cikna136.Asia

!..Ciknanye deariest..!

Kadangkala..........kebetulan itu 1 titik kepada permulaan yang indah..;-)

Tabung E-Day

728 x 90 Lazada Malaysia

Derma untuk mangsa banjir

Pic dari Nuffnang

Nak menderma tapi xtau macam,  MERCY Malaysia adalah jawapannye. MERCY Malaysia sedang menjalankan kempen derma bagi mengumpul dana untuk mangsa-mangsa banjir. Sila lawati Laman MERCY Malaysia Facebook untuk maklumat lanjut tentang bagaimana anda boleh menderma dan memberi sumbangan dalam usaha menyelamatkan nyawa ini.


Berikut adalah badan-badan amal lain yang anda boleh menderma untuk serta di mana mereka menerima sumbangan kewangan dan bukan kewangan: https://www.malaysiakini.com/news/284682



Mungkin sedikit sebanyak derma dari kita ini akan membantu meringankan beban & memberikan sebuah senyuman buat mangsa2 banjir. 


"HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN" 

Kemas kini BR1M 2015

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia,

Buat penerima BR1M 2015 sudahkan anda mengemaskini data-data maklumat anda. Bagi sesiapa yang belum lagi mengemaskini sila klik sini E-BRIM 2015 sebelum terlambat. Apa yang Cikna perhatikan pengemaskinian data ini amatlah diperlukan untuk menyenangkan proses pembarayan BR1M nanti yang mana akan dimasukkan ke dalam akaun anda. Mudahkan, kerajaan umumkan duit dah masuk korang g je jolok kat mesin ATM xpayah b'sesak beratur amik cek pastu kena beratur lg utk g clearkan pulak. 

Jadual & tarikh pembayaran BR1M 2015
Kategori bujang anda dinasihat untuk mengemaskini no akaun bank, kategori isi rumah pula untuk mengemaskini no. akaun bank & maklumat waris. 


Simple GA Friendship Fridge Magnet

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,


Setelah sekian lamanya xjoin GA sorini Cikna sempat la join GA yg sangat simple ni, syarat dia pun mudah je sesape nak join meh klik sini Simple GA friendship FridgeMagnet ......;-)

Syarat-syarat ;-
1. Follow (klu baru follow bagitau follower ke berapa)
2. Buat N3, backlinkkan & komen
3. Pemenang by random.org
4. Tamat pada 31/12/2014 , 11.59pm (dilanjutkan jika perlu)

Pizza Percuma

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,

Waktu taip n3 ni hujan masih renyai2 dari pagi td tanpa henti. Tempat korang macamne, kalau yang berdepan ngan banjir tu hati2 ye. Jalan raya pun banyak yg dah berlopak ni.

Hari ni 'si dia' balik bercuti, so singgah la sekejap ke rumah jumpa family dlm masa yang sama nak jumpa Cikna la jgk kn,hehee....(nampak tak tahap kemiangan kitaorang). 'Si Dia' bukan dtg sesaje tau siap wat suprise lagi kot, 2bungkus pizza habuan utk Cikna&family.

'Si dia' siap pesan small box tu utk Cikna sbb takut Cikna gemuk, hampeh tol tp xpe la janji dia ikhlas&tunai janji. Tau tak macamne Cikna boleh dapat pizza free ni, korang ingat x Kes Cikna Menang Betting Piala Suzuki AFF 2014 ritu..

Pizza Extravaganza & BBQ Chicken by Domino
Siap bagi kupon diskaun lagi, ni la salah satu strategi menarik pelanggan yang paling berkesan....;-)

Besar ke kecik, xkisah pun janji free ye dak. Malam ni xmakan nasi dah kena s'slice pun kitaorang kenyang, Memandangkan banyak lagi lebihan, srpn pagi esok pun ngan pizza ni je la jawabnye....;-)

P/S : Jom g Domino,pizza dia sedap. Ade sale 50% & free small pizza tertakluk pada terma&syarat.

Mungkinkah wang bernilai sejuta milik anda

Salam sejahtera&salam 1 malaysia,

Sape yg ade Sijil Simpanan Premium sila angkat tangan, tahniah kerana telah membuat pelaburan yang bijak anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah utama bernilai rm1,000,000.00 dan hadiah2 lain antaranya kereta,tiket pelancongan, sijil simpanan premium & lain-lain.

Fiesta Cabutan Simpanan Sijil Premium 2014 akan diadakan pada 26&27 Disember 2014 di Bangsar Walk Mall,Kuala Lumpur. 4hari je lagi ni....;-)

Nak tau korang menang ke x klik sini CEK NAMA ANDA, MENANG KE TIDAK.


P/S : Kalau nak join masih sempat lagi ni, anda digalakkan menyimpan sehingga RM2k keatas untuk menikmati kadar faedah semasa. Pic xdpt nak masukkan hp problem la pulak.

