cikna136.Asia

!..Ciknanye deariest..!

Kadangkala..........kebetulan itu 1 titik kepada permulaan yang indah..;-)

Tabung E-Day

728 x 90 Lazada Malaysia

BATA pun ada SALE

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,

#N3baru

Selepas zohor kami menghadiri kenduri jiran Cikna, kami gerak dari rumah mak,maklumla turn cikna kat rumah mertua. Excually rumah mummy&rumah mak dekat je 2minit dah sampai,hehee...

Cikna nak sangat g kenduri ni sebab time kenduri cikna ritu makcik ni la salah sorang yang turut sama menyumbang tenaga dan bertungkus lumus agar majlis cikna yang berlangsung 3hari 3malam tu berjalan dengan lancarnya.

Tengah makan ade orang hulur kuih cakap terima kasih tengok2 mummy sendiri yang menghulonye, Punya kuat melantak sampai mummy sendiri pun tak perasan,huhuu....;-)

Lepas makan kami terus salam mak&ayah pengantin je sebab kami rushing nak ke pekan Bahau pulak. 'Si dia' nak beli selipar. Maklumla dah gaji kan. Awal-awal lagi 'si dia' dah cakap nak beli kasut kat kedai BATA. Duit awak suka hati awakla sayang oi, i follow je kot2 merasa sepasang 2,hehee....;-)

Teringin jadi model tapi si tukang tangkap gambo musnahkan impianku, semuanya gambo jadi separuh je....
P/S : korang perasan keadaan beg&purse cikna so jangan buat camtu ye bahaya senangla kerja petagut nanti..

Macam-macam jenis sale Ade 1/2price, value buy, 50%, 20%, best buy

Benar-benar meruntun jiwa, warna&corak dia sweet je kan....

Sale 50% untuk kasut kulit lelaki

Kalaula 'Si dia' kerja pejabat ini yang kitaorang grab dulu,huhuu.... Warna coklat tu smartkan...

Handbag pun ade kat sini, harga pun agak berbaloikan RM59 je...  Yang maroon cantik

Finally melekat loafer 1, cikna Dan loafer berpisah tiada... Eyhh,matching pulak ngan baju kurung ni....;-)

Sandal xde yang berkenan dihati sudahnye selipar yang dirembatnye ok la kan buat pakai jalan. Janji si pemakai selesa ye dak.... Cikna suh amik warna biru biar nampak ceria ade kelainan sikit, ini jugak yang dipilihnye orang lelaki memang xde taste... 
"Grey/black in my heart"

Ini Jawapannye

Salam sejahtera,

Entri peram.....

3minggu lepas ade tanya korang agak2 Cikna nak masak apa bila mak mertua ade bekalkan udang & petai. 

Malas fikir2 sampai pecah pala sudahnye Cikna buat sesuatu yang paling simple.... Jeng2 apa kah itu

Sambal udang petai

Kalau sejenis lauk macam sikit sangat sudahnye Cikna buat kentang goreng cili api. Dua2 pedas sudahnye mencirit bersama,huhuu......;-)

Si peneka yang berjaya, tahniah ye u all.

Masak lemak rebung bersama udang dan petai tu tak pernah lagi jumpa, sedap ke shira. Masakkan untuk Cikna boleh x,huhuu.....;-)

Teh hijau dan Teh Merah Murah

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia

Teh sedap&segar....;-)

Berminat boleh pm Cikna kat nombor yang tertera ye, harga memang murah-murah belaka
- Teh Merah 400g
Teh Hijau 200g

Yang hijau Cikna dah rasa memang sedap.....;-) 

Hijau dah rasa kita beli yang merah la pulak, cuma yang ni banyak sikit 400gram.


Gigih tak kita, makan petang terus hidang kat my parent, kuih tu mummy yang but cikna part buat air abah cuma amik part makan je.....;-)

Hanya dengan 1 sudu boleh dapat 1.1liter air, jimat&berbaloi bukan. 
Terasa nak minum teh tarik, puas tarik lenguh tangan kita tau tapi hasil dia memang puas hati


Kisah dinner, anniversary dan air teh hijau

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,

   Malam semalam pihak BAKSA sekolah buat dinner untuk semua guru&staf sokongan. Cikna pun ape lagi excited giler terus letak nama 'si dia' sekali maklumla tarikh dinner 19/11/2015, tu kan tarikh second month anniversary kitaorang(rasa macam dh lama kahwin rupanya baru 2bln 1hari)

   Majlis sepatutnya bermula selepas sembahyang maghrib tapi dah orang melayu pukul 8.15 baru start. Dinner kami di salah sebuah restoran di Bandar Kerayong,Pahang. Memandang orang xde lagi kami lencong ke TF Mall,beli barang dapur sikit.

  Masa sampai tu agak susah jugak nak cari meja, tercanggak2 jugakla sebab AJK BAKSA cuma tampal nama guna note kecik je nasib baik member semeja panggil Cikna, kalau tak mau sejam mencari nama je blm makan minum lg tu. Had 1 meja 6orang je.

