cikna136.Asia

!..Ciknanye deariest..!

Kadangkala..........kebetulan itu 1 titik kepada permulaan yang indah..;-)

Tabung E-Day

728 x 90 Lazada Malaysia

Resepi Bihun Goreng Mudah dan Berkhasiat

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia.

     Alhamdulillah harini kita dapat melihat matahari terbit dengan indah sekali tiada hujan hanya cahaya yang menerangi kediaman Cikna, tempat korang macamne pulak. 

     Malam tadi 'si dia' request nak makan bihun goreng sebagai isteri yang baik hati selepas subuh terus bergegas ke dapur menyiapkan sarapan. Menu sarapan pagi ni Bihun Goreng+Air Kopi 3in1 dari LA Coffee.

Resepi Bihun Goreng

Bahan-bahan
Bihun 200gram
Minyak masak 3sudu
Bawang kecil sebiji
Bawang putih seulas
Kiub ikan bilis 1kiub
Cili kisar 3sudu 
Sos cili 1sudu
Sos tiram 1sudu
Kicap manis 4sudu
Sawi 50gram
Kobis 20gram
Taugeh segenggam
Tauhu sekeping
Garam secukup rasa
Limau kasturi&daun sup sekadar hiasan

Cara-cara 
Rendam bihun semalaman kemudian toskan. 
Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang kecil&bawang putih hingga naik bau kemudian masukkan cili goreng hingga masak.
Masukkan air,sos cili, sos tiram, kicap manis dan kiub ikan bilis yang telah dihancurkan.
Masukkan tauhu yang dipotong dadu.
Perasakan dengan garam.
Masukkan bihun dan gaul hingga rata.
Masukkan sayur sawi, kobis dan taugeh.
Hiaskan dengan daun sup&limau kasturi.
Sedia dihidang.

P/S : Bihun perlu direndam agar bila dimasak bihun tidak lembik.



10 ulasan:

  1. Anak dara Akak Suka la bihun macam ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Simple tu yg sedapkn...tp klu cikna biar bnyk sayur bru la sedap....;-)

      Padam
  2. lama dah tak masak-masak bihun bagai neh..happy breakfast!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Happy breakfast too... Kita tekak melayu,Sally mesti bekfes ngan kimchii kn...;-)

      Padam
  3. sedapnya...pagi ni sarapan bihun goreng juga.

    BalasPadam
  4. Mak ni kan padah mls nak tulis resepi kat blog tau....dasar sangat kan hihi... Ni mmg isteri mithali sungguh ni pakej menu satu hari dia masak....cik abg confirm sayang ni tau

    BalasPadam

Komen dari yang HENSEM dan COMEL.......;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...