Tggu loceng balik berbunyi
Cikgu, ni baju sukan.....
OK,terima kasih awak......
Berlari2 kanggaroo ke meja sambil bawa beg plastik yg b'isi baju.....
Finally, taraaa......
Tggu loceng balik berbunyi
Cikgu, ni baju sukan.....
OK,terima kasih awak......
Berlari2 kanggaroo ke meja sambil bawa beg plastik yg b'isi baju.....
Finally, taraaa......
Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,
Guru Membina ilmu Menyempurnakan akhlak. Diangkat sebagai tema Hari Guru pada tahun 2015.
Bermula jam 8.00pagi semua guru&pada pelajar berkumpul di kantin. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian Negaraku, nyanyian negeri Pahang, nyanyian lagu Sekolah. Murid2 memang bersemangat waktu ni....;-)
Setelah ikrar , nyanyian guru & perutusan hari guru dibacakan, majlis diteruskan dengan acara treasure hunt Dan diikuti acara sukaneka. Bad luck kumpulan Cikna dpt no.3 Dr 4kumpulan. Tugas cikna tahun ni ajk sukaneka, 3org yg lain fikirkan slot utk sukaneka cikna pula uruskan pembahagian kumpulan(peluang cikna memilih&mengenakan peserta yg lain klu ade yg xsebulu itu lah ahli kumpulan korang)
Persembahan guru & murid mendapat sambutan & tepukan yang gemuruh. Majlis diakhiri dengan jamuan makan yang sangat menyelerakan. Memandangkan kitaorang ni duk Pahang automatik ikan patin masak tempoyak menjadi pilihan, yang xmakan ikan patin macam Cikna disediakan ayam goreng.
Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,
Balik kerja abah bgtau ade surat dari Bank Rakyat.
Muka pun ada banyak senyum, maknanye Ada duit yang masukla tu, maklumla ciknakan ade syer saham dengan bank rakyat... wow,ade saham ngan bank rakyat, dasatla.... Nampak Cikna cam kaya kn tp xpun,huhuu.... Kalau korang nak wat syer ngan bank Rakyat ni boleh sangatla.....
Macamni caranya.....
Pergi ke cawangan bank Rakyat yang terdekat
Buka saham RM500.00 setahun dapat RM65.00 tu pun setelah ditolak RM10.00 untuk Dana Pendidikan Yayasan Bank Rakyat.
Selagi korang xkua kan syer ni, tiap2 tahun tggula dividennye k....;-)
Salam sejahtera&salam 1 Malaysia
Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar guru. Sambutan hari guru xdisambut lagi gara2 tarikh yang terlalu padat dengan exam, sukan tahunan sekolah Dan cuti penggal. 18-20 pekse, 21 PRA sukan, 22 sambutan hari guru, 25 sambung pekse, 26-27sukantara&sukaneka, sambutan hari guru peringkat Daerah.
Sama seperti tahun2 dahulu, game badminton ni mesti buat...kira cam acara wajib untuk guru2. Kali ni 3buah sekolah yang berdekatan join skli... Tepat pukul 2.30ptg acara dimulakan sepatutnye mula pukul2(biasala janji melayu). Perlawanan geng2 pompuan simple je Kira cam kalah mati. Macam biasala geng2 pompuan main sambil gelak2 so skjp je dh habis geng lelaki sampai malam kot baru habis, dia orang main kaw2 sebiji cam game antarabangsa sampai Ade yang terbaring atas court.
Masa kua bagitau nak main badminton mummy gelakkan je pastu siap pesan "kak,hang kalau kalah jangan balik" Dan mendukacitakan group Cikna kalau tipis, dpt no.4,huhuu... Sebelum main Cikna pesan Kat mmbr, kita main just 4 fun jgn mengharapkan kemenangan seb baik geng Cikna OK je klu dia nk menang seksala Cikna nak angkat badan pun Susah inikan nak menang. Janji peluh2 jantan kua, tepu sangat dh dlm badan ni, puashati....;-)
Salam sejahtera & salam 1 Malaysia,
Untuk minggu ini peserta dikehendaki berpasangan dengan pasangan mereka menghasilkan video pra perkahwinan yang berdurasi 4minit. Pasangan yang kalah dikehendaki melakukan ujian studio iaitu memasak bersama pasangan masing2.
