cikna136.Asia

!..Ciknanye deariest..!

Kadangkala..........kebetulan itu 1 titik kepada permulaan yang indah..;-)

Tabung E-Day

728 x 90 Lazada Malaysia

Tips ketika membeli pakaian bayi

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Bayi adalah satu anugerah yang amat bermakna buat semua ibu bapa. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak mereka termasuklah dalam pembelian pakaian, cadar, selimut dan barangan penjagaan diri bayi mereka. Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira ketika membeli pakaian bayi. Di sini Cikna nak kongsikan beberapa tips yang mungkin membantu ibu bapa Dan sesiapa sahaja ketika mahu membeli pakaian buat bayi.

1) Penggunaan Material Cotton.
Ibu bapa disarankan membeli pakaian daripada material cotton kerana material ini amat sesuai dengan bayi anda. Material tersebut dapat menyerap peluh bagi mengelakkan terkena ruam kerana kulit bayi amat sensitif. Ingin mendapatkan pakaian bayi dari material cotton yang sangat menarik sila lah ke FOXYSALS

Cantiknya, comelnya...

2) Saiz besar
Digalakkkan membeli pakaian dengan saiz yang sedikit besar. Saiz yang sedikit besar diperlukan kerana kebanyakkan bayi mengguna pampers bukan itu sahaja pakaian yang besar ini juga dapat digunakan lama. Untuk pengetahuan anda bayi tidak selesa dengan baju,seluar atau pakaian yang ketat.

3)  Kuantiti yang sedikit.
Baju bayi memang cantik tetapi ibu bapa perlulah mengawal perasaan dengan membeli pakaian yang hanya diperlukan sahaja. Mungkin bayi anda akan membesar tanpa sempat menggunakannya.

4) Pelbagaikan warna
Bayi sesuai dengan semua warna terutamanya warna-warna pastel. Namun elakkkan warna pink dan biru kerana ramai yang mengandaikan warna biru sesuai bayi lelaki manakala warna pink sesuai dengan bayi perempuan. Masa ni lah parent boleh tonjolkan gaya kreativi anda.

5) Kawal penggunaan butang
Kurangkan penggunaan butang kerana ianya akan menyenangkan kerja ibubapa. 

Sesuai ketika cuaca panas, bila cuaca sejuk padankan dengan legging atau seluar panjang.

6) Jangan buat stock
Ketika perayaan pasti akan ada pelbagai promosi yang ditawarkan. Ibubapa digalakkan agar tidak membeli dengan banyak kerana fashion akan up to date.

Nak jugak.....

7) Beli babysuit 
Babysuit ialah baju dan seluar yang disatukan ianya menyeluruh satu badan dari kepala hingga kaki atau lebih dikenali "rompers". Penggunaan rompers ini juga dapat mengawal bayi dari terkena kembung perut. 

Ibu bapa dan orang ramai yang ingin mendapatkan pakaian buat bayi anda bolehla kunjungi LAZADA kerana pihak CouponBelanja ada pelbagai promosi ditawarkan. Dapatkan promosi yang berpanjangan dari pihak CouponBelanja.

"belikan yang terbaik buat bayi anda hanya dilaman web"


18 ulasan:

  1. setuju.... paling sesuai fabric cotton biarpun agak mahal tp sgt bagus utk kulit bby

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fabric cotton boleh serap peluh, mahal sikit xpe utk keselesaan baby kita jgkkn....

      Padam
  2. La ....mak dah tak de baby lah Cik Na....tp mmg geram tengok baju baby nikan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Standby utk cucu,hehee.... Geram tgk bju bb girl je

      Padam
  3. tips yg bagus..boleh dipraktikkan :)

    BalasPadam
  4. bagus tips ni...

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #22. maaf mia baru sempat nak blogwalking.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/01/senarai-url-blog-22.html

    pemenang diumumkan kat http://www.mialiana.com/2016/02/pemenang-bertuah-url-blog-22.html

    BalasPadam
  5. nice tips cik na ... dulu time ngandung anak first macam nilah juga nasihat dari my kakak :)

    BalasPadam
  6. BAJU ANAK2 NI BELI BILA PERLU BARU UP TO DATE...

    BalasPadam
  7. Sekarang ni memang ada macam2 pilihan utk baju baby :)

    BalasPadam
  8. nice share.. boleh take note siap2.. hehehe

    BalasPadam
  9. nice. info yang berguna untuk dimasa akan datang haha

    BalasPadam
  10. salam cikna...
    bru ade ksmptn yaya dtg lawat cikna..
    entri latest ni je ke cikna? =D

    BalasPadam
  11. belum ada baby so belum nak ambil tahu hihih

    BalasPadam
  12. Cik Na...emailkan sis JM alamat boleh..nak pos small gift as kenangan coz support my blog..email ke jarimanis4ever@gmail.com

    BalasPadam
  13. salam...
    lama mnyepi ni cikna... ?? ^_^

    BalasPadam
  14. baju2 baby skrg mengancam dan menggoda poket ;-)

    BalasPadam
  15. terima kasih mmg bagus tips2 disini.

    BalasPadam

Komen dari yang HENSEM dan COMEL.......;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...