Kalah belanja makan

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,

Tahniah buat pasukan Harimau Malaya kerana mara ke peringkat akhir Piala Suzuki AFF 2014 walaupun akhirnya kecundang ditangan pasukan thailand.

Take from MR.Google

Terus terang, Cikna mmg xminat dgn game bola sepak ni tapi bila 'si dia' berkali-kali tnye cikna pun layan kn aje walaupun berangin gak la masa tu. We all  siap b'taruh sape yg kalah kena blnje makan. Si dia semestinya akan memilih pasukan Harimau Malaya(boleh tahan hard core fan ni). Dah dia pilih HM, Cikna pun apa lagi pilih la pasukan thailand coz thailandkn pandai tomoi bknnye sbb pemain no.7 yg dikatakan hensem setanding Ronaldo, Cikna tgk dia biasa je pun xterasa pulak Ronaldo tu hensem cuma terbayangkan gigi mancung dia je,hehee.......;-)

Yeaaah, akhirnya kemenangan berpihak kpda Cikna. Rasakan, nak sngt beating ngan aku kn standby je la syg ye. Skunk ni Cikna menghitung waktu utk dibelanja bkn sekali tp 2 kali ok,.....;-)

Cuti-cuti Malaysia

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,

Kebetulan adik balik KL ptg smlm Cikna pun apa lagi tumpang la ikut skli,huhuu... jimat sikit duit tambang,hotel xyah tempah tumpang rumah adik je. Memandangkan adik kerja malam, Cikna pun berkurung je la kat rumah layan chanel 132 apalagi MLM le kita...

Pkl8.30 adik balik amik Cikna then kitaorg g srpn, makanan dgn harga memang berbaloi murah la tp xpaham nape org sllu kata harga makanan kt KL mahal. Lepas srpn adik hntr Cikna kt lrt wangsa maju. Tambang rm2.10 Cikna sampai ke lrt Masjid Jamek jam 10.35pg.

Tempat pertama yg dituju semestinye sogo dptla selai dua jeans&t'shirt(jauh menapak weiyhh,patutnye cikna kne ke lrt bandaraya). Seterusnya ke Muaz Textile, kalau g sini mata mmg rambang sama cam mata sesumpah pun ada. Shawl butterfly manik2 yg jdi trend skunk ni cuma rm9.80 kita pun apalagi rembat la...;-)

Sambung lg perjalanan ke Masjid India kat sini cuma window shopping.

Kemudian Cikna ke Petaling Street, beli 2 helai t'shirt 'i love kl' sbgi buah tgn la kononnye. Kt sini mmg bnyk tali pinggang, purse,beg@kasut yg b'gred tp kena hati2 takut t'tipu. Mana nk dapat barang lv,gucci, prada serendah rm10 kalau yg ori mau beribu.

Dh xtau ape nk d beli lg, balik la jwbnye, sekali lagi menapak ke puduraya pulak beli tiket naik bas KL-BAHAU dengan hanya RM12.00 je. Ulat tiket bnyk betul kt sini siap pegang2 kita lak tu,please la.

P/S : Cikna xrasa KL tu bndr yg selamat terlalu bnyk pendatang asing, kanak2 pendatang pun dikerah untuk bekerja.

Servis kerete dapat hadiah

Salam Sejahtera&Salam 1 Malaysia,

Untuk servis ke-5 ni Cikna xmo dh guna proton servis, merajuk tahap gaban dah ni. Berbulan tunggu call utk tukar barang yg rosak tp senyap bila kita call tolak sana tolak sini xkan la korang xde rekod problem customer. Dh la dia bg anggaran utk servis ke-5(major) dalam RM5++  xmasuk goverment tax lg tu.

Hujung bulan11 ritu Cikna g beli minyak hitam kat shell harga dalam RM125 beserta hadiah. Untuk Shell helix ultra hadiahnye jam  tangan G-Shock tapi Cikna xmo jam tu sbb tinggal warna hijau je Ciknakn alergik sikit ngan warna hijau ni so minta tukar dgn hadiah yg lain cashier tu bg la air tin ni ha. Dan akhirnya selamat dikekahkan kat anak sedara yg kebetulan balik baru2 ni. Masing2 bersorak "yeaa, Acikna belanja air KFC" tgk KFC jugak yg dapat nama.....;-(

Free gift dr pembelian minyak hitam Shell Helix Ultra
Petang semalam g servis kereta kat bengkel biasa je kat area Mahsan,N.9. Cikna cuma tukar minyak hitam, filter, wat aligment(abang long yg suruh sbb dia bawa rasa macam xbest Cikna bawa rasa happy je), chamber tayar kena bayar dalam RM63 je siap dpt free kalendar lagi.....;-) Filter dalam RM8, Chamber kena RM30, Aligment dalam RM18 & upah tukar minyak hitam dalam RM7. Cikna pernah tanya Aligment tayar kat servis proton bahau kena dalam RM22.