   Dinner kami hanyalah Nasi putih, Tomyam campur, kailan ikan masin, udang goreng tepung, Daging masak merah, ulam sambal belacan dan Jus buah2an. Nasi sikit sangat kami siap minta nasi tambah,huhuu....;-)

Dah ade puan pulak

Kat sekolah ni siapa je yang kahwin&dapat baby akan dapat hadiah. Termasukla nama Cikna sekali....;-)

 Pusing kiri pusing kanan ternampak plak note 'air teh hijau rm2' apalagi terus la Cikna g kaunter suh bungkus wat bekal dalam kereta nanti. Fenomena kot kita pun kena la try sedap lemak2 pastu rasa mint,sejuk je tekak.... Masa nak bayar cashier tu cakap dah masuk dalam bil maknanye air ni free je la,ngehhh5x

Tq semua terutamanya 'si dia' yang sudi teman,puas paksa tau 2hari 2malam pujuk Cikna siap ugut lagi baru berjaya.  Buat BAKSA tahun depan buat lagi ye.....;-)

Resepi Donut Mudah dan Sedap

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia,

  Memandangkan ni minggu2 akhir persekolahan, exam pun dah lepas so hari ni kami buat kelas masakan je. Menu utama donut&air tembikai. 

Resepi donut gebu gebaszzz

1cawan Tepung gandum 

1sudu besar gula

1sudu besar susu pekat

1/2sudu yis

Secubit garam

5sudu besar air suam

Cara-cara

Cara pertama

Satukan semua bahan&uli hingga tiada tepung yang melekat di jari.

Cara kedua

Satukan air suam&yis hingga yis mengembang kemudian masukkan semua bahan&uli adunan. Diamkan 1/2jam kemudian tumbuk doh kemudian bentukkan. Tggu 10mnt kemudian goreng hingga masak. Toskan & salutkan dengan gula.

Cikna guns cara yg senang satukan semua bahan.

Lenguh tangan menguli

Hasil kerja diaorang

Adunan semakin mengembang

Kembang & mengembang

Bentuk&rehatkan setekita
Sorang dapat 2 ketul
Cikna pun buat jugak tau

Dah kembang kita goreng

Gula diblander then salutkan 

Donut yang lembut

Ade lebih Cikna try buat roti ulat bulu eyhh menjadi plak

Sedap gilerrr.....

Geng donut bantat.... Dah elok adunan menjadi tangan tu automatik jadi gatal sudahnye adunan merajuk. Sudahnye makan la donut yang keras.

Serlahkan bakat di Printcious

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,

First month anniversary dah lepas, lagi seminggu nak sambut second month anniversary lak so kali ni nak bagi hadiah yang amat bermakna buat kami berdua. Rasa-rasa nak reka t'shirt la dalam masa yang sama otak ni terus teringat kat Printcious apa lagi berDIY la kita,hehee......;-)

Untuk pengetahuan korang Printcious adalah penjelmaan semula dari HeartBaet yang mana sebuah platform untuk anda mengenengahkan bakat kreativiti buat yang tersayang samada untuk ibu, ayah, adik beradik, suami, isteri, pakwe, makwe, guru, para tetamu dan pada sesiapa saje. Pihak Printcious telah menawarkan lebih 200  rekaan DIY personalized gift seperti t'shirt, mugs, puzzle, bekas handphone, cushion, pad tetikus, keychain dan sebagainya yang mana kita boleh mengabadikan gambar, serta kata-kata dari anada sendiri. DIY personalized gift ini sesuai untuk sebarang majlis seperti majlis hari lahir, anniversary, hadiah perkahwinan, majlis graduasi dan lain-lain. Printcious terhasil dari PRINTing of your preCIOUS gift dengan menggunakan tagline 
"Printcious.com - Precious Gifts From Your Heart"


Macam best je, nak try la....

1) Buat akaun melalui email@akaun FB
2) Tunggu pengesahan
3) Login akaun
4) Pilih item yang korang nak
5) Pilih warna, pilih saiz, masukkan imej, masukkan kata/ayat-ayat cinta korang
6) Dah siap

Mula-mula kena la buat akaun dulu ye sayang, nak daftar boleh guna email, nak lagi senang daftar guna akaun FB pastu tunggu email 


Dah dapat email pengesahan ape lagi serlahkan lah bakat korang tu.... Kalau malas nak berDIY korang boleh beli yang readymade je so xpayah runsing sampai nak pecah kepala memikirkan hadiah buat yang tersayang. Pembelian RM75 keatas free postage so dah jimat duit minyak, duit parking, jimat masa dan tenaga lagi dengan cuaca yang xmenentu tau-tau barang dah sampai je, mudahkan...;-)

Antara gift readymade yang terhasil, cantik-cantik semuanya....;-)

