cikna136.Asia

!..Ciknanye deariest..!

Kadangkala..........kebetulan itu 1 titik kepada permulaan yang indah..;-)

Tabung E-Day

728 x 90 Lazada Malaysia

Lazada Shopathon Blogger Contest

Assalammualaikum & salam sejahtera,


Lazada buat sale lagi.... ok, sebenarnya sale ni dah bermula dari 21 september 2018 tau dan kemuncak salenya pada 27 september 2018. mana tak nya diskaun sehingga 90% kot dari pelbagai jenama pulak tu. 

3 jenama dari syarikat yang menjadi pilihan Cikna.

1) LENOVO
Benda pertama yang cikna perlukan ialah Tab, kalau laptop renyah la plan beso plak tu... Senang nak update blog, maklumlah blog ciknakan dah hampir bersarang gara-gara sibuk (membesarkan anak)sebelum ni....;-)

2) XIAOMI
Dah ada tab kena lah ada pasangannya, powerbank 20000mAh dari syarikat XIAOMI. Cikna memang perlukan Powerbank(penyelamat bumi la kata kan) kebetulan powerbank yang khas untuk kipas stroller fayyash dah rosak,ti kita kongsi ye nak,huhuu....;-)

3) PAMPERS
Bila dah pegang tittle mak-mak, benda ni memang wajib ada dalam list. Cikna suka brand PAMPERS ni sebab ianya serasi dengan Fayyash, sebelum Fayyash guna tape je tapi kali Cikna kena tuka pants sebabnya Fayyash ni lasak nak-nak dah pandai bangun ni, kalau bagi baring nak letak minyak pun xsempat inikan nak pakaikan pampers. Mommy Cikna pun dah bising,huhuu....;-)

Tawaran yang amat diperlukan. 

Amacam, menarik bukan so ape lagi jom le kita download apps LAZADA masukkan apa yang kita nak ke dalam chart kemudian bayar la ye, jimat minyak, jimat masa, jimat tenaga....;-)

Shapee : penyelamat bagi ibu menyusu

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia.

Hari ni cikna nak share satu barang yang sangat berguna untuk ibu menyusu, bukan saja berguna bahkan merupakan penyelamat bagi ibu-ibu yang menyusu juga terutamanya ibu-ibu yang bekerja. Bakal-bakal ibu jangan lupa untuk listkan pelekat ini juga ya...

DISPOSIBLE NURSING PAD / PELEKAT MENYUSU PAKAI BUANG
Kotak&pelekat

Eeee,baju basah...

Bohonglah kalau ibu-ibu yang menyusu tak pernah mengalami keadaan macam ni. Cikna sendiri pernah mengalaminya, uisyhhh malu kot... dan jalan penyelesaian setiap kali menyusu cikna akan guna milk collector(buat stok) xpun cikna lipat tisu kemudian selitkan dipayudara,hahaa... tapi kini tidak lagi, cikna lebih selesa menggunakan DISPOSIBLE NURSING PADS.

Banyak keistimewaannya ni. Kecil-kecil cili api..

Antara keistimewaanya ;-
1) Ultra thin Design : Rekabentuk yang lebih nipis iaitu setebal 1mm yang memberikan lebih keselesaan.
z) Dry-Comfy Technology : Lapisan istimewa dapat menyerap & mampu tahan lebih lama.
3) 3D Shape Design : Rekabentuk yang selesa & mampu mengawal kedudukannya walaupun dalam keadaan basah.
4) Leak Proof Coverage : Membantu menyerap susu ibu & tidak mudah bocor 
5) Ultra Water Absorbent : Mampu menyerap sehingga 55ML susu ibu.
6) Soft&Breathable Material : Bahan yang digunakan lembut&sedap digunakan.
7) Double Anti-Slip adhesive Strips : Pelekat yang tidak mudah bergerak


cara nak guna, senang je kot.... 
1) Buka plastik 
2) Buangkan pelekat 
3) Tampalkan di tengah-tengah baju dalam(bra) (cara cikna)
(pastikan tengah-tengah pelekat ini sama dengan puting payudara anda)

Disposible nursing Pad ini adalah hasil teknologi dari Korea. Harga yang dipasarkan ialah RM18.90 namun untuk promosi pengenalan pihak syarikat Shapee telah memberikan diskaun sehingga RM5.00 dan anda hanya perlu membayar RM13.90 sahaja untuk Disposible Nursing Pads 30pcs(1kotak)

Banyak lagi barang-barang untuk keperluan ibu-ibu ada di sini. klik jangan xklik
Website : https://www.theshapee.com/
Facebook : https://www.facebook.com/shapeeMY/
Instagram : https://www.instagram.com/shapeeMY

Selamat Tahun Baru 2018

Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah,kita masih dipanjangkan usia untuk merasai tahun baru. Cikna harap tahun ni akan lagi baik untuk korang ye.

Hadir Mu Anugerah Yang Terindah

Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia.

Doakan cikna ye...

Resepi Ikan Bawal Sweet&Sour

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Hari ni en.suami request nak makan Ikan bawal sweet & sour so cikna sebagai isteri yang solehah haruslah menunaikan hajat en.suami.

Sebenarnya cikna masak cincai2 je xguna  khidmat en.google tau.

Jom cikna share ngan korang resepi yang super duper sedap ni. yang boleh kata sedap tu sebabnya dah banyak kali en.suami request menu yang sama....;-)
Sila cari ikan yang tersembunyi...

Ikan Bawal Masak Sweet & Sour
BAHAN-BAHAN
Ikan bawal - seekor anggaran 440g
Minyak masak 1 1/3cawan
Bawang putih - seulas
Bawang merah - seulas
Cili kisar - 4sudu
Tomato - sebiji
Limau kasturi - 3biji
Timun - 6cm
Lobak merah - 3cm
Kobis bunga - 1/3 cawan
Garam - secukup rasa
Serbuk kunyit - sesudu

CARA-CARA
- Siang ikan bawal, cuci dengan 3biji limau kasturi dan garam kemudian basuh dan toskan.
- Panaskan 1cawan minyak kemudian goreng sehingga garing ikan bawal yang telah dilumurkan dengan garam dan serbuk kunyit. 
- Panaskan 1/3cawan minyak ke dalam kuali lain, kemudian tumiskan bawang putih dan bawang merah yang dikisar sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar & limau kasturi masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan semua sayur-sayuran yang telah dipotong dadu tadi.
- Curahkan ke atas ikan bawal yang telah digoreng tadi
- Taburkan daun sup/ketumbar (sekadar hiasan)














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...