RM63 + RM125, Cikna rasa agak berbaloi sebab under budget tapi apa jadi lepas ni bawah tanggungjawab sendiri sebab kete tu dh xde waranty. 

Kempunan Cheese Cake

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Copy dr google
Cantik & menarik tak kek kat atas ni. Huwaaaa, kecewa sngt majlis nanti xdapat tempah Cheese Cake febret Cikna. Tukang buat kek balik kampung la pulak, memandangkan dia ni Cikgu so balik kampung memang lama nk buka sekolah baru dia balik sini. Cikna biasa makan kek cikgu ni sebab kalau kat sekolah de event mmg kitaorang akan tempah dgn dia je. Sedap & murah tau, mane nak dpt cheese cake & red velvet 850gram dengan harga RM35 je. Minggu lepas de la usha2 kat kedai bakery dia ambik RM40 utk 1/2kilo RM75 utk 1kilo(kopak duit den)


P/S : Ade sesape leh buatkan Cheese Cake@Red Velvet yg sedap dgn harga murah,hehee.....;-)




Tiada lagi CBOX

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,
Bermula hari ini, tiada lagi kotak CBOX di sini gara2 telah disalahgunakan. Sebarang info@pape hal sekali pun sila update di ruang komen ye,tq......;-)

Masa untuk berehat

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,

Hai all, hari ni adalah hari untuk Cikna berehat setelah menempuh perjalanan & memandu seorang diri selama 9jam (10pg - 7mlm) agak awal xmacam masa balik kampung ritu. Kitaorg terpaksa menempuh 6buah negeri baru smpi destinasi (penang,perak,selangor,KL,N.9 & pahang)

Nasib baik mummy&abah menjadi peneman setia walaupun ade masa tersengguk2x, aiman(anak sedara) membuta hampir sepanjang perjalanan. Asal bangun je mesti tanya 'kita dh ade kt mane,jauh lg ke'.

Nak cepat smpi la kononnye, Cikna cuma berhenti 4kali je. Asal turun kete, kaki mesti mengeletar. Pkl1.45 berhenti kat rnr tapah utk mkn tghri&solat, pkl3.50 berhenti kat rnr sg. buluh isi minyak, smpi ulu bendol dlm pkl5.15 singgah g solat& cari makanan jap(nak mandi manda tp xboleh sbb dlm tempoh pembaikan. Pkl6.35 singgah kat medan selera jempol tapau makanan,tepat pkl7 smpi rumah terus on tv tgk 'Bila Hati Berbicara' lepas solat baru kemas barang.

Xtau la sape driver, sampai2 je kat kerusi urut terus masukkn duit nak2 ade promosi lak tu. Cikna perasan kat RnR Tapah je yg ade promosi ni.

Al-Fatihah & Salam Takziah

Salam sejahtera&Salam 1 Malaysia,
Hari ke-2 di kampung, suasana masih segar tiada hujan yg menitis seperti selalu. Tiada aktiviti yg dilakukan hanya berehat mehilangkan penat menempuh perjalanan yg panjang. Makan tengahari memang mewah antara hidangan lauk pauk ialah ketam berlada, tom yam sea foad, butter prawn, ulam-ulaman & sambal belacan, mewahkan sebab pak su ni nelayan so bawa balik ketam, udang& ikan free je.Petangnye pulak pergi melawat kakak ipar sebelum beli la sikit buah2an sebagai buah tangan.

Jam 5ptg kami sampai di Hospital Seberang Jaya,Pulau Pinang. Kami masih menanti khabar berita. Petang semalam kakak ipar dah bukaan 3cm bila malam bukaan tutup kembali. Tghri td bukaan buka kembali dan dlm pkl 5.30ptg baby berjaya dilahirkan tapi nyawa tak panjang baby hanya 6bulan dan berat 300gram. Arwah sempat hidup selama 15minit je, kalau x dapat family kitaorang bertambah lagi seorang hero. 

Setelah selesai mandi&sembahyang arwah selamat dikebumikan pada jam 8.30malam. Al-fatihah

Tabah & sabar menantikan kehadiran orang baru

Arwah selamat diuruskan & bersedia utk dibawa pulang. 

Doktor sahkan kematian adalah disebabkan keguguran tapi yang peliknye arwah lahir normal dan sempat BERNYAWA.........???

Balik Kampung lagi

Salam sejahtera&salam 1Malaysia,

Alhamdulillah, akhirnya Cikna sekeluarga sampai juga ke kampung halaman. Kali ni Cikna terpaksa drive sowang sbb adik xdpt cuti. Mengantuk tahap dewa terpaksa dilawan dh la jalan asik jem, nasib baik mummy&abah xtdo klu x mau ke laut jawabnye.

