cikna136.Asia

!..Ciknanye deariest..!

Kadangkala..........kebetulan itu 1 titik kepada permulaan yang indah..;-)

Tabung E-Day

728 x 90 Lazada Malaysia

Tips ketika membeli pakaian bayi

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Bayi adalah satu anugerah yang amat bermakna buat semua ibu bapa. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak mereka termasuklah dalam pembelian pakaian, cadar, selimut dan barangan penjagaan diri bayi mereka. Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira ketika membeli pakaian bayi. Di sini Cikna nak kongsikan beberapa tips yang mungkin membantu ibu bapa Dan sesiapa sahaja ketika mahu membeli pakaian buat bayi.

1) Penggunaan Material Cotton.
Ibu bapa disarankan membeli pakaian daripada material cotton kerana material ini amat sesuai dengan bayi anda. Material tersebut dapat menyerap peluh bagi mengelakkan terkena ruam kerana kulit bayi amat sensitif. Ingin mendapatkan pakaian bayi dari material cotton yang sangat menarik sila lah ke FOXYSALS

Cantiknya, comelnya...

2) Saiz besar
Digalakkkan membeli pakaian dengan saiz yang sedikit besar. Saiz yang sedikit besar diperlukan kerana kebanyakkan bayi mengguna pampers bukan itu sahaja pakaian yang besar ini juga dapat digunakan lama. Untuk pengetahuan anda bayi tidak selesa dengan baju,seluar atau pakaian yang ketat.

3)  Kuantiti yang sedikit.
Baju bayi memang cantik tetapi ibu bapa perlulah mengawal perasaan dengan membeli pakaian yang hanya diperlukan sahaja. Mungkin bayi anda akan membesar tanpa sempat menggunakannya.

4) Pelbagaikan warna
Bayi sesuai dengan semua warna terutamanya warna-warna pastel. Namun elakkkan warna pink dan biru kerana ramai yang mengandaikan warna biru sesuai bayi lelaki manakala warna pink sesuai dengan bayi perempuan. Masa ni lah parent boleh tonjolkan gaya kreativi anda.

5) Kawal penggunaan butang
Kurangkan penggunaan butang kerana ianya akan menyenangkan kerja ibubapa. 

Sesuai ketika cuaca panas, bila cuaca sejuk padankan dengan legging atau seluar panjang.

6) Jangan buat stock
Ketika perayaan pasti akan ada pelbagai promosi yang ditawarkan. Ibubapa digalakkan agar tidak membeli dengan banyak kerana fashion akan up to date.

Nak jugak.....

7) Beli babysuit 
Babysuit ialah baju dan seluar yang disatukan ianya menyeluruh satu badan dari kepala hingga kaki atau lebih dikenali "rompers". Penggunaan rompers ini juga dapat mengawal bayi dari terkena kembung perut. 

Ibu bapa dan orang ramai yang ingin mendapatkan pakaian buat bayi anda bolehla kunjungi LAZADA kerana pihak CouponBelanja ada pelbagai promosi ditawarkan. Dapatkan promosi yang berpanjangan dari pihak CouponBelanja.

"belikan yang terbaik buat bayi anda hanya dilaman web"


Resepi Nasi Ayam

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Cuaca mendung je kat sini, kat tempat korang macamne ye.....

Sarapan pagi tadi 'si dia' request Bihun Goreng, untuk makan tengah hari 'si dia' request Nasi Ayam pulak.  Selama kahwin dengan si dia,  setiap bulan mesti sekali tu dia akan request Nasi Ayam. Tak tau apa yang sedapnya nasi ayam tu, dahla cara cikna masak simple giler main campak-campak je kot.
Nasi Ayam Pujaan

Resepi Nasi Ayam

BAHAN-BAHAN
Beras
Ayam
Air
Minyak masak
Bawang putih
Bawang kecil
Halia
Rempah 4 sekawan
Rempah sup
Kunyit
Lada hitam
Sos tiram
Cili api
Cili besar
Tomato
Gula
Garam
Timun
Salad

1) PENYEDIAAN SUP
-Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih, bawang merah,halia dan rempah 4 sekawan hingga naik bau.
-Masukkan rempah sup dan air
(Cikna suka guna jenama "Mak Siti" sedap)
- Masukkan ketulan ayam
-Perasakan dengan garam kemudian taburkan daun sup.

2) PENYEDIAAN AYAM
-Keluarkan ayam, toskan
-Satukan sos/serbuk lada hitam, sos tiram dan ayam gaul hingga sebati
-Goreng hingga garing.

3) PENYEDIAAN NASI
-Cuci beras kemudian toskan
-Masukkan sup tadi mengikut jumlah sukatan beras dan kunyit sedikit.
-Masukkan daun pandan kemudian masak.
P/S : Petua untuk dapatkan nasi yang lembut sekata, cikna akan rendamkan nasi&sup lebih kurang 5minit barulah cikna 'on' kan suis.

