cikna136.Asia

!..Ciknanye deariest..!

Kadangkala..........kebetulan itu 1 titik kepada permulaan yang indah..;-)

Tabung E-Day

728 x 90 Lazada Malaysia
Memaparkan catatan dengan label Coretan Rasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Coretan Rasa. Papar semua catatan

Saya Puasa la

Salam sejahtera&salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, hari ni kita masih berpeluang untuk bertemu bulan ramadhan bulan penuh keberkatan.

Hari ni first day puasa,
Ade sesiapa yang xpuasa ke, jaga2 van jenazah masa ni la berfungsi...

Macam biasa tepat jam 9.10 pg, loceng rehat akan b'bunyi dan dengan tidak disangka2 sorang bdk ni kemas meja, bgn sambil menyorongkan kerusi. Haisshhh,xblh makan ye, slow2 dia ddk smla.

Balik dr toilet tetiba nampak ni...

Jeng..jeng...
Bahan bukti ditemui

Cikna cuit bahu dia " awak puasa x" "saya puasa la"

xleh jadi kena soal siasat dengan lebih mendalam ni....

Pagi tadi mandi x..?
Mandi..
Lepas mandi, pakai baju awak buat ape...?
Makan nasi...
Pastu, awak puasa x...?
puasa...
Lepas ni jangan bawa ckp kat ibu cikgu xbg...
angguk(xtau paham ke tidak janji dia angguk)

P/S : N3 ni bukan niat nak mempersendakan @ menyalahkan sesiapa. PEACE

Membeli belah di Kuala Lumpur

Salam ramadhan semuanye, haa..ade yg curi2 xpuasa ye xbaik tau... abah Cikna yg kena mkn ubat&cucuk insulin tiap2 hari pn puasa tau....
Sabtu lepas Cikna&family ke Kuala Lumpur tempat yg dituju sekitar jalan TAR, jalan Masjid India, Petaling street. Kitaorang gerak dlm pkl10,singgah giant senawang adik tggu kat sana sebab Cikna xberani nak drive,huhuu...
Sampai KL kitaorang b'kelah kat Tasik Titiwangsa, dah prepare 1bakul makanan&minuman...
                                        
Lepas makan amik pic sikit, gara2 jerebu muka pun jd gelap,huhuu.....;-)

 Dekat sejam kot stuck dari Chowkit nak ke Sogo, parking kete kat Sogo kena la RM6 sejam(adik yg bayar),kalau kat Bahau RM0.40 sejam(perbezĂ an yg ketara disitu)
 Bermula dari sogo, Jln TAR&msjd india semuanya sesak, sudahnya malas nk ke PS takut sesak jgk then pkl3 trs balik. Shopping yg xbest utk kali ni, penat je korek duit tabung....;-(

Berpusu-pusu orang nak masuk sogo, makcik ni pun xsabar nak melintas g sana... Motif Cikna ke sini nak cari perfume,HB,baju&kasut tp xdpt papepun....;-(
Malas masuk sogo kita layan busking sempena Ramadhan bersama palestin, dah dgr lagu free apa salahnya kita menderma.....;-)
Masuk Jalan TAR ni la yg wajib masuk(MUAZ TEXTILE), ade 4 cawangan 2 kat msjid India&2 kat jln TAR 
Ni je yg dpt capai kos bawah RM50, beratur dekat 15minit kot....
Orang ramai berpusu-pusu Cikna cuma dpt rembat HB polo ciplak yg berharga RM15 bolehla dr xde, Kerongsang lak RM10 utk 12pcs(semuanya ni b'tahan la utk 2@3bln )
Masa nak balik adik bawa g meronda kat tempat dia keje "PRINCE COURT" mummy sempat suh kirim salam kat Prof. Muhaya.....;-)

BR1M tidak diluluskan

Setelah sekian lama menanti ini lah jawapannya ' tidak lulus'. Kod alasan 06 iaitu "Semakan data agensi/borang mendapati pendapatan melebihi RM2,000" .