Raya haji baru ni kami sekeluarga baru balik kampung, tp kali ni dpt call dr kampung nenek sakit dlm masa yg sama kakak ipar tumpah darah, kakak ke-2 keguguran anak ke-2,anak sedara bersunat lagi. 

Letihnye drive seorang diri 10jam jugak la dari rumah pkl9.30pagi sampai kampung pkl8malam , berenti pun cuma 4kali je. Sepanjang perjalanan Cikna hampir excident semuanya gara2 suka mencelah tanpa memberi signal. Agaknya signal diaorang rosak kot. Lg satu had lebuhraya 110kmj kn, Cikna bawa 110 pun ade lg yg laju siap  bg signal lampu tinggi lg. Alhamdulillah tok semakin sihat, kami menantikn khabar gembira dari kakar ipar pulak katanya dh masuk wad bersalin, yeaay nk dpt anak sdra lagi. Kakak ipar no.2 baru keguguran minggu lepas, banyak kali jugakla dia send wechat mengadu nasib yg Cikna lak xreti nk pujuk2 ni sdhnye suh mummy yg call pujuk dia.....;-(

Konsert Gegar Vaganza V/S Mentor Legend

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,
Siapa yg tengok rancangan realiti konsert gegar Vaganza @& mentor legend sila angkat tangan. Bila tiba malam ahad jam 9 mlm, automatik Cikna akan confuse nak memilih rancangan sebab semuanya best2 belaka.
Kat rumah ni de 3biji tv so xyah nk gaduh2 k, mummy & abah tgk mentor kat ruang tgh Cikna pulak tgk gegar vaganza kat ruang tamu tp bila iklan tukar channel gak,huhuu....;-)
Malam ni penyanyi Hasnol menjadi peserta pertama yg terkeluar gara2 xsihat...;-(

Pertandingan memasak ibu & anak

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia.
Pada petang yang mulia ini Cikna dengan sukacitanya menganjurkan Pertandingan Memasak Ibu&Anak. Selaras dengan tajuk semestinya peserta terdiri daripada ibu & anak sahaja.
Pada jam 4.00petang Cikna & Mummy masuk ke dapur kerana hanya kami yang bertanding,huhuu... Hakim&juri semestinya abah&adik yang adil lagi bijak sana.
Akhirnya inilah dia hasil masakan kami, mummy dengan kerepek ngaku nya Cikna dengan mee kungfu nya....^_^
P/S : bukanla p'tandingan ape pun cuma sekadar menjamu minum petang....;-)

Tiada Lagi Subsidi Minyak RON95 & Diesel

Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Berita baik buat rakyat jelata bermula 1 Disember 2014 Ron95 & diesel juga akan diapungkan sama seperti Ron97.  Kini harga bagi seliter Ron95 ialah RM2.30, Ron97 ialah RM2.50 & Diesel pula RM2.20 seliter. Tiada lagi subsidi ok. 
Bila diapungkan maknanya harga minyak juga turut akan terapung, mungkin akan naik & mungkin akan turun.

Bila tgk pada harga minyak skunk ni Cikna akan pilih RON97. Orang kata minyaknya lebih bagus utk kenderaan,betul ke...???

P/S : Maaf andai salah, xmo komen bnyk2, kesimpulannya standby je la duit korang, xpun jom kita start naik basikal macam ngra maju yg lain....^_^

Permainan Dalaman

Salam sejahtera&Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah, akhirnya bdk2 ni b'jaya jgk m'jawab peperiksaan akhir tahun. Exam diaorg terpaksa ditunda gara2 Karnival Kesenian&Kebudayaan PPKI peringkat negeri yg diadakan di Muzium Sultan Abu Bakar,Pekan ritu.

Exam dh habis, cikgu2 pun bz menanda kertas so bdk2 ni pun apa lagi minta main saidina, batu seremban, dam ular, dam kereta,bowling dll... Mmg nampak mcm main je tp dlm masa yg sama tu adalah salah satu pembelajaran.

Macam jumaat minggu lepas, lepas je sesi bacaan yaasin terus je main saidina g rehat kejap terus sambung main sampai balik...^_^

Waktu Melawat Hospital Jempol

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,

Hari ni Cikna nak kongsikan masa melawat di Hospital Jempol, Negeri Sembilan. Rasanya waktu melawat kat hospital kerajaan di Malaysia ni berbeza, klu salah maafkan saya yg xb'kerja di bidang kesihatan ni...;-) 

Memandangkan kat rumah pun xde sesape, asal habis je waktu kerja kat sini la tempat Cikna melepak selama 3-4hari ni.Hospital ni best tau selesa je cam duk hospital swasta siap de ruang tgk tv lg. Rasa cam duk hotel pun ade....;-)

Alhamdulillah, hari ni adalah hari terakhir leh lepak2 kat sini sebab Abah Cikna dh boleh keluar, surat keluar hospital xsiap lg tp kitaorg dah siap berkemas. Tak nak lak abah tangguh ye cam waktu masuk ritu Abah minta tangguh masuk wad .....;-)