Pasangan Hilas&Asmidar serta pasangan Paan&Ayu dikehendaki melaksanakan ujian kerusi panas dan nasib tidak menyebelahi Pasangan Paan&Ayu yang terkeluar bagi mggu INI....
Salam sejahtera & salam 1 Malaysia,
N3 kali ni berkenaan celcom. Sebelum tu korang semua pengguna pelan data yang mana(digi, maxis, celcom,u mobile, clixster, xox, DLL). Agak2 korang puas hati x dgn ape yang korang langgan@dapat.
2hari lepas Cikna dapat 100mb secara percuma dari celcom sebab Cikna top up minimum RM10. Bangun pagi tadi cek balance Ade dalam 1.66mb, sampai sekolah automatic Cikna akan guna WIFI then balik sekolah baru tukar data Dan sungguh mengejutkan tiba2 kredit tinggal RM0.27, RM10 dah ditarik tp boleh plak dia kata celcom bagi kreditkan 150MB secara percuma. Agak kuang hajar ye Celcom ni, memandangkan baki pun tinggal rm0.27 sen je mmg xleh call center la sebab skunk ni pun celcom dah kenakan caj rm0.50 UNTUK setiap panggilan.
Salam sejahtera & salam 1 Malaysia,
Dari cerita 2hari yang lepas......
SELAMAT HARI IBU buat semua yang bergelar ibu, mummy, mum, mama, emak, bonda, ummi dan sebagainya. Untuk sambutan Hari Ibu Kali ni Cikna bawa mummy g jalan2 je, kitaorang ke Fiesta Bera 2015 tu pun gara2 terpandang banner Kat depan sekolah menengah masa meronda bawa cucu jiran sebelah keliling kampung......
fiesta bera bermula 7-10/5 artis memang ramai kot antaranya ustaz kazim elias, fizo Omar, azzarima, Dafi AF(orang kuat fiesta bera, ayah dia kn Dato' Ismail sabri) tu je LA yg ingat pun. Memandangkan acara xstart lagi, kami ronda2 Kat pasar lagi dekat situ2 gak. Pasar Kat sini boleh tahan besar gak,macam2 Ade... Kat pasar sempatla beli sayur2 kampung.
Habis tawaf pasar, kami ke laman Bera UNTUK meraikan fiesta Bera.... Masa sampai tu acara karaoke baru nak bermula,kami amik tempat paling depan kot(excited giler masa ni). Setiap 5peserta menyanyi, acara akan dihentikan untuk acara selingan. Abah cakap lapo, kami g makan kat Anjung menu biasa2 je tp ikan tempoyak sentiasa ade Kat sini. Siap makan kami makan dulu Kat laman fiesta, macam2 Ade tau kalau duit banyak mmg borong semuanya...
Singgah pasaraya TF beli barang dapor jap, senang sok2 mummy xyah g kedai dah. Beli udang, sotong, ikan & sayur2 lagi. Nampak KFC, singgah Kat drive true je(mummy cukup bangga, siap cam orang kaya pulak... Xyah turun, tempah, bayar&makan)
Salam sejahtera & salam 1 Malaysia,
Minggu ni 2pasangan lagi terkeluar iaitu pasangan Dini&Nazrin serta Kina&Imran.
2kumpulan yang diketuai oleh Azrif & Paan dikehendaki menghasilkan sebuah iklan&parodi berkenaan produk Dnars Skincare selama 30saat, namun nasib tidak menyebelahi kumpulan yang diketuai oleh Paan dan dikehendaki melalui ujian studio, setelah itu 3pasangan yang kalah perlulah melalui cabaran kerusi panas yang menyebabkan pasangan Dini&Nazrin serta Kina&Imran terkeluar.
Setiap pasangan menerima Wang tunai Dari Dnar Skincare, produk Panasonic & baucer dari Zalora.