Tahun lepas leh gak merasa duit BR1, untuk tahun ni xdapat sebab beza pendapatan hanya RM9.92 je,huuwaa sedihnye........;-(

P/S : Tolong naikkan pendapatan kpda RM3000.00 boleh x.....

Monday Blues

Hari ni xtau nape Cikna boleh jadi lemah sangat airmata ni xhenti2 nak keluar dari mata ni. Cikna sendiri xtau ape puncanya yan g Cikna rasa nak menangis je ni skunk ni. Nak g kerja b'genang airmata, naik scoot menitis airmata, masuk ofis melalak nasib baik orang xde.... Cikna sendiri xtau ape puncanya, korang pernah rasa x apa yg Cikna rasa ni.

Malam khamis lepas Abah sekali lagi kne operate, dah merabak kat jari sebelah pulak. Hari2 sblm g kerja Cikna bawa abah g cuci luka kat klinik doktor pun ckp luka abah dh nk sembuh, bab mkn mummy memang kawal.

Pagi sabtu lepas, rumah Cikna meriah sangat mana taknye 5biji kereta dari Perak&Penang sampai. Tok, Abang ngah sekeluarga, Acu sekeluarga, Maklang sekeluarga, Mak teh sekeluarga, Pakcik sekeluarga. 2hari berturut g melawat Abah. Pagi ni dlm pkl10 diorang bertolak time salam2 tu blh plak bergenang airmata dgr plak ucapan dr tok, mak2 sedara apalagi meraung la Cikna. Salam Abang ngah tgk dia pun nangis gak lagila laju airmata ni keluar(first time kot tgk dia nangis). Memandangkan diaorng lalu tol snwng, singgah la kejap kat Hospital Tuanku Ampuan Najihah, K.Pilah Cikna yakin sekali lagi diaorg akan nangis sbb mummy pun jnis cpt m'nangis.

InsyaAllah pagi rabu ni Abang long sekeluarga & Acu sekelurga dari penang lak sampai. Hrp2 masa tu Abah dah boleh keluar wad,Amin...

Lepas diaorg gerak, dalam pkl 10.30 Cikna masuk ofis semula suasana mmg sunyi giler... tak lama pastu datang 2orang budak nak mohon jwtn guru ganti, ble Cikna minta surat rasmi, resume, salinan2 yg disahkan semuanya xde time tu mood sayu trs mengelegak nak minta kerja tapi takde persediaan boleh pulak datang melenggang bawa badan je, siap tanya surat rasmi tu mcmne ye (surat rasmi pn xleh buat mcmne nak mengajar)... Sudahnye Cikna suh balik je.

P/S : N3 ni agak panjang cikit & b'terabur,huhuu..... Mood still sedih.........;-(

Pelajar harapan 5A tahun 2014

Banner ni sebenarnya dah digantung lama cuma pagi tadi baru berkesempatan nak capture. Untuk tahun 2014 ni Cikna rasa unik sikit tau, kenapa Cikna cakap macamtu mana tak unik nya sebab calon target 5A hanya sorang je perempuan tak macam tahun2 sebelum ni selalu dimonopoli kaum perempuan.

Masa Cikna UPSR dulu xde pun banner camni, cemburu tau,huhuu.......;-)
Semoga kamu2 semua membawa sinar kegemilangan sekolah ke mata Dunia

Selfie sebelum bekerja

Pagi ni tetiba lak dtg mood nak pakai halfmoon padahal sebelum ni cuma pakai bawal je...... Memandangkan halfmoon ni jarang sikit so kena la pakai inner(5minit mencari dlm almari).  Sebelum wat kerja apa kata kita layan selfie jap, ambik mood la katakan........;-)
Selfie with effact cahaya.....;-)

Amaran keras dari JPJ

Pkl11pg td Cikna hntr abah g hosp. Kuala Pilah untuk rwtn susulan..
Tengah best2 drive lelaju tetiba kereta, lori, moto masing2 slow kiteorang yg kat dlm kete ni masing2 dh risau ingt de xciden rupa2nya JPJ agihkan pamplet....
Ni la yg JPJ bagi tu... Pegawai JPJ tu smpt lagi bg amaran kat Mummy "Kak, pakai tali pinggang yo kang duo ratuih melayang"...
Benda ni utk cek tayar tapi xtau nak guna macamna padahal dah bagi dwibahasa.