P/S : Nak singgah Pizza Hut,Bahau ni...;-)

Masuk wad lagi

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,

Setelah sekian lama tertangguh DUE CHECK UP, pagi smlm mnta kua awal nk bawa abah g jumpa doktor pakar kat Hospital Jempol. Berbekal pemanduan yg berhemah akhirnya dalam pkl 11.30pg sampai, orang macam biasa la ramai tp rasanya ramai yg menunggu berbanding pesakit. Siap jumpa pakar pkl 1.45ptg tu belum cuci luka lagi sebab nurse g rehat(pkl1-2ptg). Nurse kat kaunter pendaftaran suggestkn kitaorang g mkn dulu smtra tggu habis waktu rehat, ok gak tu family kitaorang biasa makan awal klu pkl 1.45ptg tu dh kira lewat sngt.  Dah siap mkn&solat baru bawa abah g cuci luka.

Pkl2.45 abah kena g kecemasan amik darah&xray, abah suspek jantung bengkak. Padan la abah semput,kaki pun sllu bengkak. U know what, bila dktr suh abah admit wad, abah siap mnta tunda. Abah mmg xsuka msk wad lgpun dulukn abah pernah bermastautin selama sebulan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Semoga abah cepat sembuh, xsanggup tgk wayar berselirat kat badan abah....;-(

Karnival Kesenian & Kebudayaan PPKI

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah majlis dpt diselesaikan walaupun t'dgr2 rasa ketidakpuasan, sakit hati, ralat&kecewa dr bnyk pihak. Macam biasa la "Rumah Siap Pahat Berbunyi"

Kontigen bera hanya mendapat saguhati utk acara tarian. Dan seperti yg dijangka kontigen kuantan menyapu bersih bg setiap acara.  Acara yang dipertanding ialah Tarian, Nyanyian solo & duet, Kraftangan & mewarna batik. Tahniah diucapkn semoga m'bawa kemenangan di peringkat Negeri pula pd bln dpn.... 

Di akhir majlis, Trisha Idola Kecil diundang menyanyi 2buah lagu diiringi sebuah band, Suara xyah cakap mmg best tp kn baru tau Trisha ni orang Pahang, sekolah kat SK Terentang, Pekan, Pahang^_^

Datang utk rehearsal tp layan b'gambar dulu......;-)
Sebelum menari b'gambar dulu, apasal cikgu yg sowang ni sekerat je(nasib kau lah,xdapek nk tolong)

Antara hasil kraftangan

P/S : Jangan lupa saksikan pertandingan peringkat Negeri di Legoland, Johor.....;-)

Latihan tarian peringkat Negeri

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah sekali lagi sklh kami diberi kepercayaan utk menyertai Karnival kesenian & kebudayaan di Muzium Sultan Abu Bakar,Pekan pada 7-8/11/2014.

Memandang surat lambat diterima, kami terpaksa mengerah tenaga murid2. Latihan dilakukan pada waktu PnP & setiap petang. Guru2 pula menyediakan prop seperti wau, veil, bunga tangan, hiasan songkok, brooch dll. Tukang sapu dikerah juga, sudahnye baju, seluar, kain & samping dpt disiapkan dalam tempoh 7hari.

P/S : Doakan kejayaan kami, klu menang blh ke legoland...;-)

Beli tanah murah

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia,

Memandangkan semalam Pahang dapat cuti peristiwa sempena kemenangan bola sepak ke atas pasukan Johor so cikna mempergunakan cuti yg diberi dgn sebaik mungkin.

Seawal jam 9pagi mummy dah buat temujanji,dahsyat x. Mummy ajak g bahau teman cari tanah & bunga. Sebagai anak yg menurut kata jam 3ptg kami bergerak ke bahau.

Destinasi kami ke Baku Nursery berhadapan dengan SMK Datuk Mansor. Kat sini macam2 ade tau start dr pokok, pasu, baja, tanah, brng2 landskap dll. Rambang mata sekejap tp akhirnya Mummy tersedar dr impian sudahnya cuma beli pokok janda kaya yg berharga RM7 & tanah 4 pek hanya RM5 klu kt tempat lain 3 peket RM5.

Destinasi seterusnya ke Pasaraya Econsave nak cari barang dapur&domino yg baru buka kat bahau, domino kat bahau ni macam tersorok sikit klu nak senang cari masjid india@pun sebelah kedai ceria 99. Memandangkan purse pun makin menipis ape lagi balik la jwbnye...;-)

P/S : Next year menang lagi ye, 3thn b'turut pun ok kot imbuhan mesti lg best ye dak....;-)

Pahang menang Piala FA dapat cuti

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,

Semalam pasukan Pahang telah mengalah pasukan Johor dengan mata 5-3, tok gajah menang bergaya la nampaknye. Sebelum ni pasukan pahang telah mengalahkan pasukan kedah.

