cikna136.Asia

!..Ciknanye deariest..!

Kadangkala..........kebetulan itu 1 titik kepada permulaan yang indah..;-)

Tabung E-Day

728 x 90 Lazada Malaysia

Korang Nak Mug Free Tak

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Hari ni hari jumaat, esok cuti.....;-)

Cuba korang tengok kalendar, agak-agak ade special day tak. haaa, ade kan tapi kalau takde special day pun takpe korang boleh jugak baca n3 ni. Untuk N3 kali ni Cikna nak share dengan korang macamana korang boleh dapatkan hadiah berupa Mug secara percuma, diulangi sekali PERCUMA kalau korang tak nak silalah bayar RM35 ye.

 klik la ye " MUG FREE DI SINI '


Percuma Mug berharga RM35

Jom Cikna kongsi langkah-langkah penebusan

Langkah pertama :

Sila ke Facebook PRINTCIOUS, korang scroll cari iklan camni, dah jumpa korang kena la Like & share

dah siap ok kita ke langkah ke dua pula.

Langkah kedua :

Tag kawan2 Facebook korang min 2 orang

ok, dah siap kita ke langkah ke tiga pula

Langkah ketiga

Pergi ke laman web PRINTCIOUS, buat akaun korang. kalau takde akaun macamn na korang nak redeem mug free korang.

ok, dah siap langkah ke tiga kita ke langkah ke empat pula.

Langkahnya ke empat :

Pilih mug korang kemudian tick. rekalah ape yang korang nak. Nanti dia akan automatik RM0.00

dah siap ke, ok kita ke langkah ke lima pula.

Langkah ke Lima :

Penghantaran selama seminggu

Dah siap langkah kelima, ok korang tunggu lah seminggu hadiah pasti akan sampai....;-)

cikna kongsikan juga syarat-syarat yang korang kena patuhi, kalau ingkar tak dapat y,huhuu....
-Terbuka kepada semua
- 1 email untuk sekali tebus Mug (sorang sekali tebus ok la kan)
- kos penghantaran sebanyak RM10 untuk semenanjung dan RM15 bagi Sabah Sarawak
- sekiranya korang Nak FREE PENGHANTARAN korang beli la hadiah yang lain minimum RM60.00
- Tempoh penghantaran selama seminggu


Nak diskaun sebanyak 30%, jom join 

Resepi Biskut hanya 2 bahan sahaja

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Sedar tak sedar hampir 2 minggu lagi kita akan bertemu bulan ramadhan. Macamana puasa dah habis ganti ke, bagi yang tak berkemampuan @ uzur bolehla korang bayar fidyah.

Kali ni cikna nak share resepi yang cukup mudah, jimat & menyelesaikan. Yang tak pandai masak macam cikna pun boleh buat, kalau korang nak amik hati mak mertua ni lah salah 1 caranya, buatkan kuih masa raya nanti.

Alhamdulillah, cubaan cikna berjaya. Hajat dihati nak buat tart nanas tapi pesnye takde... Puas keliling dapur nampak kismis, kurma& Jem strawberry so kita gunakan ape yang ada je. Memasak pun kne bijak & kreatif akhirnye ni lah hasilnya...;-)


Tart kurma, semperit kismis & tart roll strawberry dengan hanya 1 adunan


Bahan utama Tepung & Butter

Resepi Biskut Tart

 Bahan-bahan
250gram butter
3cawan tepung gandum
Maniskan(kurma, pes nanas, Jem strawberi)
Cara-cara
Satukan butter& tepung Gaul sehingga menjadi doh
Bentukkan mengikut kehendak korang
Bakar pada 160° selama 30minit
Sejukkan Dan boleh dihidang@simpan dalam bekas kedap udara.


Pagi-pagi buta member hantar ni kat sekolah, ye lah hantar anak kat PRA terusla ke kelas cikna menghantar buah tangan. Yang sebaya Cikna pun anak dh beso dah sekolah pun. Doa-doakan Cikna murah rezeki dan cepat dapat anak ye...;-)


Milo yang menjimatkan


 
Salam sejahtera&salam 1 Malaysia. 
Alhamdulillah suasana pagi ni tempat cikna sungguh mendamaikan xpanas xsejuk, xtau la kot Malam .
 tadi hujan (kes tido mati). Sudahnya g sekolah pun macam malas-malas je.

