cikna136.Asia

!..Ciknanye deariest..!

Kadangkala..........kebetulan itu 1 titik kepada permulaan yang indah..;-)

Tabung E-Day

728 x 90 Lazada Malaysia

lazada malaysia blogger contest


Salam sejahtera & salam 1 Malaysia.

Sempena ulangtahun Lazada kali ke-5, Lazada akan mengadakan sale bermula 22/3 - 24/3. Buat kaki shopping online macam cikna, ni la masanya yang kita tunggu-tunggu mana tak nya diskaun sehingga 90% tau. banyak tu...;-)

Bukan itu sahaja, lazada juga turut mengadakan peraduan khas buat para blogger bermula dari 1 Mac sehingga 23 mac. Hadiah memang best kot, makin ramai yang join makin banyak hadiah yang ditawarkan. Eyhh, tunggu apa lagi tu jom lah join, awak tak nak hadiah ke...???



Hadiah-hadiah yang ditawarkan:-
Kurang dari 50 peserta(10 pemenang)
Tempat pertama : RM300 x 1pemenang
Tempat kedua : RM200 x 3pemenang
Tempat ketiga : RM100 x 6pemenang

Kurang dari 100peserta(20pemenang)
Tempat pertama : RM500 x 1pemenang
Tempat kedua : RM250 x 7pemenang
Tempat ketiga : RM125 x 12pemenang

Lebih dari 100peserta(30pemenang)
Tempat pertama : RM800 x 1peserta
Tempat kedua : RM300 x 12peserta
Tempat ketiga : RM150 x 17peserta

Syarat-syarat penyertaan:-
1. Anda mestilah seorang blogger
2. Boleh menggunakan sebarang bahasa
3. Buat entri yang merangkumi
- Apa yang korang suka dengan Lazada
- Senaraikan 3barang beserta screenshot dari laman web Lazada
- Cara untuk meningkatkan mutu prestasi Lazada
- Ucapan sempena ulangtahun Lazada
4. Submit entri penyertaan (link blog post) ke 'contest@lazada.com.my' dengan tajuk 'Lazada Birthday Blogger Contest's sebelum 23 Mac 2017(khamis)
5. Pemenang dipilih berdasarkan 'Random'

➽ Apa yang korang suka dengan Lazada.
- Diam tak diam dah 5tahun lazada ni ye, banyak jugak lah barang yang cikna beli kat lazada ni. Antaranya Set Jam Tangan, Set Tupperware, Konjac bubble, Set Pregnancy Test&Tali Skip Exersice, penimbang digital mass index dll. Cikna suka shopping kat sini sebab :-
 - Produk antara yang termurah diantara laman web shopping online yang lain
 - Pelbagai diskaun ditawarkan.
 - Kos penghantaran yang murah dan ada juga yang "Free Postage" walaupun barangan dari luar negara.
 - Kaedah pembayaran yang pelbagai.
 - Penghantaran yang cepat, "hari ni order esok dah sampai"
 - Sekiranya barang rosak@masalah inform kat Lazada korang return nanti diaorang akan tukarkan yang           baru tanpa sebarang pembayaran.
 - Sebarang aduan@masalah, cikna just PM@email je insyaAllah cepat "feedback"nya.
 - Layanan staf pun baik je.

➽ Tiga pilihan produk dari Lazada.
1. ABS Six Pack

Dah lama cikna idamkan ABS Six Pack, tiap-tiap hari Cikna intai kat laman web Lazada kot makin turun harganya. macam-macam exercise cikna boleh buat dengan benda alah ni. Abah & Mummy pun boleh tumpang sekali. Berdiet sambil membina otot, cikna kan tengah diet ni so bila kurus nanti tak nak la badan tu menggelebeh je, Kita kasi tegang apa yang patut....;-)

2. Pressure cooker

En.suami suka makan sup tulang, so memang lah cikna perlukan benda alah ni. Cikna lak suka buat bubur/nasi air(minggu ni saje dah 4kali makan nasi air tu pun order je, bahana COD..) Semalam member share resepi stew daging/ayam, sedap kot kalau ada Pressure Cooker on d spot cikna try, nafsu makan meluap-luap ni....:-)

3. Hand Mixer

Warna febret cikna. Misi untuk buat kek&cookies. Raya ni bolehlah cikna amik tempahan ye dok...;-)

Langkah-langkah meningkatkan mutu perkhidmatan Lazada
- Cikna syorkan Lazada ceriakan lagi laman web,
- wujudkan sesi 'live support massage' sesi soal jawab yang mudah & cepat dengan pelanggan.
- Sediakan reward buat pembeli terbanyak setiap tahun.
- Pemberian point(point ditukarkan kepada kupon diskaun@hadiah)

Ucapan Ulang tahun untuk Lazada



Semoga Lazada semakin berkembang maju & dapat meningkatkan mutu produktivi seiring dengan zaman yang membangun ini.





Peraturan Sekiranya Mahu Menonton Di Pawagam @ Auditorium

Salam sejahtera&Salam 1 Malaysia.

   Entri kali ni cikna nak kongsikan peraturan/larangan ketika berada di Panggung Wayang. Harap-harap entri ni berguna la untuk korang ye.

'Si dia' ajak g  Star Mall, Mentakab nak tengok "J Revolusi" kononnye tapi orang lemah lembut cam cikna mana sesuai sudahnya kami lalu je lagipun cikna tak minat Masuk panggung ni.