4) PENYEDIAAN SOS
- Satukan cili api, cili besar, tomato, bawang putih, garam& gula kemudian blander hingga lumat.
- Masukkan dalam periuk kemudian masak.

5) PENYEDIAAN ULAM-ULAMAN
- Sediakan salad, basuh&toskan
-Potong nipis timun dan tomato.

Nasi ayam + air laici ais untuk makan tengahari dan malam nanti.

Cubaan pertama masak nasi ayam. Sambal terlebih tomato sudahnya pekat giler kot, nasi lak terlebih kunyit sudahnya 'si dia' cakap dah macam makan nasi minyak pulak. Ada hati nak tambah cawangan la tu, penggal kepala tu nanti...!!!

Cikna dah bagi resepi paling simple ni nanti korang cuba tau, bab berapa kilo berapa ulas tu korang agak-agak sendiri la ye sebab Cikna pun main campak-campak je,hahaa....

Ok la Cikna berenti membebel kat sini dulu ye, ingat-ingat makan petang ni Cikna nak buat popia nak balas balik pinggan jiran sebelah.


Resepi Bihun Goreng Mudah dan Berkhasiat

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia.

     Alhamdulillah harini kita dapat melihat matahari terbit dengan indah sekali tiada hujan hanya cahaya yang menerangi kediaman Cikna, tempat korang macamne pulak. 

     Malam tadi 'si dia' request nak makan bihun goreng sebagai isteri yang baik hati selepas subuh terus bergegas ke dapur menyiapkan sarapan. Menu sarapan pagi ni Bihun Goreng+Air Kopi 3in1 dari LA Coffee.

Resepi Bihun Goreng

Bahan-bahan
Bihun 200gram
Minyak masak 3sudu
Bawang kecil sebiji
Bawang putih seulas
Kiub ikan bilis 1kiub
Cili kisar 3sudu 
Sos cili 1sudu
Sos tiram 1sudu
Kicap manis 4sudu
Sawi 50gram
Kobis 20gram
Taugeh segenggam
Tauhu sekeping
Garam secukup rasa
Limau kasturi&daun sup sekadar hiasan

Cara-cara 
Rendam bihun semalaman kemudian toskan. 
Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang kecil&bawang putih hingga naik bau kemudian masukkan cili goreng hingga masak.
Masukkan air,sos cili, sos tiram, kicap manis dan kiub ikan bilis yang telah dihancurkan.
Masukkan tauhu yang dipotong dadu.
Perasakan dengan garam.
Masukkan bihun dan gaul hingga rata.
Masukkan sayur sawi, kobis dan taugeh.
Hiaskan dengan daun sup&limau kasturi.
Sedia dihidang.

P/S : Bihun perlu direndam agar bila dimasak bihun tidak lembik.



Cuti Panjang Sempena Tahun Baru Cina

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Hai all, watpe tu... Tengah makan malam ke tu, xbaik tau amalkan makan di waktu malam xpun korang kena makan 4jam sebelum tidur. 

Esok raya cina kan malam ni yang berbangsa cina makan besarkan, jemputlah Cikna sekali ye. Jangan lupa angkat kasi tinggi-tinggi tau, ti mesti banyak "ong". 

Kita cerita pasal cuti pulak, agak-agak korang dapat berapa hari cuti. Yang xdapat cuti jangan berkecil hati insyaAllah tahun depan dapat pulak. Kali ni KPM dah selaraskan cuti selama 9hari bermula 06.02.2015 sehingga 14.02.2015. Untuk cuti Raya ti pun 9hari jugak agar selaras untuk semua kaum.

Cuti-cuti ni kita tido je la ye....;-)

Bila cuti panjang ni, makanya banyaklah program yang dirancang.... Mummy awal-awal lagi ajak g Cameron Highland, "Si Dia" ajak balik kampung. Yang member pun ajak g kenduri kahwin. Stress giler nieyhh....!!!

Tebus hadiah dengan WOOP

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia,

     Sape kat sini suka benda free. 

     Korang nak hadiah cam cikna ni x, mudah je jawab soalan kumpul point pastu tebusla hadiah yang korang nak tu. Mudahkan....;-)

Set Tupperware, bekas air, set Lego


Tips menjimatkan data internet

Salam sejahtera,

Selalunya korang guna data sebulan berapa GB. Cikna guna pakej dari DIGI sebulan RM53 termasuk GST untuk 3GB data, 100minit call dan 300sms. Nape prepaid xkena GST yang postpaid kena GST....???

Masa mula-mula dulu guna HP by DIGI ni cepat sangat data habis, kebetulan terjumpa tips ni kat wall fb member so Cikna try buat, yes menjadi ok.... 

Jom kita kongsi info bersama-sama k

Sumber : FB member
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...