Walaupun telah terkeluar tetapi ucapan tahniah buat pasangan Kina&Imran yang baru melangsungkan perkahwinan manakala pasangan Dini&Nazrin dijangka melangsungkan perkahwinan pada bulan ogos ini.
Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.....
Semalam Pahang cuti Hari hol, memandangkan semalam cuti Cikna sekeluarga pun ambikla kesempatan sikit b'shopping Kat Bahau, N.9. Sebelum tu Cikna singgah Kat KK Serting hilir Kompleks,N.9 untuk amik ubat mummy, siap amik mummy, amik ubat abah plak kat Hospital Jempol, N.9, korang kalau nak dapatkan rawatan Kat klinik@hospital kerajaan adalah diingatkan untuk membawa plastik ye sebab plastik memang xdisediakan.... Ubat utk mummy je dah 1/4 beg b'saiz A4, abah pulak1/2 beg b'saiz A4 dalam tu je dah Ade 13jenis ubat yang b'beza.
Hari ade sedikit kemalasan melanda, al-maklumla asik cuti je kn so kita buatla aktiviti yang santai tapi bermanfaat. Memandangkan Kat sekolah ni bush mempelam membesar dengan jayanya so hari ni kitaorang akan memproses mempelam Adam boi. Minta tolong pakcik tukang sapu kaitkan sudahnye seplastik sampai hitam berisi meelam tiba kat depan kelas kami. Nak guna pisau bahaya sudahnye Cikna berlari kejap balik RUMAH amik peeler, mudah&selamat.
Waktu rehat xkua g kantin, kitaorang wat jamuan kecil2an je... Menu utama mempelam asam boi, pastu tambah kuih muih sikit & sejag air teh o. First kena makan kuih dulu,to xpasal2 perut bdk2 meraham plak. Ade lebihan mempelam Asam boi, packing suh bdk2 ni bawa balik rumah, sakit perut bia m'buang kat rumah,huhuu....;-)
Salam sejahtera & salam 1 Malaysia,
Haii all's pe kabo,dah makan belum ni. Hari ni bagi Cikna "wednesday blues" so mood pun kureng bagus, al-maklumla dah cuti panjangkan. N3 sebelum ni Cikna Ade bgtau nak ke IJN sebab abah Ade nak kne buat pembedahan kecil.
Kelmarin seawal 11pagi kami dah b'gerak, takut jammed kononnye... Singgah ulu bendul makan2 bekal yang kitaorang bawak (nasi putih + sambal sotong + ikan sembilang goreng cili api + sayur kailan ikan masin + puyuh goreng tepung + ulam&sambal belacan)
Sampai KL dlm pkl2.30, adik tinggalkan cikna&mummy kat depan sogo so kitaorang ade masa yang panjang untuk shopping... abah ikut adik balik rumah lehla berehat... Masuk sogo,masuk gulatis, masuk muaz, masuk semua house, masuk masjid india. Pkl8 adik amik Kat LRT Wangsamaju pastu g makan. Hajat dihati nak makan Kat Flaming Steamboat mana taknya dia buat promotion RM35.55 per person pastu makanla ape saje yang ade kat situ selagi korang termampu, Cikna pesan "ti kita makan ketam&udang je ye". Tapi sayang xkesampaian pulak hajat dihati, meja full dah dibook orang, sudahnye kitaorang makan kat restoran Periuk Belanga, kedai dia berdepan je.... Amik set utk 4orang, sambil makan mata masing2 pandang ke Flaming Steamboat je,huhuu.... Tp xpela janji perut kenyang,hati pun senang......;-)
Memandangkan temujanji abah pukul12.35, siap2 kemas pkl10 kitaorang gerak ke kampung baru terus g brunch... Sampai IJN dalam pukul12, adik g parking kete Cikna,mummy&abah terus g ruang NRIC daftar lebih korang, amik tekanan Sarah then baru jumpa doktor. Doktor&staf kat sini semuanya baik2 tau, jumpa doktor terus abah bgtau xnak wat pembedahan nasib baik doktor xmarah cuma dia pesan makan ubat, kalau rasa jantung sakit@lemah terus g hospital terdekat. Pkl1.15 kitaorang terus balik rumah. Oh ye, UNTUK pengetahuan korang kadar parking Kat IJN ni RM15 per entry, kalau parking kat luar RM3per entry.