 Nak pujuk rawan 'si dia' "lain kali awak g la tengok dengan member"
 
Selama hidup ni pernah masuk sekali je tu pun masa zaman gila-gila remaja ritu


Salah masuk tandas ke ni...?

   Salam sejahtera & salam 1 Malaysia.

   Kelmarin cikna&family berkesempatan membeli belah di tesco,bahau. Lepas shopping barang dapur haruslah kita isi perut pulak kan so kami ke food court je makanan&minuman kat sini ok-ok je tapi kami cari peniaga melayu je ye. Tak fahamla macamna pendatang boleh sediakan makanan&minuman kat sini.

    Lepas makan tiba-tiba cikna rasa nak memerut la pulak, abah&mummy terus ke kereta cikna lak terus ke toilet la,huhuu...(Panggilan alam mana boleh tangguhkn)

Apa yang korang fikir

 Elok je masuk cikna rasa lain macam je, kenapa mesti ade toilet lelaki elok je melekat kat sini, cikna keluar semula tengok lambang kat pintu, lambang 'girl' tapi kenapa ade benda alah ni... Sebelum ni tak pernah perasan pun kewujudan dia. 

Bila rasa was-was menguasai diri terus tak jadi memerut.

Tak pernah lagi tengok orang perempuan buang air kecil berdiri, adakah ianya khas untuk manusia dua alam so macamana dengan keselamatan kaum-kaum wanita. 

Kenapa mesti begini...?


Ke Jakel Senawang Kita

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, ptg khamis abah dah boleh kua wad... Seminggu jugakla abah kena tahan wad.
Atas arahan mummy, cikna inform dalam group wasap mummy suh anak2 dia balik tengok abah. Petang rabu tu kakcik(adik) dr KL sampai dulu. Abang2, kakak ipar&anak sedara sampai 12.30tgh malam dr Penang. Diaorg naik sebijik kete je(innova) jimat sikit maklumlah minyak tengah mahal...;-)

Malam khamis tu tengah siap-siap nak makan malam tiba-tiba abang long jerit suh tengok berita jam 8, rupa-rupanya pembukaan Jakel&Ariani kat senawang. Ok weekend ni kita g...;-)

Seawal jam 9.30 kami bertolak, Pahang - N.Sembilan lebih kurang 1jam 45minit je. Family kitaorang memang suka berjalan, kiranya family trip la ni
Puas pusing cari parking, dengan parking kena curi sudahnya kami park kat dalam kawasan MYDIN je, lain kali kalau orang dah bagi signal tu tolongla jgn butakan mata k...!!!

Masuk je JAKEL, nauzubillah dengan orang ramai cam semut dapat gula. 

Setiap tingkat kita orang g (naik lif OK). Sudahnya tak beli ape pun. Dengan staf yang suka mengekor&memaksa.Dan paling sakit hati boleh plak dia mengutuk cikna depan-depan... cikna pun ape lagi naik angin gak la  "ni la susahnye b'cakap dengan orang xpaham bahasa melayu, dah jom balik....!!! Happy hour jakel offer Pucci RM60 sepasang, OK harga sama cam KL je kebetulan cikna Ade beli gak pucci ni kat online RM52 je siap include postage lagi.

Masuk Ariani pun camtu gak sudahnya kua dengan tangan kosong. Cuma cikna perasan kat Ariani Ade sale 3helai instant RM50 je.

Sebelum balik kami singgah makan kat Texas chicken,Senawang Gateway(gara-gara Ayam besar&free refill air) Cikna, kakcik&anak sedara menggila refill air dekat 5kali jugakla kami ulang. Ais pun free tau...;-)

Sampai je kat Bukit Putus kami singgah g amik air bukit, air dia memang jernih& sejuk cam dalam peti ais.
Papan tanda yang menginsafkan
"Tolong jangan buang sampai di sini,terima masih"
"Air nak bersih, tempat mesti nak bersih juga"

Abang long punya la xcited cam dpt ketul emas....;-)
Abang long punya excited mmg lain macam kot, macam dapat ketul emas'

Tahun Baru Moga Impian Kami Tercapai

Salam sejahtera&Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, diam tak diam dah 11 hari kita di tahun baru. 
Macamana dengan azam tahun baru korang, azam yang lama tu dah tercapai ke...?
Ucapan Tahun Baru dari Facebook

Sepanjang hidup ni rasanya cikna tak pernah pasang apa-apa azam. 

Cuma untuk tahun ni cikna dan 'si dia' berharap sangat agar kami dikurniakan zuriat yang soleh&solehah agar ianya dapat memberikan kebahagian serta keserian dalam hidup kami.

Sedih pulak rasanya bila bercerita pasal zuriat ni, maklumla member yang kahwin sama tarikh ngan cikna pun anaknye dah pandai meniarap yang kahwin lepas dari cikna pun tengah bahagia dengan anak masing2.

 Tipulah kalau cikna xjeleszzz tapi selagi kita ni masih berpegang dengan ajaran Islam redha dan terima seadanya tapi dalam masa yang sama kita kena la jugak berusaha. InsyaAllah, Allah tengah mempersiapkan hanya yang terbaik untuk umatnya.



"Ya Allah, izinkan aku merasai nikmat mengandung&menjadi seorang ibu"

P/S : Doakan Cikna&suami ye....;-)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...