Salam sejahtera & salam 1 Malaysia
Pe kabo awok2 sume, udoh makan ke belum... Kepada yang xmakan lagi g la cari makanan cepat sebelum perut2 awok masuk angin ti lain pulok jadinye... Kepada yg tengah makan pop corn caramel macam Cikna skunk ni bagus, makan sampai kenyang yerk...;-)
Setelah 4hari bercuti, masuk je kerja macam biasa la tahap bosannye yang mencapai tahap maksima. "..... Wednesday blues, thursday blues....."
JUMAAT
Petang jumaat lepas, start dari RnR senawang hingga ke Nilai jalan jem giler sampai kena buka 5lorong tu jem gak dah la Cikna guna kereta manual... rupa2nya ada excident alphard putih langgar treler, Pkl9 sampai kg abah, kami tukar rancangan xjadi g SP sebab, "punggung kebas pinggang rapuh". Paru2 abah macam dah berair semula tapi abah still nak balik kg gak& alhamdulillah abah dapat bertahan.
SABTU
Pkl9 pagi kami janji nak gerak ke Sungai Petani(SP), tapi disebabkan janji melayu pkl10 baru la stereng kereta dipusingkan, konvoi 3biji kereta(kereta Cikna, kereta abg long&kereta abg ngah). Pkl11.15 keadaan masih sunyi sepi kami la orang pertama yang merasmikan Kenduri sepupu. Makanan biasa2 je tapi kalau dah orang kedah memang takkan lari dari Gulai daging kawah batang pisang. Kitaorang stay up kat sini smpi majlis selesai maklum la kami sampai lambat sepupu&sedara mara yang lain dah ke sana petang jumaat. Masa kami balik xde salam pun ngan pengantin sebab pengantin awal2 lagi dah lari g bergambar kot. Ade gak la yang berbunyi " TAKKAN BERGAMBAR DARI PUKUL 5PETANG-PUKUL 9MALAM ". Pkl9mlm kami b'gerak ke Sg. bakau kg sebelah mummy, pkl10 sampai mandi, solat & tido disebabkan terlalu letih hujan lebat pun xsedar.
AHAD
Pak su Cikna seorang Nelayan, makanan kat sini mmg sedap kot. hari ni sotong, esok ketam & udang lak. ikan beso2 lak tu. Disebabkan cuaca cerah ikan2 yang kecik ni diaorang jemur buat ikan kering. Mummy&mak su la tukang siang ikan sebab Cikna xreti siang ikan kecuali ikan bilis.
Pagi Ahad g pasar kat Titi serong, letih kaki melangkah pasar dia besa tapi puas hati macam2 ada kat sini. Motif gi pasar cuma 1 je mummy nak beli belacan jiran2 kirim, belacan kat sini sedap tau warna pun cantik je. Masuk pasar melenggang je, bila kua dr pasar masing2 meleret sbb tgn penuh ngan plastik,huhuu.....;-)
Tengahari abang long buat kenduri arwah anak dia yang meninggal baru ni. Petang lak g shopping pasar kemboja yang lebih teratur dan selesa, nasib baik abang ngah & kakak ipar sanggup melayan adik dia yang kaki jalan&kaki shopping barang2 murah. Kat sini Cikna beli tudung instand tebal RM15, kemeja RM20, t'shirt RM20 & dress RM28, murah x.....???
ISNIN
Mak Su&Pak Su kerja, sepupu sekolah so terpaksa lah Cikna & mummy memasak dr pagi sampai tengahari pastu kemas baju nak balik KL, adik lak jaga abah&tok. Pkl4 kitaorang gerak sampai KL pukul9.30mlm, lama gilerkan mana taknye jalan bnyk tutup pastu hujan sepanjang jalan dari pekan Parit Buntar sampai ke KL. KItaorang cuma berhenti kat RnR tapah isi minyak&tukar pemandu. Makan malam tu kitaorang bungkus&kongsi je. 2bungkus nasi, tom yam campur, sotong celup tepung, telur dadar, kopi panas & teh ais. 4orang dewasa dengan 2bungkus nasi tu pun xhabis...;-(
SELASA
Hari Selasa, selesai sarapan dlm pkl9.45 kitaorang gerak ke IJN sebab abah ade temu janji pkl10.30 pagi tapi Cikna xdapat ikut sebab Cikna nak kena ambil sample kain kat Zoho Zetapark Festival City. Parking kat IJN sekali masuk RM15.00 kena bayar, kalau korang bnyk duit blhla masuk 2,3 kali ye. Korang bayangkan betapa lamanya Cikna seorang diri kat Festival City dari 1 cafe ke 1 cafe Cikna duduk, mall tu siap boleh tawaf lagi. Pukul 3.30 baru adik amik Cikna terus kitaorang gerak balik rumah. Sampai rumah mandi, solat, makan & tido xsedarkan diri. Cuma abah dah start semput balik esok kena abah g HJ ni.
RABU
Pukul11.30pagi bawa abah g Hospital Jempol, pkl 1.00 abah admit wad. Barang kelengkapan untuk abah&mummy memamg dah standby awal sebab memang tau abah akan admit wad.
P/S : Petang ni xde blogwalking, nak g melawat abah jap. Ade masa Cikna blogwalking k...;-)