cikna136.Asia

!..Ciknanye deariest..!

Kadangkala..........kebetulan itu 1 titik kepada permulaan yang indah..;-)

Tabung E-Day

728 x 90 Lazada Malaysia

Cuti Raya Khas Buat Penjawat Awam

salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Balik kerja terus on tv, layanla bibik-bibikku sekejap then terus sambung dengan Buletin jam 1.30. Alhamdulillah, sekiranya  1 syawal jatuh pada 6/6/12 makanya ada berita baik buat semua Penjawat Awam iaitu akan diberikan cuti Khas. Kalau ada yang dah isi borang/hrmis sila la delete ye.


P/S : Sekolah pun dah maklumkan esok boleh balik awal 11pagi....;-)

Kantoi dengan mertua

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,

Minggu ni giliran cikna ke rumah 'si dia' tapi mengenangkan petang ahad nak gerak ke KL, cikna minta dia yang balik sini. Kelmarin kami berbuka kat rumah family cikna & bersahur pulak kat rumah mertua(fair&square gitu).

Kalau kat rumah cikna mummy dah tau waktu sahur cikna pukul bape, tepat jam 4.55pagi akan berbunyilah alarm golek-golek dulu betulkan urat pukul 5pagi baru bersahur. Kat rumah mummy yang sediakan cikna cuma duk kat kerusi makan je tapi kalau kat rumah mertua tak kan nak buat macamtu seganla pulakkan. Malam tu sebelum tido cikna siap bagitau 'si dia' esok kita bangun pukul 4.45pagi bolehla cikna tolong cedokkan nasi,biat air ke, 'si dia' pun setuju. Tengah best tido tiba-tiba terdengar ada orang ketuk pintu, bila tengok jam masa tu.... Ya ampun, pukul 5.05pagi rupanya, apalagi kelam kabut la kami bangun,huhuu... kat meja makan semua dah berkumpul, malunya...
 
Cek telefon rupa-rupanya cikna tak tick hari sabtu,padanla alarm xberbunyi,huhuuu.....



Pengalaman kali pertama berpuasa dan bersahur bersama suami

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia kami&kuatkan jodoh kami. Ramadan tahun ni merupakan Ramadan yang pertama buat kami setelah bergelar suami isteri.

Untuk tahun ni cikna korbankan cuti sehari demi nak merasai pengalaman ni, nasib baik 'si dia' sokong cikna amik cuti bg dia cuti guna bila perlu je....

Kali ni cikna baru tau macamne perasaan mummy bangun pagi2 sediakan sahur,kejutkan kami adik beradik. Kalau stay kat rumah dgn abah&mummy pukul5 pagi baru cikna bangun tapi untuk kali ni setelah bergelar isteri seawal pukul4 dah kena bangun. Masak nasi + sediakan teh 'o', nasib baik ikan bawal sweet&sour dah masak malam tu kalau x maunye kne bangun pkl3pagi. Gambar pun xsempat nak ambik,huhuu... Di sini seawal jam 5pagi akan ade suara yang mengejutkan sahur anda,sape lagi kalau bukan tok imam dan akan dialunkan nasyid serta ayat-ayat al-quran sehingga azan berkumandang.


Marhaban Ya Ramadhan

'si dia' teringin air tebu,, petang tu dia offer cikna g bazaar cikna pun apelagi punyala happy seawal jam 4.45 dah siap padahal nak g bazaar pukul6,hehee... Dalam kete 'si dia' pesan jgn beli banyak kawal nafsu. Ting' cikna dapat idea, ok kita buat game kat bazaar ti jgn belanja lebih rm10, sape kalah kena belanja kek secret recepi... Bazaar kat Bandar keratong,Pahang ni harga masih didalam kategori mampu milik mana tak nye masih ade yang jual kuih muih 3biji rm1, air buah-buahan rm2 sebungkus, ayam percik rm2, laksa,bihun sup,mee kari rm2 sebungkus.

*Belanja si dia
-Murtabak ayam RM3
-Otak-otak RM3 utk 5pcs
(Xjadi beli air tebu sebab warnanye pudar,takut xsedap)
*Belanja Cikna
-Jelly kelapa RM2 utk 2pcs
-Omelet ayam RM1.50
-kuih muih RM2 utk 6pcs
-Steamboat celup RM3 utk 15cucuk

Xde tang menang xde yang kalah, kami melantak sampai tersandar.... minuman berbuka cikna buatkan air laici ais&air laici kang ais....;-)

Baru batch pertama.

Selepas maghrib&isyak kami makan nasi ayam homemade by cikna, request by 'si dia' bertambah la jugak, cuma cikna xberapa lalu sangat perut meragam dari kelmarin lagi sudahnye selesai je makan secara automatiknye cikna mengeluarkan semula. Peritnye tekak, terus cari sesuatu yang masam.

Batch ke-2, Nasi Ayam in the house

Macam biasa pukul 12 baru masuk tido, pukul 4.30 bangun semula, masam nasi putih+teh'o' panas. Lauk cuma sup ayam+tofu telur masak tiram. Solat, kemas rumah, sidai baju jam 8pagi cikna gerak masuk kerja.

Balik rumah, lepas asar barula masuk dapur masak-masak dengan mummy, sahur plak pukul 5pg baru bangun..... btw selamat menjalani ibadah puasa




Posted via Blogaway

Kakitangan Awam & Pesara Terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, untuk hari ni dah masuk hari ke-3 kita selamat menjalani ibadah puasa dibulan Ramadan. Oh ye, masih berbaki sebanyak 27 hari lagi ye...

Seperti biasa tepat jam 8malam cikna sekeluarga akan tercongok tengok berita di tv3. Dan tanpa disangka2 pengumuman yang mampu memberikan senyuman buat Kaki tangan Awam&Pesara iaitu akan menerima Bantuan Khas Kewangan pada hari isnin,13.6.2016 (tarikh birthday Cikna). Kaki tangan Awam mereka akan menerima bonus RM500.00 manakala Pesara pula akan menerima RM250.00



Posted via Blogaway

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Negeri Pahang


Salam sejahtera & salam 1 Malaysia.

Korang ade dengar pengumuman puasa x, alhamdulillah esok umat Islam akan mula berpuasa. Bagi mak-mak mesti dah ade yang xtau nak masak ape untuk sahur esokkan. Sahur cikna & sidia simple je cuma "nasi putih, sayur campur, bawal sweet&sour+air teh. Sebelum masuk tido cikna kongsikan sedikit maklumat iaitu jadual waktu imsak&waktu berbuka puasa bagi daerah Bera, Pahang pada tahun 1437H/2016M.

Ok lah cikna nak tido dah ni sok nak kena bangun awal sebabnya mummy xde nak tolong sediakan semuanya. Doakan kami mudah bangun awal ye, semoga kami xterbabas.



Bonus sebulan gaji kepada penjawat awam pada lebaran ini

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Sedikit info dari sumber "kosmo 1/6/2016". Alhamdulillah, jika persetujuan ini dicapai....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...