cikna136.Asia

!..Ciknanye deariest..!

Kadangkala..........kebetulan itu 1 titik kepada permulaan yang indah..;-)

Tabung E-Day

728 x 90 Lazada Malaysia

Den Kayo.........!!!

Salam...

Sebelum saya meneruskan email ini saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Nik Noor Asiah Bt Md Noor, berasal dari Malaysia dan bekerja sebagai juru audit di bahagian audit HSBC Bank AS. Dan meminta agar anda menjaga isi kandungan e-mel ini sebagai amat sulit dan menghormati integritinya.

Saya ingin memberitahu anda informasi yang saya yakin akan menarik minat anda dan mendorong anda membantu saya. Saya tahu anda pasti tertanya-tanya kenapa saya menghantar e-mel ini pada anda dan memilih anda. Saya memutuskan untuk menghubungi anda melalui e-mel kerana saya kesuntukan masa dan memerlukan bantuan anda sebagai rakan kongsi dalam menerima wang yang tiada pewaris berjumlah US $1.3 Juta dolar yang masih berada di dalam akaun dan tidak lagi aktif semenjak tahun 2009.

Dana tersebut akan dibahagi dengan nisbah 50/40, 40% untuk anda dan 50% untuk saya dan 10% untuk sebarang kos jika diperlukan dan dikeluarkan untuk melaksanakan urusan ini. Setelah segala urusan selesai ianya terpulang kepada anda untuk menggunakan wang tersebut untuk pelaburan, membeli hartanah atau membayar hutang. Walaupun jumlahnya tidak seberapa, saya harap anda sudi menerimanya. Saya memerlukan bantuan anda disini kerana pemegang akaun ini tidak mempunyai pewaris.

Saya mendapat tahu maklumat mengenai hal ini semasa melakukan audit dalaman. Saya telah cuba untuk mendapatkan maklumat mengenai pewaris namun menemui jalan buntu kerana pemegang akaun ini tidak meninggalkan seorang pewaris pun. Saya tidak dapat membuat tuntutan ini kerana saya bekerja disini dan kerana itulah saya memerlukan bantuan anda. Saya akan membantu anda untuk menjadi pewaris untuk wasiat tersebut dan anda membantu saya untuk menerima wang tersebut. Hal ini sangat penting kerana anda perlu membuat tuntutan tersebut dalam masa tiga minggu atau bank akan memindahkan wang ini sebagai wang tidak dituntut dan menjadi hak milik negara AS.

Saya akan berikan maklumat lanjut tentang apa yang anda perlu lakukan untuk urusan ini jika anda berminat dan saya percaya bahawa urusan ini akan berjalan lancar. Keikhlasan anda untuk melaksanakan urusan ini sangat saya hargai. Pastikan anda membalas e-mel ini melalui e-mel peribadi saya (niknoorasiahmdnoor@yahoo.com) dan bukannya e-mel yang saya send ini kerana e-mel ini tidak terima reply. Saya akan segera membalas email anda.

Yang Ikhlas,

Nik Noor Asiah Bt Md Noor.

P/S : Ada sesape yg terima email mcm Cikna ni x, ape yg korang buat.......???

16 ulasan:

  1. call je HSBC..tanya wujud tak staff nama ni..kalau wujud..suruh dorang ambik tindakan...sbb kira dia mencuri duit bukan milik dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ntah ye ntah x, penipu kuat ni Sally......;-)

      Padam
  2. akak selalu dapat emel begini adik.. pernah sekali tu sampai 4 bank iaitu dari hsbc, maybank, hong leong dan cimb.. semua tu tipu je adik.. akak dapat terus delete je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikna mmg xcaye Mizz Aiza xkan semudah tu nk dpt duit kang xpsl2 kita ke dlm.......;-)

      Padam
    2. betul tu, jangan mudah percaya pada manusia macam tu.. menabung inti dan churp2..

      Padam
  3. saya pon dapat jugak email ni..hoho

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shahida pn dpt gak, msti ramai yg dpt emel ni ann.....

      Padam
  4. mcm2 cara org guna utk menipu ni kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la psl, kerja cleaner bnyk kosong xnak lak wat.......'

      Padam
  5. semalam baru dapat..terus tanda spam..hehehe

    BalasPadam
  6. Hahaa, same with me......;-)

    BalasPadam
  7. skang ni mcm2 teknik penipuan di lakukan.. ada yg smpai xtlintas pun dek akal kitaa.. hati2 ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, Cikna setuju ngan Zara. Kita diberi akal so gunakan dgn sebaiknye.......;-)

      Padam
  8. I dont understand, sorry. Can u speak in malay,TQ.......;-)

    BalasPadam
  9. spam mcm ni .. abe kie report to yahoo and move it to spam folder..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, setuju dgn Abg Kie.....;-)

      Padam

Komen dari yang HENSEM dan COMEL.......;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...