Salam sejahtera & salam 1 Malaysia.
Hari ni malas nak g mne2 sudahnye duk berehat je kat rumah, Ade masa terluang kita masak pastu makan(membesokan diri).
Kan n3 ritu Cikna de bgtau nak g kenduri kawin mmbr Kat bera kn. Semalam tepat pukul11, si dia terpacak depan rumah...jgn kata dia ni tepati janji....padahal dia dah lewat 1/2jam tau, klmrin dia juga yg jnji nak jmpt pkl10.30 sdhnye pkl11 baru sampai, rumah kitaorang xjauh pun mmg xblh bg alasan jammed ke sesat ke hape tapi rupa2nya boleh pulak dia bantai g cuci kereta dulu....kena hujan kotor gak, si dia apalagi sumpah seranah la Cikna cuma gelakkan je,hahaa.....
Jalan ke Bera boleh tahan la, Pkl12.35 kami sampai jugak Kat rumah member Cikna, nak masuk pun takut2 je...pernah datang pun sekali je kot...papan tanda arah langsung xde,bunga manggar pun xberapa nak ade nasib baik la bawa kat jemputan tu pun redha je la, kami siap berenti tepi tanya arah jalan kat penduduk kampung...tgk orang Bera pun xtau jalan kat Bera, nasib baik kete plat W so xmalu sangatla.... Cikna bgtau kat si dia "kalau salah rumah kita buat2 je la cam tu rumah member Cikna".....kebetulan selang 4biji RUMAH Ade jgk kenduri to xtau kndri ape... 3biji khemah, pelamin, meja makan beradap tapi suasana sunyi je boleh plak si dia bgtau "kita ni g kenduri tahlil ke"... Penyambut tetamu pun xde,kitaorang pun masuk main redah je la...beranikan diri masuk rumah nak hantar hadiah so ringan sikit tgn si dia...rupanya mmg betul tu rumah dia, pengantin dh b'siap pakai baju emerald green sory xdpt puji sebab Cikna anti hijau... bagi hadiah salam2 sikit, member ajak bergambar tp Cikna xmau la lama kot nak tggu dh la kita ni menumpang je, masa sampai tu pengantin xb'sanding pun lagi pdhal kalau ikut tentatif mjls b'sanding pkl12....bgtau mmbr mmg xdptla,pas makan trs balik sebab ade hal, sorry geng....(nak smbt b'day si dia)
G khemah, amik makanan...nasi putih, dalca, ayam masak merah&air Oren si dia makan nasi hujan panas, Cikna xminat lgpun Cikna hanya kenal nasi putih je,huhuu...10minit melantak kitaorang terus blah nak salam sambil menghulur xnmpk pun tuan rumahnye.... Dlm perjalanan ke kereta terserempak dgn rombongan pengantin lelaki tanpa paluan kompang pengantin berarak.... Kalau kat tempat Cikna jgn harapla macamni mmg meriah giler kot...Ade marhaban,Ade persembahan, paluan kompang yg boleh dgr 1 kampung, karaoke yg sentiasa melalak, DJ yang macam tebuan&tuan rumah kat depan khemah yang sentiasa menyambut para tetamu(tugas ni selalunye mak Cik&pak Cik yg peramah)
Nak balik awal lagi, si dia bawa ke star mall,mentakab....first time kot g sini & lepas ni xnak dah g sini...lawak plak rasanya nak masuk&keluar sini kne lalu kawasan perumahan... Cuaca panas kami beli air tebu&air kelapa cup besar RM2.50pcs, agak Mahal kot kat KL dlm cup yg sama baru RM2 je pun, lantaklah bape inggit pun jnji hilang dahaga lgpun jejantas dah menunggu kami... Star mall ni Ade 3tingkat, nak main bowling ti tgn sikit pulak so jalan2 sambil cuci mata je la nak tgk wayang mmg xsmpt mau tgh malam baru smpi rmh.... Mengamuk plak orang tua kami,takut2 pasni xdpt keizinan nak keluar plak,huhuu.... "Gatal kau Cikna"