Berkat di atas kemenangan tersebut MB Pahang telah mengisytiharkan Isnin ni cuti peristiwa bagi negeri pahang kecuali bagi pegawai, guru & pelajar2 yang menduduki SPM 2014.

P/S : ritu teman si dia tgk bola blh plak terlelap next time jgn seksa org lg ye....^_^

Bilik anak dara diceroboh

Salam sejahtera& salam 1 malaysia..

Gerun tak baca tajuk n3 Cikna. Perkara ni baru je berlaku dalam 2hari lepas.

Sebenarnye mummy ade panggil tukang kayu utk betulkan syiling yg pecah gara2 seekor kucing. Nasib baik kucing tu xjatuh atas muka Cikna sebab Cikna tgh baring2 sambil baca novel kat sofa bed.

Alang2 panggil tukang utk betulkn syiling yg sekeping tu Cikna pun suggest dekat mummy&abah nk bilik air kat dalam bilik tidur(privacy giler kot)

Mummy&abah bagi kebenaran tapi dengan syarat semua barang dengan upah Cikna yg kena tanggung sendiri,huwaaa...habieh gaji den 2bln dh la brng binaan mahal skunk ni,tp demi bilik air tu Cikna rela berkorban,huhuu...;-)

Segala macam baju, seluar dll terpaksa la kena angkut kat bilik sebelah, so selagi xsiap kat situ la tempat Cikna beradu...>_<

P/S : Jom kita b'blogwalking bg m'eratkan tali silaturrahim...;-)

Samsung Galaxy Note 3 Untuk Dimenangi

Salam sejahtera semua, dah mkn tenghari belum...???
Bagi pemegang kad BonusLink yang menerima poskad, Hanya dengan SMS ke dan menang sebelum 31 oktober 2014 anda layak untuk memenangi sebuah Samsung Galaxy Note3 bagi 5 pemenang & 1000 mata ganjaran bonuslink untuk 200 pemenang.
Langkah pertama jawab soalan apakah slogan BonusLink, sms penyertaan beserta no.kad dan jawapan yg betul.
    *** contoh sms ***
BL<jarak>16 DIGIT NOMBOR KAD BONUSLINK<jarak>A,B@C
Pemenang akan diumumkan pada 14/11/2014 di laman web http://www.bonuslink.com.my

P/S : Good luck&all d best, jawapan pun diberi tu......^_^

Untunglah di zaman teknologi

Salam sejahtera semuanya...
Buka tv pagi ni terasa pelik je, pagi td tgk rancangan selamat pagi malaysia, tengahari pulak tengok rancangan wanita hari ini semuanya wish 'happy deepavali' pada hari esok... aikk,bkn ke deepavali hari khamis(23/10/2014)
Dalam pkl3,jiran dtg hntr buah betik smbl sembang2 tu mummy bgtau esok nk kne g hospital abah ade temu janji dgn pakar. Kak esokkan deepavali ade ke doktornye,kalendar salah tu... Ha,macamne kalendar boleh salah Dengar je kenyataan tu trs Cikna call hospital jempol (06-4592000) Atas sebab kesilapan teknikal tarikh postpone ke minggu depan. Untungkan kat zaman teknologi ni kalau x letih je cikna sok g

Zurich Insurance Contast

CAMPAIGN
BLOG
START DATE
STATUS
Proton PCC
Ciknanye Belog
26 Sep 2014
On Going
SUNSILK Silhouette
Ciknanye Belog
01 Oct 2014
On Going
RHB Now - Let's Transact ...
Ciknanye Belog
01 Oct 2014
On Going
SUNSILK Silhouette
Ciknanye Belog
01 Oct 2014
On Going
Sime Darby LPGA 2014 (PC)
Ciknanye Belog
09 Oct 2014
On Going
Sime Darby LPGA 2014 (PC)
Ciknanye Belog
09 Oct 2014
On Going
LAMIDO Digital Campaign
Ciknanye Belog
10 Oct 2014
On Going
Zurich Insurance Contest ...
Ciknanye Belog
11 Oct 2014
On Going
Zurich Insurance Contest ...
Ciknanye Belog
11 Oct 2014
On Going

Alhamdulillah, CPUV ke-14 sudi bertandang ke sini. Iklan berkenaan Zurich Insurance Contest, sesape yang nampak iklan ni silakan la klik ti boleh join contest....;-)

CPUV menari di sini

Alhamdulillah, cek akaun masih ade CPUV yang masih sudi menari&melekat di blog Cikna ni. Jutaan terima buat pihak Nuffnang, RHB, Sunsilk, Sime Darby&LAMIDO.....^_^


P/S : Nampak iklan kat sini jgn lupa klik ye, mungkin ade info@diskaun menarik menanti anda...... KLIK JANGAN TAK KLIK......;-)