Christmas
Hadiah untuk Krismas pun dah ade kat sini

Dah pilih hadiah DIY korang so apa lagi submit la pastu terus buat pembayaran. Kaedah pembayaran ada 2cara, cara pertama bayar secara dalam talian seperti CimbClick, maybank2u dll dan cara yang kedua adalah bayar di mesin ATM. Nak diskaun guna ni Use Code: NOV2015

Website Printcious ini sangat mesra pengguna/pelanggan dan amat mudah untuk digunakan. Susun atur dan layout yang sangat simple cantik mata memandang. Hanya semudah klik, klik, klik & klik semuanya selesai.

sekiranya item yang diterima rosak, jangan runsing jangan mudah gundah gelana korang hanya perlu maklumkan kepada pihak printcious secara telefon/email. Kadar penghantaran akan ditanggung oleh pihak Printcious so mesra penggunakan..... Yang nak self collect pun boleh tau g je kat sini

Alamat :
No.30, First floor Jalan Tiara 4,
Bandar Baru klang
41150 Klang,
Selangor Darul Ehsan

 Masa Operasi :
 Isnin-Jumaat (9am-6pm)
sabtu (9am-1pm)
Ahad&Cuti Umum (Tutup)

10 sebab kenapa anda harus menggunakan khidmat Printcious:-
1) Laman web yang mesra pengguna, kemas&teratur.
2) Platform untuk yang suka berDIY.
3) Melebihi pilihan hadiah.
4) Hadiah yang sesuai untuk semua tanpa mengira peringkat umur&majlis.
5) Harga yang berpatutan. 
6) Diskaun sepanjang masa.
7) Kepuasan pelanggan diutamakan.
8) Hadiah Customade dan Readymade yang memudahkan pengguna.
9) Kaedah pembayaran dan penghantaran yang mudah.
10) Tawaran ekslusif & pemberitahuan no tracking yang cepat untuk ahli.

Untuk maklumat lanjut dan mengetahui promosi-promosi yang dijalankan korang hanya perlu Klik di sini  

"Printcious.com - Precious Gifts From Your Heart"

Cuti panjang gara-gara Deepavali

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,

Hai korang pe kaba, tinggal 3hari je lagi kaum India akan menyambut deepavali so korang macamne dapat cuti x. Deepavali kali ni Cikna cuti 6hari termasuk sabtu ahad(6-12/11/15). Dan yang tak bestnye mggu depan kena kerja sehari je hari jumaat pastu sabtu ahad cuti lagi,isnin 16/11 Cikna tmbh lg cuti then nk anta abah cek up kt IJN. Apsl la PPD xlepaskan je cuti 9hr alang2 je kot,huhuu...

Xcited wasap 'si dia' kot2 la nak ajak kita bercuti,huhuu....;-)

Memandangkan kami PJJ, siapa yang cuti dia yang akan balik. Selalunye klu turn Cikna ke rumah 'si dia' tghri jumaat je terus start enjin gerak ke sana tapi mggu ni tghri sabtu baru ke sana. Si dia ke bentong amik kereta member lagipun belakang rumah Cikna de kenduri kahwin xde sape nak tgk2kn abah.

2 hari lepas mak ada pesan kalau nak ke sana singgah rumah dulu ade barang kirim untuk anak tercinta sebagai menantu yang mithali Cikna pun ke sana.  

Ade 2 plastik k, so tersenyum je la cikna
Masak Lemak Rebung&perut dari Mummy Cikna
Ikan Patin Masak Tempoyak dari Mak 'si dia'

Mak bekalkan 'Tepung bungkus'/'kuih 2 sebilik' selesai dah Untuk makan petang ti....;-)

Petai & udang yang sudah disiang, agak2 apa yang Cikna akan masak ye....???

Isnin ni nak kua g amik kad nikah kat kerayong pastu terus g beli barang dapur la jawabnye, peti ais bersih giler dh ni... Kali ni lama duk dengan 'si dia' so masa ni la nk tunjuk skill memasak&menjaga hal ehwal rumahtangga. Tak rugi awak pilih saya tau....;-)

Balasan dari pihak Old Town White Coffee

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia,

Ape khabar semua, harap-harap semuanya sihat dan sentiasa dilindungi olehNya.

N3 kali ni bersangkut paut dengan kaitan rasa ketidak puasan hati Cikna ketika menjamu selera di Old Town White Coffee cawangan Bahau. Bagi yang terlupa korang boleh klik sini "Menyesal ke Old Town White Coffee"

Ini yang kami order ritu,.... Cikna kasi 1bintang.....;-)

Sebagai seorang pelanggan yang cerewet berbudi pekerti, Cikna terpanggil untuk meluahkan rasa ketidakpuasan agar pelanggan-pelanggan yang lain tidak mengalami nasib yang sama.

Aduan dari Cikna

Balasan dari pihak Old Town 

Turut disertakan bukti(resit pembayaran)


Hanya ini yang mampu....

P/S : Korang perasan x sepanjang aduan ni cikna hanya berbahasa melayu tapi di pihak sana berbahasa inggeris, krisis bahasa yang sangat ketara walau bagaimanapun masalah dapat diselesaikan juga,huhuu......;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...