Masuk hospital Cikna turunkan abah kat dpn pintu besar, Pak guard dah jeling2 ingt Cikna nak parking lama,huhuu...(t'ingat lak kes Mat Yo,hahaa...) Bila g parking semuanya penuh 2 kali tawaf jumpa la 1 tu pun bawah pokok kelapa yang kat pintu keluar, sedih......

Kete cikna parking bawah pokok kelapa, Kete saga hitam tu dh kena lock tayar

P/S : Kalau Kementerian Kesihatan@yg berkenaan baca N3 ni tolong banyakkan parking lagi ye, dpt parking b'bumbung pn lagi ok.....:-)

Menghalau tetamu secara berhemah

Kejam pulak rasanya tajuk N3 Cikna kali ni. Sebenarnya Cikna bukanlah kejam mana pun ye tapi kalau dah menggangu privacy Cikna wat rumah kita macam rumah sendiri apa kes.

Ni kes member 1 tempat kerja ngan Cikna la, selalunya senja2 baru nak datang rumah, asal sampai je mesti tanya mak Cikna masak pe rini tangan Mummy Cikna tak nak lak dia salam. 

Petang semalam Cikna 1family makan mee sup so malam tu Cikna&Abah request tak nak makan(Mummy senyum je, lehla berehatkan). Dalam pukul 6.55ptg member Cikna sampai rumah, ayat dia macam biasa la "Mak cik masak pe rini" Nak tak nak terpaksa la mummy Cikna masakkan nasi+gorengkan ikan utk dia. "Cikna aku nak tumpang sembahyang,mandi & basuh baju sekali ye"(1beg balik kg dia kuakan). Sepanjang dia duduk kat rumah Mummy&abah Cikna la yg melayan dia, Cikna banyak kerja lagi nak buat. Dalam pukul11malam baru dia balik, Mummy & abah selalunya pukul 10 dah tido sian diaorg terpaksa melayan member Cikna lak......;-)

Nasib baik Cikna ade kerja kalau tak mau kena marah ngan Mummy, letih la ade member macam ni.  

Nasi Ayam Gemas Cawangan Bahau, Negeri Sembilan.

Semalam member Cikna ajak keluar makan maklumla dah gaji keluar la katakan, orang dah nak belanja Cikna pun apa lagi setuju je la(Rezeki jangan ditolak)

Pukul8 gerak dari rumah, misi kitaorang kali ni ke Restoran Nasi Ayam Gemas, Bahau. Restoran Nasi Ayam Gemas ni banyak cawangan tau kat Gemas, Putrajaya, senawang dll.

Banyak kereta tu biasanya ramai pelanggan......;-)

Masuk je restoran memang seperti yang disangka ramai pelanggan tapi nasib baik de tempat kosong lagi rezeki jugak tu,huhuu. Yang bestnye kat restoran ni kita boleh pilih nak ayam banyak mane just bgtau kat waiter (ayam seekor, ayam setengah ekor, ayam 2orang & ayam 1orang). Sup dia ade kelainan sikit sebab ade taugeh, Ayam dia pun sedap garing je........;-)
Untuk air Cikna pilih air febret(air kosong) member pilih (jus tembikai). Cikna pilih nasi goreng ayam siap request nak bahagian kepak, member makan nasi ayam. Untuk nasi ayam macam standard la 1 mangkuk tapi untuk nasi goreng ayam tu banyak sangat sudahnye Cikna makan separuh, separuh lagi member habiskan. Total sumenye RM15.30 sahaja murahkan, tq beb ti owang belanje lak ye......;-)

Ini Rezeki Namanye......;-)

Biar gambar yang berbicara.....;-)

STRESS

Pagi ni time nak tampal krim tengok cermin macam ada kelainan je kat  muka ni, ke pandangan Cikna bermasalah lagi... xpe2 kita try tengok gna cermin mata lak...... ALAMAK, jerawat datang bertandang la, STRESS......!!!

