dulu. Abang2, kakak ipar&anak sedara sampai 12.30tgh malam dr Penang. Diaorg naik sebijik kete je(innova) jimat sikit maklumlah minyak tengah mahal...;-)

Malam khamis tu tengah siap-siap nak makan malam tiba-tiba abang long jerit suh tengok berita jam 8, rupa-rupanya pembukaan Jakel&Ariani kat senawang. Ok weekend ni kita g...;-)

Seawal jam 9.30 kami bertolak, Pahang - N.Sembilan lebih kurang 1jam 45minit je. Family kitaorang memang suka berjalan, kiranya family trip la ni
Puas pusing cari parking, dengan parking kena curi sudahnya kami park kat dalam kawasan MYDIN je, lain kali kalau orang dah bagi signal tu tolongla jgn butakan mata k...!!!

Masuk je JAKEL, nauzubillah dengan orang ramai cam semut dapat gula. 

Setiap tingkat kita orang g (naik lif OK). Sudahnya tak beli ape pun. Dengan staf yang suka mengekor&memaksa.Dan paling sakit hati boleh plak dia mengutuk cikna depan-depan... cikna pun ape lagi naik angin gak la  "ni la susahnye b'cakap dengan orang xpaham bahasa melayu, dah jom balik....!!! Happy hour jakel offer Pucci RM60 sepasang, OK harga sama cam KL je kebetulan cikna Ade beli gak pucci ni kat online RM52 je siap include postage lagi.

Masuk Ariani pun camtu gak sudahnya kua dengan tangan kosong. Cuma cikna perasan kat Ariani Ade sale 3helai instant RM50 je.

Sebelum balik kami singgah makan kat Texas chicken,Senawang Gateway(gara-gara Ayam besar&free refill air) Cikna, kakcik&anak sedara menggila refill air dekat 5kali jugakla kami ulang. Ais pun free tau...;-)

Sampai je kat Bukit Putus kami singgah g amik air bukit, air dia memang jernih& sejuk cam dalam peti ais.
Papan tanda yang menginsafkan
"Tolong jangan buang sampai di sini,terima masih"
"Air nak bersih, tempat mesti nak bersih juga"

Abang long punya la xcited cam dpt ketul emas....;-)
Abang long punya excited mmg lain macam kot, macam dapat ketul emas'

Jualan Makanan Sejuk Beku CP yang cukup Murah

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Kelmarin dapat info dari group FB 'Seremban Macam-macam ada' ada jualan murah kat PK Agro,Senawang. Kenapa xbuka gerai kat depan kilang CP Fresh Mart tidak diketahui.

Kebetulan 'si dia' merengek nak ke MAHA, Maeps so kita sebagai isteri yang solehah turutkan je la. Tapi dengan syarat singgah ke kiosk CP ni dulu.

Jom kita layan cerita beserta gambar

Alhamdulillah, kami sampai dalam pukul12.30. Masih banyak stok-stok makanan segera kat sini. Perut cikna conform la dah tersenyum riang, makanan banyak,huhuu....;-)

Memandangkan perjalanan kami masih jauh 'si dia' cuma bagi masa 15minit je shopping kat sini, kira ok la dari takde kan lagipun kiosk dia xbesar mana pun orang pun maybe tak tahu sebab dia buat area kilang.

Model CP Fresh Mart

Iklan yang meruntun jiwa

Telur gred A sepapan 30biji hanya RM8.00, tapi kami xbeli pun sebab kami tak makan telur,huhuu... 

Cikna listkan produk yang ada di situ.
Telur Gred A 30biji : RM8
Ayam : RM8 seekor
Ayam Tua : RM5 seekor
Sosej Black Pepper : RM2 sebungkus
Fried chicken 500g : RM5 sebungkus
Fried chicken 750g : RM8 sebungkus
Fried chicken 1kg : RM10 sebungkus
Mexican chicken 1kg : RM10 sebungkus
Ayam Rendang Instant : RM10 sebungkus
RTE 2kotak : RM5
RTE 3kotak : RM10
Telur goreng 2biji : RM1
Sos black pepper : RM1 sebungkus
Ayam black pepper mini : RM1 sebungkus

Hasil tuaian utk kami, mummy&MIL

Murah hampir separuh Harga.

Nantikan cerita cikna&si dia ke MAHA pulak. 

P/S : Petang tadi Abah cikna kena tahan wad sebab paru-paru berair datang balik, doakan ayah cikna cepat sembuh ye, TERIMA KASIH korang....;-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...