GivEawAy BiRthdAy YoU aLLs


13 JUN (13/6)

Tempoh Mega : 01102014 - 30092015 (setahun)
Nama, alamat, no.hp& URL sila submit ke are.cheek.watie@gmail.com

P/S : Misi m'bayar hutang dah selesai, petang xde blogwalking mau tgk pembentangan bajet......^_^

Segmen Bersiri #1: Nak URL Please Bersama Ibuhana.com

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,


Segmen Bersiri #1: Nak URL Please Bersama Ibuhana.com ini bermula pada jam 8.30 pagi 9 Oktober 2014 sehingga 11.59 malam 16 Oktober 2014. Menawarkan hadiah berupa 1 canister ESP yang mempunyai pelbagai khasiat (klik sini)  dan sesuai untuk seisi keluarga.


Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhuwah sesama blogger dan berkenalan di antara satu sama lain serta dapat juga saya membantu mereka yang tidak pernah mengambil ESP shaklee, merasai nikmat yang telah saya rasai. 


Semua blogger dijemput join untuk menyertai segmen bersiri ini.


Syarat-syaratnya:

1. Wajib follow blog Ibuhana.com
2. Buat entri bertajuk Segmen Bersiri #1: Nak URL Please Bersama Ibuhana.com
3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.


Hanya 1 pemenang yang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumum pada 20 Oktober 2014.


Good luck semua!

Pesanan: Klik pada BANNER untuk join







Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang bermula pada jam 9.30 pagi 9 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 28 Oktober 2014.Sepuluh blogger bertuah akan dipilih untuk memenangi Template Eksklusif untuk Bloglist dari cikkumbang.

Semua blogger dijemput untuk menyertai Giveaway ini sambil berkenalan sesama blogger.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow Blog Sponsor
CikKumbangAzhafizahSyiraLokmanDayangDeno

2. Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish.

5. Make sure korang tinggalkan link entri di ruangan komen INI & nyatakan Bulan Kelahiran korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist mengikut Bulan Kelahiran plus boleh wish birthday nanti (x__X)

TARIKH TAMAT: 28 Oktober 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

Good luck!
Bulan Kelahiran : Jun

Membeli belah di Kemboja & persiapan Aidiladha

Salam sejahtera semuanya...;-)

Amacam tajuk n3 Cikna nampak cam orang kaya tak,huahahaaa... pasport pun xde camne nk g luar negara.

Semalam Cikna minta halfday, pkl12 terus gerak balik Perak. Berhenti sekejap kat Ulu Bendul Mummy bising perut dia dh lapar xnak mkn kat rumah sebab xde selera, layankan aje....;-) Dari rumah sampai ke RnR Rawang Cikna drive pastu adik terus ambik alih smpi la ke kampung halaman. Kali ni kami xb'henti kat RnR Tapah tapi kat RnR RTC Ipoh, siap leh shopping coz de psrya Mydin...

Duit tol RM46.++ & duit minyak dlm RM65 kami sampai dgn jayanya ke kampung halaman pd pukul 10mlm. Agak lewat sebab jln jem, hujan & b'hnti berehat yg agak lama,huhuu....^_^

Hujan lebat gila masa ni, seb baik adik yg bawa.....;-)

Kami tidak lagi ke RnR tapah tp ke RnR RTC Ipoh yang memenuhi citarasa pengguna....^_^

Bangun pagi ni hujan lebat tpi surut jgk akhirnya pd jam 9pagi. Yes, boleh shopping... Yg lain xmo ikut so Cikna b'2 je ngan mummy,huhuu....;-)

Kampung Cikna kat Sg. Bakau, Perak so nak ke sini naik kereta dlm 5minit je. Nak cari Pasar Kemboja ni senang je cari SK Permatang Tok Mahat. Kat sinikorang boleh shopping kat 2negeri sekali gus iaitu Pulau pinang&Perak hanya sebatang jalan yang memisahkan 2 negeri ni. 

Kalau dulu Pasar Kemboja ni seminggu tiga kali tapi kali ni seminggu sekali je iaitu hari sabtu sejak diganggu oleh orang yg b'kenaan. Pasar ni majoriti dimonopili oleh orang kemboja sebab tu di panggil Pasar Kemboja. Ape yg Cikna perasan pasar ni lebih teratur tiada lagi b'niaga di bawah rumah. Harga memang kaw2 punya best, nak2 kalau beli borong. Sampai2 je kat sini mata automatik cam sesumpah,huahahaa. Cikna&mummy m'habiskan masa 3jam di sini, duit pun m'alir macam air terjun je. 