Macam biasa tepat jam 9.10pagi loceng rehat akan berbunyi. Tengah jalan nak ke kantin abang Lori Milo sampai. Kita tunggu abang Milo la kejadiannye, sudahnye pagi ni hanya bersarapan dengan Milo je. Budak-budak dapat secawan Milo, kami guru&staf dapat la grab 2cawan sorang. Sa


Abang Milo sibuk sediakan air Milo cikna pun sama sibuk amik gambo, seb bek xkena marah...;-)


Nasi Arab Damsyik di Nismilan

Salam sejahtera&salam 1Malaysia.
Sebenarnya memang dah lama cikna nak buat makan-makan antara 2 family ni, kebetulan adik dan adik ipar balik bercuti so misi harus dilaksanakan. Orang dok kata Nasi Arab kat sini sedap so kami pun nak jugak merasa kesedapan yang diperkatakan tu. Bayangkan dari Pahang ke Negeri Sembilan kami berkonvoi dengan 2biji saga yang prestasinya cukup mengagumkan.
Alamak terlelap pulak.....

Nah, amik kau setalam Nasi Arab kuhidangkan.
Set Khamsa ni dicadangkan untuk 5orang tp kami yang 8orang ni pun seksa nak habiskan.

Nak cobek sorang sikit masing-masing malu, sudahnya cikna minta diaorang potong ayam kecik-kecik, kan lagi senang....;-)
Untuk air cikna pilih Air Shai(campuran teh+pudina) Dan Ais Sauda (rasanya macam air teh bunga)

Nampak tak dah ada tangan tu..


Kak Cik pun mula mengorak langkahnya...


Makin banyak tangan dah tu, sebelum senduk nasi melayang jom kita makan dulu...;-)

Hanya ini mampu ku telan,...;-)
Minta ais, sebesen diberinye....puas hati den,yg si mummy cikna bgtau ntah2 dia caj,huhuu.... Bayo je le
Lepas makan sampai lebam, sila lah bayar ye.... Agak2 korang berbaloi x, tepuk perut sendiri mau jawabla ye....;-)
Perut masing-masing sudah kenyang kami sambung perjalanan ke Nilai, shopping ke tu...??? Kita sambung untuk  Entri yang lain pulak ye.

Tema Hari Guru 2006-2016

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia.

Setiap 16 Mei kita akan menyambut Hari Guru Dan pada kali ini Guru Pembina Negara Bangsa telah diangkat sebagai Tema hari guru untuk tahun ini.


Sedikit info tema hari guru yang telah digunakan hampir sedekad yang dulu, bermula tahun 2006 sehingga 2016






Posted via Blogaway


Sentiasa segar sentiasa bagus dengan TC BOY

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia

Rata- rata kita semua pernah menggunakan produk segera yang telah ditinkan. Produk ini menjadi pilihan ramai kerana ianya memudahkan kerja kita terutamanya para si isteri yang bekerja. Malahan packaging dari pihak TC BOY ini memang memudahkan kerana kita hanya perlu menarik seal yang telah disediakan sahaja xpayah dah guna pembuka tin yang menyusahkan tu,huhuu....;-)


Antara produk dari TC BOY


Resepi yang telah diolah oleh Cikna. Bagi yang tengah diet atkin tu boleh la Cuba ye, karbo pun tak tinggi ni. Sesuai untuk semua fasa.

Telur Berinti Atkins

Bahan-bahan
3biji telur
1keping tauhu
1bungkus tofu telur
1tin ayam olive TC BOY
5gram kobis Bunga
1 sudu cili besar
Secubit garam

Cara-cara
Blanderkan telur,tauhu,tofu telur dan isi ayam.
Potong nipis kobis bunga,
Gaul rata dengan semua bahan.
Kukus 15-20minit
Potong dan goreng. Dan sedia dihidang


Karbo semuanya 0.00







Posted via Blogaway


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...