Huissh, napa la pimple datang kat Cikna g la kat owang lain, jiran sebelah rumah ke.... STRESS


Neelofa dikritik Peminat

Pagi tadi g sarapan kat kantin sekolah, Sambil makan kitaorang pun cuci mulut dengan cerita2 semasa & hal ehwal murid.
U no what kisah yang menjadi trending ialah kes Neelofa kat Anugerah Meletop Era. Mana taknye Neelofa pakai Swimming suit yang meletop gitu.
Dalam hal ni xtau nak salahkan siapa. Neelofa tak diberi kuasa untuk memilih ke, xberbincang ngan desinger ke..... Yang desinger pun agak2 la nak design.

Tengok apa yang Cikna jumpa bila on9 tadi,Kesian dowh Neelofa disamakan dengan watak kartun...
Sumber dari google


Mummy dan Mopnye

Semalam adik cikna balik dari KL pkl12 sampai rumah dalam pkl2.30, sampai2 je umah cari makanan,solat pastu tido(bagus sangat adikku).......:-)

Petang tu lak tengah2 mencakar sampah di halaman rumah mummy terpandang kete adik, mak oiii punya la comot. So ape lagi mummy pun menggunakan suaranya yang lemak merdu tu mengarah"kak g amik baldi, shampoo kete&mop" Mummy memang pantang tengok comot2 camni.

Mummy&mopnye

Kecoh sekejap bila jiran2 cikna nampak,hahaa........;-)
Jiran A : kak buat ape tu, ganas lak aii
Jiran B : Cik boleh hantar cuci kete tak

Sesape yang nak dapatkan Perkhidmatan Pakar Mencuci Kereta boleh contact Cikna ye..........;-)

P/S : Kete cikna pun mummy biasa cuci tapi xpernah g guna mop ni

Bencinye ia

Harini g keja macam bisa meradah embun bersama EGO 115cc. Masuk sekolah kena senyum mana taknye pak guard dah menanti.

Dalam pkl10.00 GPK1 bgtau esok pukul9 cikna kena g Taklimat kat PPD Bera terus berubah wajah xde dah senyuman nampak la betapa garangnye muka masa tu.

Cikna xsuka, mana taknye dari sekolah nak ke PPD ni dalam 1.15minit(jauh)tu belum lagi nak kne berentap ngan lori yang xde belas ihsan, jalan dah le sunyi nak g sowang2 lak tu.

Tak sukanya, kenapa la cikna yang terpilih untuk buat kerja ni cikna kembali kepada jawatan asal.

Kisah Semalam

Pagi semalam cikna hantar ayah ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk rawatan susulan. Pagi tu masuk kerja pukul8, dalam pukul 9.30 minta kebenaran keluar awal dari rumah nak ke HTAN ni pun dalam 1jam jugak la.
Alhamdulillah sampai kat HTAN Cikna dapat parking dekat(seronok sangat). Masuk je Pakar 2 mak oii bukan main ramai lagi orangnya ayah cikna dapat no.101. 
Sementara menunggu cikna g la toilet sebelah ni je pun huiiihhh kotornya tisu pun takde, cikna paling pantang masuk toilet kotor sudahnya cikna start kete g petronas seberang jalan HTAN. Fuhh,leganya.......;-)
Dalam pukul3 bawu selesai dapatkan rawatan +amik ubat. pergi kantin makan
Pukul4 start kete balik, lotih bona....;-(

MOTIF
"PASTIKAN TANDAS SENTIASA BERSIH"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...