Dah sampai temerloh kalau xbeli ikan patin&talapia sangkar mmg xsah la kan, sepanjang sungai pahang ni mmg bnyk gerai yang menjual ikan patin harga pun sama je sekilo rm15. Xmakan ikan patin, sudahnya beli ikan talapia 2ekor... sekor utk family cikna sekor lagi utk family si dia(amik hati la konon) Teringin nak masuk "Gobang maju" tapi kenyang lagi... Berenti Bera waterfront jap, amik gambar2 sikit sambil menikmati panorama SG. Pahang lgpun "abg long pernah cakap, jgn cakap hang pernah g mane2 kalau xde gambar"
Perut bekeroncong minta di isi kami ke pizza hut, sekeping pizza chicken supreme regular, bread stick, sup cendawan, 2cup air berkabonat&2 ulas kek(sambut bday harusla ade kek kan walaupun kecik je, sebab tu Cikna gunakan penjodoh bilangan "ulas"...) Sudahnye pkl8 baru sampai rumah, mummy tanya mana goodies bag, org xbg pun,hahaa.....;-)
Salam sejahtera & salam 1 Malaysia,
SEPERTI minggu2 dahulu pada setiap hari sabtu&ahad jam 9malam di siaran astro104 sebuah rancangan realiti iaitu Pelamin Fantasia disiarkan.
Ujian pada minggu ini ialah, peserta lelaki dikehendaki menyediakan kek setinggi 4tingkat menggunakan resepi Dari dato' Fadzli. Kali ini kumpulan dibahagi kepada 2 iaitu kumpulan raspberry yang diketuai oleh Hilas dan kumpulan blueberry diketuai oleh Azwar. Kedua-dua kumpulan dapat melaksanakan tugas dengan sebaiknya tapi nasib tidak menyebelahi kumpulan bleuberry dan secara automatiknye mereka akan melaksanakan cabaran studio. 2 terselamat dan 3 darinya melalui cabaran tekanan.
Akhirnya 2pasangan terkeluar UNTUK minggu INI iaitu pasangan azwar&lala serta pasangan naz & Una
Salam sejahtera & salam 1 Malaysia,
Selamat menyambut hari buat semua kecuali penganggur... Setiap tahun hari pekerja akan dirai bagi tahun ini hari pekerja akan dirai di Sarawak dan bertemakan "PEKERJA SIHAT, PRODUKTIVI MENINGKAT"
Seperti yang dah Cikna bgtau kat n3 sebelum ni, so pagi td dlm pkl9.30 kami gerak ke Pasar pagi,Bandar Seri Jempol, N.9. Bawa kereta sambil menyanyi salam kelajuan 80kmj akhirnya kami sampai dengan jayanya.
Memandangkan hari ni cuti hari pekerja,Cikna bgtau mummy hari ni mummy dapat cuti so xyah masak kita makan kat lua je.. Suri rumah pun dikira pekerjaan tau, Cuba kalau isi borang Kat bahagian pekerjaan mesti Ade "suri rumah" kan..
Sampai2 je kami terus meluru ke gerai febret kami untuk sarapan. OMG...mee goreng, bihun goreng, nasi lemak & nasi impit sumenya dah habis maklumlah pasar lagi Kali ni orang ramai dari biasa.... Sudahnye kami makan Soto, laksa, mee rojak, milo sis, kopi & air kosong total loss RM12.50 je.
Beli tu beli ni, sembang sana sembang sini mana taknye asal Jalan je mesti jumpa jiran2,huhuu.... Pastu kami g kedai borong Kat situ beli barang sikit, harga still ok la... Time untuk makan tengahari pulak, kami ke gerai majlis daerah Kat situ 3pinggan nasi, ayam masak merah, Kari kepala ikan, ikan goreng, sambal sotong, sayur kangkung, limau ais, teh ais&air kosong pastu kami bungkus sup ayam,sayur kubis masak lemak&ayam goreng untuk makan malam nanti total loss RM52.00 je.....,;-)
Pkl2 sampai rumah, kemas2 barang mandi solat pastu terus membuta,hahaaa......;-)