Parking kalau dulu free je tp skunk ni dh kena bayar sekali parking RM3, nk free parking la kat tepi2 jalan tu pun kalau ade xpun masuk kat laluan nak ke kuarters guru. Kedai makan & tandas ade disediakan. Yang lelaki xmo shopping leh la menghilangkan persaan bosan kat kedai makan yang ade kat situ harga makan pun boleh tahan murah Air teh ais baru RM1.30 je kalau kat sini dah RM2.00
Parking saje dekat 1kilometer ( sempadan antara penang&perak)

Murah2 klu beli borong mau juling mata, Telekung lycra kosong RM10 sepasang, Telekung lycra berenda RM40 sepasang Tudung serendah RM5 ke atas, Blouse, seluar & skirt RM20 ke atas....;-)

Petang ni pulak misi utk m'yediakan juadah utk esok, kerja Cikna potong2&kacau rendang dlm kuali atleast de la jgk sumbangan di situ... misi malam ni edisi utk muda mudi apalagi merambu kat bandar parit buntar, sepupu ajak outing mkn2&shopping kat mydin yg baru buka bln7 thn ni,hehee...;-)
P/S Salam Aidiladha utk semua warga Malaysia.
Bertungkus lumus ni terpaksa tunjuk tangan kiri sebab tgn kanan amik gambar,huhuu...

Sekuali Rendang untuk hidangan Aidiladha yg m'dapat sentuhan tgn Cikna(mak mertua tengok la ni).....^_^

misi malam ni edisi utk muda mudi apalagi merambu kat bandar parit buntar, sepupu ajak outing mkn2&shopping kat mydin yg baru buka bln7 thn ni,hehee...;-)

P/S Salam Aidiladha utk semua warga Malaysia.

Tips buat bakal pengantin

Salam sejahtera semuanya.....

Tercetusnya idea untuk buat entri kali ni adalah berdasarkan pengalaman Cikna sendiri. Alhamdulillah, peringkat pertama telah selesai dengan penuh kekalutan gara2 suprise la kononnye, Peringkat ke-2 & ke-3 mungkin akan menyusul.....;-)

Semalam si dia cuti so lps wktu kerja kitaorg keluar, hajat di hati nk tgk wayang tp cerita semuanya xmenarik minat so kitaorg putuskan utk mkn&usha2 bridal wlupun mjls lambat lg,hehee...^_^

Bridal pertama yang kitaorang g kat bahau, huishh..mahal giler kot over bugdet. Paling murah pun pakej photo RM650, kos pengangkutan tambah RM150 berat na kamera ko sampai tahap angkut guna kontena gak eyhh.... sllunye pergi balik bahau naik kete RM15 je pun.

Pengusharan diteruskan ke serting dekat dgn simpang je kedai ni, owner bridal tu memang peramah tapi sayang boleh pulak dia marah kita gara2 Cikna bgtau mjls lmbt lg(3bln kot) Sentap tau, terus hilang feel, sudahnye ajak si dia g makan. Masa makan Cikna bgtau senang2 buat sendiri je la tapi simple2 je kot cuma make up kena cari yg pakar. Dia setuju je cuma takut Cikna la yang penat. Semuanya bisa di atur.....;-)

"Idea xkeluar lagi ni, yang keluar semuanya tanda soal je....."

Ok, antara tips-tips yang cikna nak share ialah;-
* Tetapkan tarikh, budget&tema
  - Ni yang paling penting.
* Pastikan tempahan dibuat 7bulan sebelum majlis.
   - Senang Mak Andam nak adjust2 tarikh, maklumla takut jadual bertindih dgn yg lain. Tapi kalau majlis           xjadi agak2 deposit tu diaorang pulangkan x....;-)
* Kenalpasti &uji alat mekap(pastikan bukan tiruan)
   - Gambar boleh edit, kalau nakkan kepuasan suh je mak/pak andam tu mekapkan dulu tapi jangan segan         keluarkan bayaran.
* Kenalpasti jurumekap
   - Takut dapat pak andam, sesetengah orang sensitif bab2 macamni.

Selamat bergembira semuanya...;-)

Proton PCC & SENHENG Online Store

Alhamdulillah, hari ni cek ade lagi CPUV yang sudi melekat kat sini. Jutaan terima kasih kepada pihak Nuffnang, Proton & Senheng untuk CPUV yg ke-8&ke-9.

Pihak proton macam tau2 je Cikna g walking kat Showroom Proton Bahau sabtu lepas. Senheng xdapat g sebab kat bahau ni xde, bila agaknye nk ade cawangan kat sini ye.
Akaun Cikna dah kosong sebab tunggu first payment dari pihak Nuffnang.

Dah test drive, bergambar la sekejap...(nasib baik manual dpt merasa nikmatnya memandu)


Tengok kemasan tempat duduk kulit tu,cantikkan... Suka kat Iriz Limited ni tapi auto la plak, so tumpang duduk je la....;-)

P/S : Kalau nampak iklan2 yang ada kat blog ni sila la tekan ye, boleh dapat info&promosi dr syarikat berkenaan tau&bantu tingkatkan tabung tunang Cikna,huhuu....;-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...